Sebuah gulungan yang dikenalpasti dari tahun 1840 M, yang dikenali dengan nama gulungan He-gassen, memaparkan lukisan-lukisan dalam seni tradisional Jepun yang di mana manusia digambarkan dalam pelbagai posisi sedang melepaskan tembakan-tembakan meriam kentut berasap antara satu sama lain.

Pertempuran kentut yang berlaku dengan sangat rancak. Gambar pertama, tembakan kentut menerbangkan perhiasan kepala lalu gambar terakhir pihak kiri melepaskan tembakan kentut sehinggakan tembok pertahanan pihak kiri berlubang tanpa ampun.

Pertempuran yang epik dan dahsyat ini dinamakan sebagai ‘He-gassen’ atau dalam bahasa Melayu, ‘Perang Kentut’. Gulungan yang mengandungi sebanyak 21 buah lukisan tersebut, kebanyakannya memaparkan aksi-aksi tak senonoh manusia sedang bertempur dengan syahdunya melepaskan kentut beraroma semerbak wangi nan bangkai. Bam, bam!

Sejarah disebalik siapakah si pelukis lukisan ini tidak dikenalpasti, bahkan adakah benar di tanah Edo (Jepun) dahulukala pernah terjadi pertempuran kentut yang menyebabkan ramai manusia gugur di medan perang ini? Adakah samurai ataupun ronin turut terlibat dalam pertempuran berbau ini? Tersebar beberapa khabar angin mengatakan, perang ini sememangnya pernah berlaku. Ouh, benarkah?

Baik, bagi para ilmuwan, mereka menyimpulkan, lukisan ini hanyalah sebuah lukisan yang membawa mesej semata-mata. Tidak pernah ada catatan dalam sejarah Jepun pernah terjadinya peperangan kentut ini. Ya, walaupun kita tahu negara Jepun sekarang dihuni oleh bangsa Jepun yang berakhlak pembersih dan bersopan-santun, walhal adakalanya otak bangsa ini juga menjadi senget 360 darjah tanpa paksaan.

Lukisan ini sebenarnya menyampaikan mesej yang ringkas. Sebuah mesej yang memperingatkan atau mempersenda golongan atasan yang mana pada period tersebut, tanah Edo menghadapi pertembungan budaya dengan masyarakat Eropah dan Amerika, pengukuhan agama Kristian lalu seterusnya menganggu-gugat agama tradisional Jepun iaitu agama Shinto dan pelbagai perjanjian yang ditandatangani di antara pihak istana Jepun dengan negara-negara koloni yang sangat merugikan sosio-ekonomi masyarakat Jepun secara menyeluruh.

Lukisan kentut-mengentut ini menggambarkan sosok diantara golongan bangsawan Jepun bertempur dengan golongan koloni dari Eropah dan ia tidak lain hanyalah sebuah gulungan lukisan yang dilukis untuk mempersendakan pihak istana pada waktu tersebut.

Ia boleh diumpamakan sebagai lukisan ‘troll’ yang boleh kita lihat di dalam media sosial yang menggambarkan sosok para pemimpin politik yang suka menipu rakyat marhean pada hari ini. Sebenarnya, ada banyak teori mengenai lukisan ini, tetapi saya lebih memilih teori mempersenda dalam dunia politik.

Aku hanya mengulas gambar terakhir. Kucing menjadi mangsa diskriminasi dalam pertempuran ini. Aku makin tak memahami.

Akhir kalam, kalau di Jepun ada kentut, manakala di Malaysia pula ada kencing. Baik, kenapa dalam banyak-banyak penulisan berilmiah yang lain, kentut juga menjadi pilihan aku dalam bulan Ramadhan kali ini? Suka hati akulah. Babai.

RUJUKAN:

1. 21 Classic Images Of Japanese Fart Battles From The 19th Century oleh Wyatt Redd.

2. Fartopedia: Everything You Didn’t Need to Know – and More oleh Martin Fleming.

– TAMAT –


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Comments are closed.