“Jantan tak guna!!” Mungkin inilah carutan perempuan Venice yang pernah jadi skandal Giacomo Girolamo Casanova. Dah la kaki betina, ketagih pulak berjudi. Kalau tak cukup duit, dia akan ‘pinjam’ duit dari awek. Dia paling selera dengan gadis B40 atau M40 umur 14-18 tahun.

Walaupun asalnya B40, dia berangan nak jadi T20. Satu hari, peluang yang ditunggu-tunggu jatuh ke riba. Ada seorang bangsawan, nama dia Matteo Bragadin. Masa kat jalanan, dia tak semena-mena sakit jantung. Tanpa buat leceh, Casanova pun tolong selamatkan pakcik ni, buat first-aid, papah balik rumah dan panggilkan doktor. Casanova sentiasa temankan pakcik ni, sampailah dia stabil.

Rupa-rupanya Bragadin bukan orang biasa. Dia adalah senator dan politikus yang paling berpengaruh di kalangan bangsawan Venice. Sebab Casanova dah tolong, Bragadin rasa terhutang nyawa dengan anak muda ni. Jadi senator ni ambil keputusan nak jaga dan sponsor hidup Casanova. Dah macam durian runtuh! Casanova pindah masuk rumah Bragidin dan tak perlu bayar sesen pun selagi pakcik ni hidup.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

“Saya bercakap macam doktor pakar. Saya quote kata-kata hikmah dari penulis yang saya tak pernah baca,” ternyata Casanova memang pandai bersandiwara sampai Bragidin dan aristokrat lain terpukau. Pengalaman masa keciknya berjumpa dukun wanita pun banyak membantu. Lagi-lagi dia tahu serba sedikit ilmu hitam dan Kabbalah yang diminati orang Venice waktu tu.

Pengalaman hidup Casanova jadi B40 masa kecil, jadi M40 masa kerja abbot dan jadi T20 masa dipayung Bragidin membuat dia mudah masuk dengan semua orang. Skil ni yang takde pada semua buaya darat. Gifted Player.

Kalau baca “History of My Life” tulisan Casanova, memang skandal seks dia agak disturbing & dark. Dia punya ligat berzina, setan pun boleh garuk kepala. “Kok manusia bisa begitu ya?” Apa yang dia buat tu, paling tidak boleh dikira menjijikkan dan paling teruk boleh dikira jenayah.

Pergaulan bebas kat Venice masa abad ke-18 ni dah teruk dah. Ia sebuah kota yang berbeza dengan kota Eropah lain. Walaupun secara rasmi dikuasai Kristian Katolik yang rigid, Republik Venice popular menjadi tempat memuaskan nafsu muda mudi. Kat negeri ini, kalau jomblo tu kira aib la. Berpacaran dan ada kekasih gelap tu benda biasa, meskipun bagi cardinal dan pegawai agama. Hampir semua aristokrat ada skandal. Sampaikan nun (biarawati) pun tak terkecuali. Casanova pernah mengaku dalam memoir yang dia ada skandal dengan nun yang dipanggil “MM”. Sebelum jumpa Casanova, nun tu skandal dengan sorang diplomat Perancis.

Apa teknik Casanova rebahkan perempuan?

Kalau zaman ni mat rempit ajak tengok wayang, zaman tu pulak Casanova ajak tengok teater. Kat situlah tanduk dia keluar. Casanova memang selesa buat kerja kotor kat teater pasal memang padang permainan dia dari kecik. Teater Venice zaman tu sesuai jadi tempat bersosial dan ada bilik-bilik privasi. Line clear untuk berkhalwat kot. Kalau ada zaman sekarang, JAIS dah ketuk pintu agaknya. “Casanova, sila tunjukkan ic encik dan pasangan. Buka pintu encik, kalau tak kami pecahkan!”

Masa awal-awal buat kerja terkutuk ni, Casanova ada rasa tak selesa dengan perempuan. Lagi-lagi bila dengan bini orang, dia akan cemburu dengan suaminya. Tapi lama-lama, Casanova kata “boleh pergi mampos”. Dia tak kisah asalkan nafsu puas.

Jumpa kami nanti di KLAB2023! Simpan tarikh 23-26 FEBRUARI ya. Jemput ramaikan reruai kami.

Pesta dan casino. Dua tempat ni Casanova tak boleh tinggal.

Abad ke-18 masa tu, karnival di Venice biasa start bulan Oktober. Sampai lima bulan diorang pacak khemah. Budaya diorang, biasa akan pakai topeng yang tutup mata tu. Topengnya ada bentuk muka binatang macam burung, serigala dan singa. Memang sesuai la dengan Casanova yang nak menerkam mangsa. Casanova tulis dalam memoir, kesempatan ni digunakannya untuk kenal dengan ramai perempuan dan bermacam-macam latarbelakang. Dari anak dara sampai mak janda, semua dia sapu.

Festival Venice yang bertempat di St Mark’s Square meriah dengan konsert maharaja lawak, nyanyi-nyanyi dan teater lakonan. Ada jugak wresting WWE dan gelanggang boxing. Astrologer yang meramal pakai kad tarot dan tengok telapak tangan pun cari makan jugak. Ada jugak yang kalau dibuat hari ni, dikira tak beretika. Diorang adakan pertunjukan beruang yang dirantai dan pertunjukan kucing yang bercakaran sesama sendiri. Dah kira penyeksaan haiwan jugak.

Judi pulak meriah kat Ridotti. Bahaya judi ni, harta simpanan seumur hidup boleh hangus dalam satu malam. Casanova tak fikir semua tu. Dia menang sekali, kalah 10 kali. Dia punya kalah judi tu sampai hutang keliling pinggang. Tu yang di siap pinjam duit awek. Gila tak malu pakai duit orang perempuan. Memang ‘haram’ Casanova nak bayar balik. Sampaikan patron dia, Bragadin pun tak mampu nak bayarkan banyaknya hutang Casanova.

Seks bebas, arak dan judi. Semua tabiat buruk ni akhirnya memakan diri.

Pada umur 29 tahun, Casanova diberkas dan digiring menyeberangi Jambatan Sighs. Dia ditahan di penjara Piombi. Nasib baik penjara ni bukan yang kelas bawahan punya. Kalau kat penjara marhaen macam Pozzi, tempatnya bawah paras air dan banduan punya lutut akan ditenggelami air. Bayangkan macam mana nak baring kalau kat situ?

Mungkin pasal ramai yang berdendam dengan dia, Casanova tak dibacakan pun atas tuduhan apa dia ditangkap. Yang lawaknya, ada yang tuduh dia sembah setan. “Kat Casino, kalau orang kalah judi akan mencarut ‘celaka setan!’ Kami tak pernah pun dengar Casanova ni kalau kalah mencarut ke setan.” Pasal tak nampak masa depan akan dibebaskan, Casanova merancang prison break.

Dia tebok siling penjaranya dan berjaya loloskan diri. Berdebor jugak masa lalu sebelah guard penjara yang tak perasan sorang tahanan dah keluar. Setelah berjaya melarikan diri, Casanova menghabiskan 18 tahun hidupnya mengelilingi Eropah dan bermain cinta dengan ramai anak dara dan anak takda dara.

Bila umur dah separuh abad, barulah Casanova pulang semula. Venice masa ni dah tak meriah macam dulu. Pemerintahan pun bertukar baru. Pada tahun 1783, dia berkelana lagi sampailah meninggal dunia pada usia 73 tahun.


 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply