Sudahpun 50 tahun sejak Amerika Syarikat menjayakan sebuah kejutan besar. Bulan akhirnya diterokai tapak kaki manusia, bermula dengan Neil Armstrong dan Buzz Aldrin. Namun pencapaian ini bukanlah bagaikan membaling sebutir batu semata-mata. Perlumbaan yang dibuat tidak langsung bersikap pro-sains, kerana politik bersama Kesatuan Soviet membenamkan azam yang kapitalisme lebih baik. Andainya pihak lawan yang tiba dahulu, betapa aibnya prestij Barat terhadap medan dunia. Namun kejayaan tetap kejayaan – dan tiada siapa boleh mempertikainya.

Fokus utama bagi setiap saintis ialah batu yang dibawa pulang. Namun sampel-sampel dikutip Armstrong dan Aldrin tidak boleh difahami oleh kerana kekangan teknologi pada zaman itu. Sekitar 1972, sebuah komputer dijual pada harga AS$95,000. Jika komputer hari ini dijual pada harga tersebut, mungkin ia berupaya untuk dikongsi seluruh kampung pun. Maka sampel Bulan hanya difahami secara mendalam sekitar tahun 2000, yang sekaligus menggunakan data mineralogi daripada misi-misi pengorbitan Bulan

Namun dapatan daripada misi Bulan pada tahun 1969 tidak seharusnya menjadi fokus utama. Presiden John F. Kennedy menyebutkan dengan jelas bahawa hasrat ke Bulan dicetuskan kerana ia susah dilaksanakan. Apabila manusia mencabar arus demi pencapaian merentasi dugaan, pelbagai manfaat boleh diperolehi. Dan itulah apa yang berlaku. Sebahagian besar daripada teknologi ke Bulan tidak wujud pada tahun 1962, bila beliau umumkan misi ini. Ada juga kerisauan yang kapal boleh terletak pada permukaan Bulan pun.

Seramai 400,000 orang terlibat dalam misi untuk meletakkan dua angkasawan di permukaan Bulan. Inovasi dan teknik dijayakan NASA telah mengubahkan bukan saja Amerika Syarikat, tetapi seluruh dunia. Dengan usaha kembali ke Bulan menjelang 2024, NASA sedang berusaha untuk membangunkan teknologi baharu pula supaya misi-misi ke Marikh dijayakan selepas 2028. Tanpa kejayaan Apollo 11, kawalan penerbangan digital tidak mungkin dibangunkan. Sumbangan besar misi Apollo ialah sistem kawalan “terbang-dengan-wayar” yang membawanya pada landasan.

Pada masa itu teknologi ini tidak diketahui sesiapa. Namun hari ini, semua pesawat malahan dalam kereta pun sedang menggunakannya. Dahulu pesawat dikawal secara mekanikal iaitu melalui kabel dan batang yang menghubungkan juruterbang dengan sayap serta ekor. Keralatan disebabkan manusia sangatlah tinggi untuk berlaku, dan teknologi ini sangatlah kuno untuk digunakan dalam misi Bulan. Armstrong dan Aldrin sendiri tidak tahu apa dan bagaimana bila berkaitan dengan Bulan; maka peluang untuk keralatan berlaku sangatlah tinggi.

Selain itu, Armstrong dan Aldrin (serta Michael Collins) juga manusia. Mereka terhad pada tuntutan biologi iaitu bekalan (makanan dan minuman) dan tuntutan (pengurusan najis, senaman otot dan pengekalan tulang). Disebabkan dua perkara ini juga tiada siapa dihantar ke Bulan selepas misi terakhir iaitu Apollo 17 pada 11 Disember 1972. Untuk memastikan makanan pesawat tidak dicemari organisme mikro, keselamatan makanan diutamakan. Keuzuran angkasawan andainya sakit perut sekalipun boleh merosakkan keberkesanan sebuah misi.

Pengeluar makanan Pillsbury diupah NASA supaya boleh membangunkan sebuah teknologi agar perkara ini boleh dielakkan. Perlantikan Pillsbury memangkinkan sistem HACCP yang digunapakai sehingga hari ini. Prosedur-prosedur HACCP diwajibkan di Amerika Syarikat (dan banyak negara lagi). Andainya berada di pusat beli-belah, logo HACCP semestinya terkandung pada maklumat makanan diproses.

Sumbangan paling besar sekali tentu sekali pengasasan The Patriots sendiri. Bukanlah organisasi The Patriots yang dimaksudkan – sebaliknya, perhubungan pembaca dengan mana-mana laman web yang jika tiada tidak mungkin rencana ini boleh dimuatnaikkan seperti ini pun.

Teknologi daripada misi Apollo telah membolehkan satelit dilancarkan. Pada penghujung 2018, sebanyak 4,987 satelit sedang mengelilingi Bumi. Setiap satunya memainkan peranan penting yang jika digabungkan memantapkan komunikasi, navigasi, pengawasan dan sebagainya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.