Apabila kerajaan Arab Saudi membentangkan sebuah visi yang perlu dicapai sebelum tahun 2030, World Wrestling Entertainment melihat satu peluang yang bersinar dalam sifat keemasan.

Tetapi delegasi Vince McMahon, Stephanie McMahon dan Paul Levesque (Triple H) mungkin tidak sedar langsung tentang masalah yang menanti.

Dalam perancangan, Greatest Royal Rumble akan memulakan kerjasama WWE bersama Arab Saudi untuk 10 tahun seterusnya (WWE, 2018).

Namun undang-undang Saudi jauh berlainan dengan Amerika Syarikat. Disebabkan itu juga pemilihan Arab Saudi tidak direstui semua, terutamanya barisan hak asasi manusia di seluruh dunia.

Arab Saudi mempunyai dasar yang begitu ketat terhadap kaum wanita. Maka tiada ahli gusti perempuan dibenarkan menyertai Greatest Royal Rumble.

Dari satu sudut, WWE tidak perlu melengahkan masa dengan adegan drama lebih daripada barisan wanita.

Tetapi ketiadaan Charlotte Flair dan Ronda Rousey yang menghentak klise tersebut merupakan satu kerugian kalau ikut naratif sana.

Malah untuk mempromosikan Greatest Royal Rumble, WWE mengudarakan video yang membabitkan ahli-ahli gusti perempuan dalam pakaian gelanggang mereka (Paddock, 2018).

Perbadanan Sukan Saudi terpaksa meminta maaf kerana ada “bahan tidak bermoral” (Johnson, 2018).

Unsur aurat hanya diberatkan terhadap wanita saja dalam Greatest Royal Rumble, kerana Cesaro, Sheamus, Triple H dan ramai lagi masih beraksi dengan pakaian gelanggang mereka.

Kerajaan Saudi juga menetapkan syarat terhadap penonton-penonton wanita yang wajib ditemani keluarga lelaki (Associated Press, 2018). Greatest Royal Rumble juga berbunyikan harapan daripada Triple H.

Beliau mengakui bahawa perbezaan budaya wajib dihormati. Tetapi perubahan dalam hal ini takkan berjaya jika semua negara memulaukan Arab Saudi. Maka WWE katanya berharap Saudi akan melonggarkan syarat.

Tetapi dengan jelas sekali Greatest Royal Rumble tidak disertai penggusti Islam Rami Sebei (Sami Zayn) yang begitu popular dalam WWE.

Sebei walaupun dilahirkan di Canada masih bernasionalis bersama Syria. Dan dasar luar negara Saudi yang anti-Syria menaikkan berangnya (Chiari, 2018).

Perkara yang sama berulang dalam Super Showdown (2019) yang dianjurkan di Jeddah. WWE dilaporkan cuba memasukkan Alexa Bliss dan Natalya untuk beraksi.

Tetapi persembahan tersebut diharamkan kerajaan Saudi (Meltzer, 2019).

Harapan Triple H menjadi kenyataan pada tahun yang sama apabila WWE menganjurkan Crown Jewel di Riyadh.

Natalya yang merupakan anak saudara Bret “The Hitman” Hart dibenarkan beraksi bersama Lacey Evans. Akhirnya Saudi melonggarkan syarat sepertimana diingini Triple H.

Tetapi mereka hanya membenarkan jika kedua-dua ahli gusti ini memakai T-Shirt berlengan dan seluar panjang sahaja.

Dan Stephanie bersorak panjang bahawasanya WWE merupakan sebahagian daripada punca perubahan Saudi.

Natalya dan Lacey Evans mencipta sejarah sebagai ahli gusti perempuan pertama yang beraksi di Saudi. Dan dalam Super Showdown (2020) di Riyadh, Bayley dan Naomi turut mencipta sejarah kerana terlibat dalam perlawanan pertama dimana tali pinggang menjadi taruhan.

Langit Tidak Sentiasa Cerah

Sebelum Crown Jewel dianjurkan dimana Natalya dan Lacey beraksi, Arab Saudi telah terlibat dalam satu kes yang mencalarkan imej kerajaan. Dan Triple H hanya boleh menggaru kepala.

Baru saja “memecahkan” kebuntuan industri melibatkan wanita, WWE perlu pening dengan pembvnvhan Jamal Khashoggi pula.

Disebabkan kes ini Daniel Bryan yang sepatutnya berdepan dengan AJ Styles untuk WWE Championship enggan beraksi.

Sami Zayn mengulangi pendiriannya. Malah John Cena, Bobby Lashley, Kevin Owens dan Aleister Black tidak mahu bersekongkol dengan negara bergelumangan dengan kes pembvnvhan Khashoggi.

Selepas Crown Jewel, WWE berdepan dengan masalah baharu. Mereka telah menempah sebuah pesawat 747 Atlas Air untuk mengangkut lebih daripada 200 staf mereka (ahli gusti dan di sebalik tabir) pergi dan balik daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Fahd.

Tetapi mereka terkandas selama enam jam kerana masalah mekanikal.

Sebab ini kemudian didapati palsu untuk menutup cerita sebenar. Vince McMahon sebenarnya mendesak WWE batalkan siaran Crown Jewel kerana Arab Saudi gagal melunaskan bayaran.

Maka Putera Muhammad bin Salman mengeluarkan perintah ahli-ahli gusti WWE dikeluarkan daripada pesawat dengan segera (Raghuwanshi, 2019).

Pelbagai berita ditularkan tentang peristiwa ini. Isteri AJ Styles dalam kepanikan menghubungi suaminya dari Amerika Syarikat, merisaukan ugvtan bvnvh dan sebagainya.

2020 ialah tahun keempat dalam kontrak kerjasama antara WWE dan Arab Saudi. Dalam masa singkat, pelbagai masalah telah timbul.

Dan berdasarkan perkembangan semasa, Arab Saudi perlu mempertimbangkan banyak perkara jika ingin mengekalkan kerjasama WWE selepas 2026.

RUJUKAN:

Associated Press. (2018, April 28). Women, children attend wrestling event in Saudi Arabia. Retrieved from https://apnews.com/a05bf0eea74b4a9a9a776ae5039c7066

Chiari, M. (2018, April 28). Report: Sami Zayn Held Out of Greatest Royal Rumble to ‘Respect Saudi Culture’. Bleacher Report. Retrieved from https://bleacherreport.com/articles/2773161-report-sami-zayn-held-out-of-greatest-royal-rumble-to-respect-saudi-culture

Johnson, M. (2018, April 28). Apology issued for ‘indecent’ material aired during Greatest Royal Rumble. PW Insider. Retrieved from https://www.pwinsider.com/article/117156/apology-issued-for-indecent-material-aired-during-greatest-royal-rumble.html?p=1

Meltzer, D. (2019, June 7). Alexa Bliss-Natalya WWE match not approved by Saudi Arabian government. F4W Online. Retrieved from https://www.f4wonline.com/wwe-news/alexa-bliss-natalya-wwe-match-not-approved-saudi-arabian-government-285511

Paddock, M. (2018, April 26). WWE Greatest Royal Rumble: Triple H defends hosting event in Saudi Arabia without women wrestlers. Independent. Retrieved from https://www.independent.co.uk/sport/general/wwe-mma-wrestling/wwe-greatest-royal-rumble-saudi-arabia-triple-h-interview-defends-no-women-wrestlers-a8319446.html

Raghuwanshi, V. (2019, November 3). Rumor: WWE Payment Issues with Saudi reason behind travel issues. ITN WWE. Retrieved from https://www.itnwwe.com/2019/11/03/rumor-wwe-payment-issues-with-saudi/

WWE. (2018, March 5). Saudi Arabia to host the Greatest Royal Rumble. Retrieved from https://www.wwe.com/worldwide/article/saudi-arabia-to-host-greatest-royal-rumble-april-2018


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.