Seringkali kita bertanyakan apakah sesuatu itu Islamisasi atau Arabisasi dan apakah perbezaan antaranya. Saya beri contoh apakah perbezaan keduanya daripada perspektif saya sendiri:

ISLAMISASI:

Proses Islamisasi adalah proses membersihkan elemen-elemen di dalam budaya yang bertentangan dengan syarak. Ianya tidak menghapuskan budaya tersebut tetapi menambah-nilai, memperbaiki dan menjadikan budaya itu ‘syariah compliant’.

Contohnya busana Melayu yang dimasukkan elemen-elemen kefahaman Islam seperti butang baju Melayu yang 5 menandakan 5 Rukun di dalam Islam.

ARABISASI:

Proses menghapuskan atau menghina budaya sesuatu bangsa yang tidak melanggar syarak dengan niat mengangkat tinggi atau menggantikannya dengan budaya Arab.

Contohnya mempromosikan pemakaian jubah dan pada masa yang sama memperlekehkan pemakaian busana Melayu.

Memandangkan saya mengambil contoh jubah Arab vs busana Melayu, eloknya saya perincikan lagi perkara ini.

1) Adakah memakai jubah itu salah untuk orang Melayu..?

Jawapannya adalah TIDAK SALAH. Saya juga berjubah mengikut kesesuaian majlis dan keadaan. Ini kerana di dalam Al-Quran ada menyebut mengenai Pakaian Indah dan Pakaian Taqwa.

Pemakaian di dalam Islam adalah penting. Islam mementingkan umatnya supaya sentiasa kelihatan segak dan bersih di dalam melaksanakan sesuatu.

Contohnya, jika memakai kemeja, blazer dan tali leher di dalam mesyuarat menjadikan anda dapat menjiwai dan menjalankan tanggungjawab mesyuarat dengan baik, maka ianya tidak salah selagi pakaian itu menutup aurat. Sama juga jika anda merasakan dengan memakai jubah di dalam majlis keagamaan itu anda lebih dapat menjiwai majlis dan tanggungjawab anda, maka silakan.

2) Makanya apa yang salah..?

Yang menjadi kesalahan, pada saya, adalah apabila anda menghukum seseorang itu kurang Islamnya disebabkan dia tidak mengenakan jubah contohnya walaupun pakaian seseorang itu menutup aurat.

Dan menjadi kesalahan juga apabila ada yang mencemuh seseorang itu apabila dia lebih selesa mengenakan jubah walaupun majlis yang dihadiri itu bukan majlis agama.

3) Apakah yang sebenar-benarnya penting di dalam Islam mengenai pakaian..?

Bottomline nya ialah, pemakaian di dalam Islam terdapat 3 ciri penting ini:

a) Menutup Aurat.
b) Bersih dari kotoran dan najis.
c) Kena pada tempat dan cara.

Antara yang menjadi perdebatan di dalam perihal Islamisasi dan Arabisasi adalah ketidak-bolehan kita dalam membezakan antara budaya dan gaya hidup dengan sunnah.

Baginda Rasul SAW adalah contoh terbaik dengan uswatul hasanah (budi pekerti yang baik) baginda sebagai guideline kepada umat Islam seantero dunia.

Kita sebagai umat Islam seeloknya cuba mencontohi baginda di dalam perlakuan dan tutur kata.

Namun begitu, kita juga harus jelas apakah itu gaya hidup yang beradab dan sopan dengan sunnah baginda.

Contoh antaranya yang dikatakan sunnah itu adalah sunnah baginda memakan memakai 3 jari.

Baginda Rasul memakan kurma dan roti. Ini adalah makanan ruji masyarakat Arab pada ketika itu. Baginda menekankan gaya makan yang beradab dan sopan. Ini adalah intipati ajaran baginda.

Bukankah kurang sopan dan adab jika mengambil kurma atau mengkoyakkan roti dengan 5 jari. Tangan kita yang kita masukkan ke dalam mulut terkena makanan lain di dalam mangkuk yang kita kongsikan bersama orang lain.

Makanan ruji kita pula adalah nasi dan makanan berkuah. Bukankah sukar jika nak menyuapkan nasi dengan 3 jari. Apatah lagi jika hendak memakan sesuatu yang bersup atau berkuah.
Sekali lagi, bottomline apa yang baginda cuba sampaikan kepada umatnya adalah:

a) Makan dan minum dengan sopan dan penuh adab.

b) Fikirkan juga orang lain apabila makan. Jangan kotorkan ia dengan perbuatan kita.

c) Jangan basikan makanan dengan membiarkan ia terkena bakteria dari tangan kita.

d) Ambil sedikit dahulu dan jangan bazirkan makanan.

Banyak lagi perbuatan dan amalan baginda yang terkandung seribu satu pelajaran yang boleh kita rungkaikan jika kita mengkaji dengan lebih mendalam.

Banyak perbuatan dan perlakuan baginda yang mengandungi pelajaran disebalik permukaan semata-mata.

Bukankah Akhlak baginda itu Al-Quran dan Al-Quran juga perlu dikaji secara mendalam dan tidak diambil permukaan semata-mata..?

Pokok pangkalnya, kita sebagai umat Islam perlu jelas apakah sesuatu itu adalah ajaran Islam (Islamisasi) atau kebudayaan Arab (Arabisasi).

Islam itu melestarikan budaya, melengkapkannya dan membersihkannya daripada elemen-elemen yang bertentangan dengan syarak.

Bukan menghapuskannya.

Sekali lagi saya tekankan, artikel ini adalah artikel terbuka. Pembaca bebas untuk berkongsi pendapat dan bertukar-tukar pandangan.

Saya tiada masalah langsung dengan rakan-rakan yang suka memakai jubah, menggunakan kata ganti diri seperti ‘ana’ dan ‘anta’ ataupun perkataan seperti ‘iftar’ dan sebagainya.

Saya juga ada rakan yang teruja dengan adab dan adat serta budaya Jepun, Korea dan sebagainya.

Tiada masalah langsung…

Tapi janganlah sehingga ada yang menghina dan mengutuk budaya, adab dan adat bangsa Melayu.

Apatah lagi apabila yang menghina dan mengutuknya sendiri kurang ilmu pengetahuan tentangnya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pengasas dan Presiden The Patriots. Man. Myth. Legend.

Comments are closed.