Banyak agama bercakap pasal sebuah peperαηgαη besar sebelum dunia mencapai tarikh luput. Peperαηgαη ini selalunya antara baik dan jahat, bagaikan babak “Avengers! Assemble!” yang senang cakap kemuncak sesuatu klimaks.

Islam menggambarkan segmen masa ini dengan ciri-ciri jelas: turunnya Nabi Isa (as) untuk menewaskan al-Masih ad-Dajjal dan kemudian gerombolan Yakjuj Makjuj.

Agama Kristian menerangkan tentang Four Horsemen dan pengembalian Nabi Isa (as) untuk menjadi Raja Sekalian Alam. Judaisme pula mengulas panjang, dengan suatu babak iaitu peperαηgαη menentang Gog dan Magog.

Jumhur agamawan menokhtahkan bahawa Gog dan Magog adalah Yakjuj Makjuj. Judaisme berkata perαηg ini akan berlaku di Jerusalem pada penghujung zaman pembuangan Yahudi.

Dalam fahaman Ortodoks, bangsa Yahudi masih lagi hidup dalam buangan. Sebab itu ramai akan mempertahan kedaulatan Israel sehabis mungkin, akibat fahaman ini.

Namun tradisi Judaisme cabang Hasidic berpendapat yang peperangan ini takkan berlaku kerana Yahudi sudah tidak lagi hidup dalam pembuangan.

Pendapat Ortodoks kalau sesiapa faham memang menarik untuk dibincangkan. Bagi mereka, perαηg akhir zaman sudah bermula dan masih berlangsung pada hari ini.

Peristiwa ini dipercayai bermula sejak kejatuhan Bani Israil pada tangan Babylonia demikian hari. Semasa berada dalam tαhαηαη Babylonia, seorang nabi bernama Ezekiel dikhabarkan mendapat wahyu yang menerangkan banyak perkara.

Wahyu rumit ini mudah dirumuskan seperti berikut: “Tuhan menghalau Israil kerana tidak ikut perintah; Tuhan akan kembalikan Israil kalau ikut perintah.”

Bermakna menurut Ezekiel, bandar Jerusalem memang selamanya untuk Bani Israil…. cuma perlu beramal sahaja.

Wahyu ini juga mempunyai bahagian yang mengulas tentang “Gog dan Magog”. Satu hari nanti, Bani Israil akan mendapat sebuah kedaulatan (negara Israel hari ini).

Lukisan Gog dan Magog.

Kedaulatan ini akan diαηcαm bangsa Gog daripada Magog yang kemudian akan dimusηαhkαη Tuhan. Semua sudah faham di sini: wahyu Ezekiel menceritakan pasal “Gog daripada Magog”.

Namun beberapa abad kemudian, wahyu ini mendapat tafsiran berbeza. Semua faham “Gog dan Magog” pula, bukan lagi “Gog daripada Magog”.

Sepanjang abad ini, berlaku pula kekeliruan antara dua nama ini. Kitab Jubilees berfirman yang Magog adalah keturunan Nuh (as) daripada wilayah Gog yang berada di sempadan Japheth.

Katanya wilayah ini memang diwarisi Magog yang mempunyai tujuh anak lelaki dan ribuan turun temurun (Boe, 2001). Memang logik – seorang figura prasejarah mempunyai turun temurun sedemikian ramai.

Dan turun temurun ini akan bersama Iblis akhir zaman nanti, dengan negara-negara daripada empat penjuru Bumi untuk bertembung dengan al-Masih (Mounce, 1998).

Penjelasan panjang ini hanyalah latar belakang pada Gog dan Magog. Peperαηgan antara “baik” dan “jahat” dalam naratif Judaisme tidak bermula pada masa ini.

Sebaliknya, ia akan tamat dengan Gog dan Magog – bermula sejak abad kedua apabila para Yahudi sedang mencari seorang al-Masih dalam kalangan mereka untuk menundukkan Rom. Apabila gagal, al-Masih mula ditafsir dengan menggunakan naratif “akhir zaman”.

Dalam tanggapan mereka, Judaisme akan dianugerahkan seorang al-Masih daripada keturunan Yusuf (as). al-Masih bin Yusuf ini akan menewaskan Gog dan Magog kelak, bagi pihak Israel. Kemudian laluan akan terbentang luas untuk al-Masih utama daripada salasilah Daud (as).

Jadi ada dua al-Masih dalam naratif Judaisme – bin Yusuf dan bin Daud. Tidak pasti jika kedatangan mereka adalah pada masa sama, ataupun dijurang dengan satu tempoh. Tetapi selepas zaman al-Masih bin Daud, berlakulah Hari Pengakhiran yang mana Tuhan akan menokhtahkan amalan semua.

RUJUKAN:

Boe, S.  (2001). Gog and Magog: Ezekiel 38-39 as Pre-text for Revelation, Mohr Sieback. Halaman 186-189.

Mounce, R. (1998). The Book of Revelations. Eerdmans.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.