‘Belanda’ ada konotasi (selalunya negatif) dalam bidalan Melayu. Penjajah paling lama di Tanah Melayu (Melaka, 183 tahun) dan kekejaman VOC di Nusantara telah menyumbang kepada reputasi ini. Jadi apa bidalan Melayu yang guna perkataan Belanda? Ini bebenang.
1. ‘Paku Belanda’ : Maksudnya harga yang tidak boleh ditawar lagi. Fixed price. Semasa VOC, Belanda diketahui menguasai perdagangan rempah dari Nusantara ke Eropah. Mereka mengawal kos penanaman dan pengeluaran komoditi rempah dari Kepulauan Rempah. Harga tak boleh runding.
2. ‘Seperti Belanda kesiangan’ : Berperangai seperti Belanda, terpinga-pinga dek kesiangan. Orang Belanda memang ditulis dalam catatan sejarah bahawa mereka kuat minum dan cenderung berperangai buruk bila mabuk. Bayangkan dah mabuk teruk dan bangun lewat, macam mana gayanya?
3. ‘Bagai Belanda minta tanah’ : Sudah dapat sedikit, mahu lebih banyak lagi. Belanda mengangkat perdagangan hamba kepada industri. Di Kepulauan Rempah sahaja, penduduknya diperhambakan Belanda untuk bekerja di ladang rempah yang asalnya tanah asal hamba itu sendiri. Tamak.
4. ‘Dulu intan, sekarang jadi batu Belanda’ : Perihal berbangsa yang sudah jatuh dan tiada nilainya. kemegahan entreport Melaka di bawah penguasaan Belanda semakin merudum teruk selepas merampasnya dari Portugis (1641). Belanda punya pasal, Melaka hilang gah. Blunder.
5. ‘Tidak mati oleh Belanda’ : Orang yang sudah kaya sekaya-kayanya, tak akan jatuh miskin lagi dan akan kekal kaya walau rugi sedikit. Penjajah Belanda melalui VOC, (syarikat MNC pertama di dunia) dahulu memang terkenal suka merampas harta benda orang dalam jajahannya.
Namun bagi penduduk Melaka yang rata-ratanya dek kemakmuran dan kemewahan perdagangan di Melaka, ramai orang Melayu dan penduduk Melaka kaya-raya kebanyakannya lari keluar dari kota Melaka, membawa bersama kekayaan mereka, disembunyikan di dusun-dusun luar Melaka semata-mata bagi mengelak dirampas oleh Peringgi dan kemudiannya Belanda yang lebih teruk lagi perangainya datang menjarah Melaka.
Perihal kekayaan orang Melaka memiliki dusun buah-buahan, kebun durian yang luas di luar Melaka ini disebut oleh Castanheda (1509); “…dusun-dusun ini menjadi tempat rakyat Melaka ketika itu lari dari kesibukan dan hiruk-pikuk Melaka”.
Jadi, Melayu je ke yang guna konotasi negatif terhadap Belanda ni? Mestilah tak. Reputasi, sikap dan sifat orang Belanda ini turut menjadi bidalan, ejekan dan lelucon harian dalam kalangan orang Inggeris juga. Biasalah, mereka pun bermusuh berabad lamanya
1. ‘Going Dutch’ : Bila diajak makan bersama, tapi bayar asing-asing pulak. Mungkin orang Inggeris terinspirasi kerana sikap Belanda yang kedekut dan berkira. 2. ‘Dutch comfort’ : Kelegaan, rasa tenang dan ‘selesa’ kerana perkara buruk yang dah jadi tak jadi lebih buruk.
2. ‘Dutch courage’ : Keberanian dan kegilaan yang disebabkan pengaruh arak dan ketika mabuk. Ada catatan perang Inggeris menyebut bahawa semasa Belanda berkubu atau menyerang, mereka akan minum arak terlebih dahulu untuk jadikan mereka lebih ganas dan berani.
3. ‘Dutch bargain’ : Urusniaga jual beli yang dikendalikan dalam keadaan mabuk dan tidak teratur, selalunya berakhir dengan penipuan. Sekali lagi, mesti berkait dengan arak dan mabuk. Tabiat Belanda sejak azali.
4. To speak ‘double Dutch’ : Bercakap tak tentu hala, dan tak tentu buah butir, percakapan yang tidak dapat difahami kata-katanya. Nak expect apa, orang Inggeris memanglah tak faham bahasa Belanda! Tapi tu lah, kalau dah benci, apa pun tak kena!
5. ‘Dutch uncle’ : Watak lelaki berumur yang tegas dan susah nak berkompromi. Pakcik yang kita tak suka dalam keluarga. 6. ‘Dutch feasts’ : Parti yang cepat melingkup pasal tuan rumah pulak yang mabuk dulu. Nampaknya, orang Inggeris lagi menyampah dengan Belanda ni!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih