Baru-baru ni tular pasal stesen TV di Ecuador di serbu dan pegawai penjara di sana dibunuh.

Semuanya didalangi sindiket kartel dadah yang berleluasa di Ecuador.

Apa punca berlakunya semua ni?

Ia bermula apabila Jose Adolfo Macias, yang dikenali sebagai Fito, ketua kumpulan sindiket kartel Los Choneros hilang dari penjara semasa menjalani hukuman penjara 34 tahun.

Presiden Ecuador, Daniel Noboa isytiharkan darurat dan perintah berkurung. Kumpulan-kumpulan kartel ni pun isytihar perang ke atas kerajaan dengan mengancam untuk membunuh orang awam dan pasukan keselamatan.

Dalam beberapa hari sahaja, rusuhan penjara di 6 buah penjara berbeza, letupan dan serangan bersenjata dah berlaku menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh.

Lebih 100 orang pengawal dan kakitangan lain masih jadi tebusan oleh banduan.

Di Riobamba, Ecuador, 39 banduan larikan diri dari penjara walaupun beberapanya dah ditahan semula.

Presiden Noboa berikrar untuk takkan berunding dengan “pengganas.”

Sebenarnya krisis kartel dadah ni dah berlarutan lama di Amerika Selatan. Sindiket kartel transnasional gunakan pelabuhan Ecuador untuk hantar kokain ke Amerika Syarikat dan Eropah.

Kartel dadah ni tak lagi asing dimata masyarakat Amerika Selatan terutama dari negara Mexico, Brazil dan Colombia. Pablo Escobar, antara nama yang sangat popular bila kita sebut berkenaan kartel dadah.

Kartel dadah dikatakan lebih ‘berkuasa’ berbanding pemerintah disebabkan oleh masalah dalaman seperti amalan rasuah berleluasa serta kelemahan penguasa menangani masalah menjadi salah satu faktor penularan kumpulan ini.

Kalau diingatkan balik, Mexico pernah terlibat dengan Perang Kartel. Felipe Calderón (bekas Presiden Mexico) lancarkan perang dadah terhadap kartel pada 2006 (“Guerra Contra El Narcotráfico”).

Dianggarkan sekitar 15,000 orang terkorban dan secara purata 95 orang awam mati (atau diculik) setiap hari di Mexico.

Kartel dadah di Mexico ni bukan hanya sindiket biasa, tapi siap ada senjata dan tentera sendiri, dari “sicario” hingga ke paramilitary.

Selain mengancam keselamatan orang awam, kartel ni juga selalu berperang antara satu sama lain untuk merebut kawasan.

‘It’s all about Business’, kelangsungan ekonomi (narco-nomics) kartel bergantung pada pengedaran dadah di pasaran gelap seperti Deep Web selain mempunyai bisnes lain seperti Tequila trade, pemerdagangan manusia, pembunuh upahan dan berkemampuan menguasai industri minyak.

Hal ini menjadikan kumpulan kartel dadah ini sebagai sebuah organisasi jenayah yang ‘well organised’, serba lengkap dari segi teknologi, senjata dan latihan.

Adapun, kumpulan kartel ini langsung sangat tak berhati perut. Lapor aktiviti mereka kepada polis? Tunggu balai polis diletupkan. Orang awam cuba lawan? Tunggu ahli keluarga mereka semua akan lenyap dimuka bumi.

Oleh: Azizul Farhan

___

Nak tau krisis apa yang berlaku di seluruh dunia? Jawapannya ada dalam siri Dunia Tanpa Tembok. Dapatkan segera!

https://shope.ee/5V6BFhsNqi
https://shope.ee/509ueoOgIc
https://shope.ee/6pbYqChURS


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply