Seperti mana yang kita ketahui, angka baru yang ditemukan oleh para penyelidik yang diketuai oleh Prof Mokhtar Saidin pada tapak tamadun Melayu Sungai Batu telah mengejutkan seluruh dunia. Dalam penemuan ini, ditemukan bahawa sebuah jeti pelabuhan perdagangan berusia dalam 582 SM. Selain itu, antara penemuan lain di Sungai Batu yang mencapai angka Sebelum Masihi adalah monumen ritual keagamaan animisme 110 SM, penemuan tapak peleburan besi 535 SM dan pusat pentadbiran pelabuhan 487 SM.
Sebenarnya, ada apa pada angka 582 SM? Seberapa tuakah angka ini? Kalau sekadar melihat pada angka, mungkin kita akan berkata “meh…”. Tapi rahsia disebalik angka ini akan lebih terdedah andai kita membuat sedikit perbandingan pada tamadun-tamadun agung diseluruh dunia. Maka, saya sebagai seorang peminat sejarah Melayu mengambil inisiatif ini demi memaklumkan kegaungan tamadun kita.
- Maharaja Pertama Tamadun Jepun iaitu Maharaja Jimmu naik takhta di Jepun pada tahun yang sama.
- Pada sekitar waktu ini, tamadun tergantung Babylon sedang dibina.
- Pada waktu ini, agama Majusi sedang tersebar di Tamadun Parsi.
- Pythagoras, ahli matematik agung yang mencipta Pythagoras Theorem lahir.
- Dinasti Zhou (1046 BC–256 SM) sedang memerintah China yang diperintah oleh Raja Jian. Pada masa ini jugalah, salah satu kota purba China iaitu Wuxi mula didirikan.
- Empayar Neo-Babylonian berdiri sezaman dengan Tamadun Melayu Sungai Batu, dengan raja yang terkenal dalam sejarah merupakan Nebuchadrezzar II.
- Beberapa tahun lebih awal dari angka 582 SM, iaitu pada tahun 588 SM, Raja Nebuchadrezzar II daripada Babylon sedang menjarah Jerussalem, lalu menangkap orang Yahudi dari kota tersebut.
- 30 tahun selepas angka 582 SM ini, iaitu pada 550 SM, Cyrus The Great telah mengasaskan Empayar Achaemenid yang merupakan empayar pertama bangsa Parsi.
- 30 tahun selepas angka ini, Confucius lahir di China pada sekitar 550 SM.
- Kota Milan dan Pompeii di Itali manakala Kota Marseille di Perancis diasaskan disekitar sama fasa berdirinya Sungai Batu di Kedah.
- Sungai Batu adalah lebih tua daripada tarikh Siddhartha Gautama mengasaskan agama Buddhism selepas mendapat pencerahan di bawah pokok pada sekitar 550 SM.
- Pada sekitar angka 582 SM inilah kuil yang dibina khas untuk Zeus dibina di Athens.
- Punjab berjaya ditakluk oleh raja Parsi bernama Vistapha.
- Kebudayaan Mumun bermula di Semenanjung Korea pada sekitar sekitar 550 SM, 20 tahun lebih muda daripada angka Sungai Batu.
- Mesir Purba ketika ini diperintah oleh Dinasti Ke-26, di bawah pemerintahan Firaun Apries.
- Yunani mula keluar dari zaman kegelapan lalu memasuki fasa Yunani Arkais, yang dipersetujui oleh sejarawan sebagai fasa pembenihan untuk memasuki zaman keemasan Yunani iaitu Zaman Klasikal yang terkemudian.
- Ajaran Jainisme mula diasaskan oleh Mahavira.
- 3 tahun sebelum angka 582 SM, Raja Rom berjaya mengalahkan Sabine dalam peperangan.
- Kuil Arthemis yang terkenal siap pembinaan di Ephesus.
- Pada sekitar 543 SM, raja pertama Sri Lanka iaitu Putera Vijaya mengasaskan kerajaan di sana. Vijaya merupakan nenek moyang kepada orang Sinhaleese di Sri Lanka hari ini.
- Pengasas ajaran Taoism meninggal dunia sekitar 531 SM.
- Sun Tzu, penulis manuksrip falsafah perang paling terkenal dalam sejarah iaitu Seni Peperangan lahir sekitar 544 SM, iaitu kira-kira hampir 40 tahun lebih muda dari angka 582 SM.
- Nabi Zulkifli A.S dipercayai wafat sekitar 570 SM.
- Raja terakhir daripada 7 Raja Purba Rom memerintah lalu Republik Rom mula mengambil alih fasa tamadun Rom pada sekitar 510 SM, iaitu 80 tahun selepas berdirinya Sungai Batu.
- Fasa ini ialah fasa kejatuhan Tamadun Olmec di Tamadun Mesomaerika.
- Falsafah lain seperti Legalism dan Moism juga sedang subur di China selain Confucius dan Taoism sezaman dengan Sungai Batu.
- Dan banyak lagi peristiwa-peristiwa besar berlaku disekitar tamadun dunia…
Melalui senarai-senarai yang saya berikan di atas, maka ketahuilah kita betapa sebenarnya tuanya tamadun bangsa kita, tanpa kita sendiri mengetahuinya. Buktinya, nenek moyang kita telah hidup sezaman dengan peristiwa-peristiwa purba silam yang sehingga hari ini, masih diperkatakan kerana betapa besarnya perkembangannya pada dunia.
Maka berbanggalah pada prestij yang dimiliki tamadun kita…
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih