Usai Perang Salib Keempat melabuhkan tirainya dengan kisah pahit yang memalukan bangsa Eropah, Pope Innocent III sekali lagi menyeru kaum Kristian Eropah untuk bersama samanya bagi menewaskan pasukan Islam dan menakluk Jurusalem. Seruan ini kemudiannya mendapat sambutan oleh sebahagian besar Raja Raja Eropah seperti Andrew II of Hungary, Leopold VI of Austria, Kerajaan Germany, Perancis dan Holy Roman Empire.

Bagi mencapai matlamat mereka, mereka perlu bergerak untuk menakluki Dumyat. Bagi mereka, jikalau mereka berjaya melumpuhkan Mesir, maka perjalanan mereka untuk menakluk Jurusalem akan mudah bagi mereka. Maka, bergeraklah pasukan Eropah ini menuju ke Mesir bagi menakluk Dumyat, pintuk masuk mereka ke Mesir.

Setibanya di sana, serangan ke atas Dumyat pun dimulai pada 1218. Pasukan Eropah telah mengepung Kota Dumyat dengan segala kelengkapan yang mereka ada bagi melumpuhkan kota ini. Al-Adil, yang merupakan pemerintah Mesir pada ketika itu sedaya upaya untuk mengundurkan pasukan Salib ini nampaknya menemui jalan buntu kerana serangan yang dibuat oleh pasukan Salib Eropah ini bercorak bertali arus.

Akhirnya, pada tahun 1220, Dumyat jatuh ke tangan Pasukan Salib Eropah. Namun, kemenangan ini tidak bertahan lama. Pasukan Salib kemudiannya mara ke arah Mansurah untuk penaklukan seterusnya. Sultan Al-Kamil pada ketika ini telah memanfaatkan bumi Mesir dan muka buminya bagi menewaskan pasukan Salib. Al-Kamil telah melepaskan air empangan Mesir di Al-Mansurah dan menyebabkan banjir dan pasukan Salib kemudiannya ditennggelami air.

Tindakan ini akhirnya telah merugikan pasukan Salib kerana perbekalan mereka telah habis. Akhirnya, pasukan Mesir kemudiannya mengepung pasukan Salib ini dan pasukan Salib Eropah telah tewas secara mutlak dalam pertempuran ini


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.