Semestinya ramai yang tidak mengenali beliau tetapi tahu berkenaan serangan Japanese Red Army di Bangunan AIA, Kuala Lumpur pada 1975.

 

Dan beliau adalah salah seorang daripada perwira yang sanggup mengambil risiko untuk menyelamatkan negara.

 

Tan Sri Osman Samsuddin Cassim pergi buat selamanya di Hospital Gleaneagles dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Segambut.

 

Pada 70-an, bangunan AIA di Jalan Ampang adalah yang tertinggi di Kuala Lumpur. Ia menempatkan pejabat insurans dan kedutaan asing seperti Amerika Syarikat, Sweden, Perancis, dan Kanada.

 

Namun, pada 4 Ogos 1975, lima orang tak dikenali menyusup masuk dan naik ke tingkat 9 dengan lif. Mereka melepaskan 12 tembakan rambang sebagai amaran dan mengumpulkan semua orang di sebuah bilik di pejabat AIA.

 

Ketua Pengawal Keselamatan, Sukdave Singh, menyiasat setelah terdengar tembakan dan lif dimatikan. Beliau ditembak di kepala tetapi rakannya sempat meminta bantuan. Polis tiba dengan unit tindakan khas dan FRU mengawal orang ramai. Seorang anggota polis juga ditembak tetapi berjaya kembali ke lobi.

 

Ketua Polis, Allahyarham Tan Sri Haniff Omar, menyedari pengganas adalah dari Japanese Red Army (JRA), organisasi pengganas terkenal. Sebelum ini, JRA mendalangi letupan di Lapangan Terbang Lod, Tel Aviv, dan menawan kedutaan Perancis di Netherlands serta memusnahkan loji minyak di Singapura. Menurut Konsul Sweden, Fredrik Bergenstrahle, pengambilan tebusan mungkin disebabkan penahanan dua anggota JRA di Sweden pada awal 1975.

 

JRA meminta dua perkara: pembebasan 7 anggota mereka di Jepun dan pesawat untuk melarikan diri. Kerajaan Malaysia membentuk pasukan rundingan diketuai Allahyarham Tun Ghazali Shafie. Jepun akhirnya setuju melepaskan banduan JRA.

 

Setelah rundingan, 9 tebusan dibebaskan dan pertukaran dibuat di Subang. Pengganas turun dengan 15 tebusan, memegang bom tangan. Pakar pemusnah bom, Leftenan Jamil, menyiasat sebelum menyelamatkan tebusan lain.

 

Semasa di Subang, pengganas meminta empat pegawai kerajaan sebagai pertukaran kepada 15 tebusan tersebut.

 

Empat orang tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementeri Dalam Negeri, Allahyarham Tan Sri Osman Samsuddin Cassim, Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato Ramli Omar dan dua pegawai kerajaan Jepun.

 

Juruterbang pesawat DC8, Kapten Tomio Masuko, enggan berlepas jika ada bahan letupan. Rundingan mencapai persetujuan untuk meledakkan bom di kawasan lapang.

 

Pesawat berlepas ke Libya setelah rundingan panjang. Mereka singgah di Sri Lanka untuk isi minyak. Setibanya di Libya, pengganas diletakkan di bawah tahanan rumah kerana kekurangan bukti.

 

Dua hari kemudian, pegawai tertinggi kerajaan Malaysia selamat tiba di Malaysia.

 

Pada 2009, Allahyarham Tan Sri Osman Samsuddin Cassim menerima anugerah Royal Order of the Polar Star yang diberikan oleh Raja Negara Sweden, King Carl XVI Gustaf atas jasanya ketika peristiwa ini.

 

Allahyarham Osman berkhidmat dalam kerajaan selama tiga puluh tahun dengan memegang pelbagai jawatan penting seperti Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

 

Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, di mana beliau berkhidmat dari 1 Disember 1980 hingga 31 Julai 1985.

 

Besarnya pengorbanan beliau untuk negara. Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya. Al-Fatihah.

 

Oleh: Azizul Farhan


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply