Mid-Autumn Festival walaupun nampak macam underrated, tapi sebenarnya ia merupakan satu-satunya perayaan yang disambut oleh orang Cina, Korea dan Jepun secara serentak.

Mid-Autumn (Zhongqiu / 中秋) bermaksud pertengahan musim luruh mengikut kalendar Cina iaitu pada 15 haribulan 8. Tahun ini tarikhnya jatuh pada 4 Oktober ikut kalendar Gregorian/Masihi.

Mid-Autumn bukan pesta memakan kuih bulan. Penjenamaan “Mooncake Festival” adalah taktik taukeh kuih bulan nak melariskan produk. Sama seperti orang yang menganjurkan beer fest pakai nama Oktoberfest. Itu namanya menunggang budaya.

Mid-Autumn ni sebenarnya pesta menuai bagi masyarakat petani China, kemudian ia disebarkan kepada Korea, Jepun dan Vietnam, kawasan yang dinamakan sebagai “Sinosphere”.

Di hemisfera utara, orang menuai sekitar bulan September hingga November, jadi Mid-Autumn ni lebih kurang seperti Thanksgiving Day dan Oktoberfest. Semua adalah pesta menuai.

Walaupun Jepun dah memansuhkan kalendar Cina atau “lunar calendar” (itu sebab Jepun tak sambut Lunar New Year), tapi mereka kekalkan 15 haribulan 8 sebagai sambutan “Jūgoya” (十五夜) yang bermaksud “malam ke-15”. Orang Jepun yang berjiwa jiwang menganggap Jūgoya sebagai pesta melihat bulan atau “Tsukimi” (月見), sama seperti pesta melihat bunga (“Hanami”) ketika musim bunga dan pesta melihat salji (“Yukimi”) ketika musim sejuk.

Di Korea pula, Mid-Autumn dipanggil “Chuseok” (추석/秋夕). Mereka tak sambut sehari je, tapi cuti 3 hari terus. Ada amalan tarian “Ganggangsullae” (강강술래) yang menari dalam bulatan di bawah bulan.

Orang Korea dan Jepun tak makan kuih bulan macam orang Cina. Orang Korea makan “songpyeon” (송편), orang Jepun pula makan “tsukimi dango” (月見団子). Tsukimi dango ni selalu dibuat jadi macam bentuk arnab sebab mereka membayangkan lubang-lubang di permukaan bulan sebagai arnab.

Menarik juga kalau Malaysia buat pesta Mid-Autumn yang menghimpunkan ketiga-tiga cara sambutan Cina, Korea dan Jepun. Kita bukan saja ada kaum Cina malah ada peminat K-Pop dan J-Pop yang ramai, silap-silap ia boleh jadi regional event yang membantu promote tourism.

Ia lebih baik daripada buat Oktoberfest yang tak berapa Oktoberfest. Oktoberfest ni pun pesta menuai juga, pesta menuai bagi orang Bavaria di Jerman. Tapi orang kita anggap berkumpul ramai-ramai minum beer pada Oktober dah kira Oktoberfest.

Orang Bavaria ni pun ada sentimen pemisahan macam Catalonia juga. Kita pula pergi panggil Oktoberfest sebagai “celebration of German culture”, what an insult kepada orang Bavaria yang menganggap Oktoberfest sebagai hari untuk meraikan “Bavarian pride”.

Eh dah lari tajuk. Saya nak cerita pasal Mid-Autumn saja sebenarnya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Leave A Reply