Jika sebelum ini kita membedah sedikit tentang Mista’arvim yang bertujuan menyusup masuk ke dalam masyarakat Arab Palestin, kini kita meneliti sedikit sebanyak tentang unit khas yang ditugaskan menyusup masuk dalam negara-negara Arab di Timur Tengah – serta negara-negara lain di seantero dunia. Jabatan yang dimaksudkan adalah Caesarea Department, salah satu cabang risikan dalam Mossad.
Berbanding dengan Unit Mista’arvim dalam IDF yang ditubuhkan dalam tahun yang sama dengan Israel, Caesaria Department, yang pada awalnya adalah satu unit cuma ditubuhkan pada awal tahun 70’an. Seperti juga unit-unit lain dalam Mossad – kebanyakan maklumat berkaitannya masih lagi diselubungi misteri. Tetapi Unit ini semacam satu lagenda kerana ditubuhkan oleh ‘James Bond’ Israel sendiri iaitu Michael Harari. Harari bertindak menubuhkan unit Kidon di dalam Caesarea Department pada pertengahan 70-an. Kidon, yang bermaksud bayonet merupakan unit yang mempunyai ‘license to kill’ dan rata-rata dianggotai oleh mereka yang sudah mempunyai pengalaman berkhidmat dalam pasukan elit IDF. Dalam erti kata lain, Unit Kidon dianggotai oleh pakar asasinasi atau ‘targeted killings’ dan sabotaj.
Tidak ada data rasmi berkaitan operasi-operasi yang dijalankan Caesarea Department, tetapi operasi yang paling popular dilakukan oleh Unit Kidon dalam Caesarea Department adalah Operasi ‘Wrath of God’ yang bertindak membunuh kesemua elemen Palestin yang terlibat dalam 1972 Olympic Massacre. Adalah difahami bahawa Michael Harari sendiri terlibat dalam mengetuai ‘Operasi Wrath of God’ di sini. Dalam ulasan David Kimche, mantan Timbalan Ketua Pengarah Mossad, Operasi tersebut diadakan bukan untuk membunuh kesemua pucuk pimpinan Palestin – tetapi untuk menghantar mesej amaran kepada Palestin. Ianya juga menjadi ‘signal’ bahawa Israel sanggup membunuh sesiapa sahaja yang dirasakan mengancam mereka, di mana jua mereka berada.
Bagaimana Michael Harari mendapat informasi yang mencukupi untuk membunuh kesemua mereka yamg dituduh terlibat dalam 1972 Olympic Massacre? Mudah – dikatakan Harari sudah mempunyai ‘network’ beliau sendiri di Timur Tengah serta hubungan akrab dengan kebanyakan badan-badan risikan pelbagai negara. Channel of communication ditubuhkan Harari ini diteruskan di kalangan pegawai-pegawai baru Caesaria bagi memudahkan mereka berkongsi maklumat.
Proses Asasinasi
Proses penaaman calon untuk dibunuh mengikut norma birokrasi. Sebaik sahaja seseorang dikenal pasti sebagai sasaran oleh Caesarea Unit, nama sasaran akan dibawa ke peringkat tertinggi Mossad.
Seterusnya, nama tersebut akan dibawa keJawatankuasa Perkhidmatan Risikan Israel, yang merangkumi ketua-ketua semua agenso risikan Israel. Jawatankuasa ini dikenali sebagai Varash, akronim kepada nama jawatankuasa tersebut dalam bahasa Ibrani; Vaadan Rashei Ha-sherutim. Varash akan membincangkan operasi, koordinasi serta input-input tambahan yang dirasakan relevan. Namun, Varash tidak ada autoriti untuk memberi ‘green light’ dalam satu-satu proses asasinasi.
Yang berkuasa dalam hal ini adalah Perdana Menteri Israel. Namun jarang sekali PM Israel akan membuat keputusan bersendirian. Makan, perkara ini akan dibincangkan bersama sebilangan kecil menteri kabinet, terutamanya Menteri Pertahanan.
Setelah mendapat ‘green light’, kes akan diserahkan semula kepada Mossad untuk perancangan dan ‘pelaksanaan’. Tempoh perancangan dan pelaksanaan berbeza-beza mengikut kes. Ada yang mengambil tempoh yang agak lama sehingga operasi dibatalkan akibat campur tangan politik. Sebagai contoh, semasa Mossad hendak membunuh pimpinan Hamas, Khaled Meshaal pada tahun 1997 (dengan menyembur racun pada telinganya) – Almarhum Raja Hussein telah mengugut Israel akan memutuskan terus hubungan diplomatik dengan Israel. Ini lah yang dikatakan menggunakan hubungan diplomasi sebagai ‘leverage’.
Caesarea Department masih lagi kuat pengaruhnya di Timur Tengah dan dikatakan ‘liaison department’ antara Mossad dan agensi-agensi risikan negara-negara Arab. Namun yang menjadi kegerunan adalah Unit Kidon, yang mensyahidkan ramai pejuang Palestin. Begitulah sedikit sebanyak tentang Caesarea Department serta Unit Kidon
(Gambar menunjukkan poster filem ‘Sword of Gideon’ berkenaan operasi Wrath of God yang dilaksanakan oleh Unit Kidon)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih