Biasanya, apabila kita membaca mengenai kisah p3rang dan keperwiraan mereka yang mengangkat senj4ta, kita hanya akan mendengar kisah-kisah yang hebat sahaja. Tetapi kali ini, kita akan membaca mengenai kisah seorang peng*mis jalanan yang menjadi wira dalam satu kisah yang bermula dengan tragis tetapi berakhir dengan penghormatan yang dia sendiri tidak sempat merasai semasa masih hidup.
Glyndwr Michael dipercayai dilahirkan di sebuah pekan di selatan Wales pada 4 Januari 1909. Dipercayai kerana walaupun ada sumber yang mengesahkan itu adalah tarikh kelahiran Glyndwr dan dia dilahirkan di Wales, tiada pengesahan sebenar dapat dilakukan. Sekiranya identiti ini adalah betul, maka kehidupannya adalah amat tragis. Ayahnya memb*nuh diri ketika dia berumur 15 tahun. Manakala ibunya meningg*l dunia ketika dia berumur 31 tahun.
Dia menjadi gelandangan di kota London di mana dia merayau-rayau di jalanan untuk mencari makanan. Sehinggalah dia ditemui pengsan di sebuah gudang berhampiran King’s Cross di London. Dia dibawa ke sebuah hospital di mana dia meningg*l dunia dua hari kemudian. Sehingga ke hari ini, tidak ada sesiapa yang dapat mengesahkan kenapa dia termakan r*cun tikus, sama ada memb*nuh diri seperti ayahnya, atau termakan roti yang telah disapukan r*cun yang digunakan sebagai umpan tikus. Tragis, di mana dia hanya berumur 34 tahun, 3 tahun selepas kem4tian ibunya.
Disebabkan dia adalah seorang gelandangan yang jauh daripada kampung halamannya, tidak ada orang yang menuntut m*yatnya. Sehinggalah giliran mayatnya dibawa untuk bedah siasat di mana doktor b*dah siasat tersebut menyedari bahawa m*yat tersebut tidak dituntut, dan menepati permintaan khusus dan rahsia T*ntera Laut DiRaja.
Apabila mayat tersebut diterima T*ntera Laut DiRaja, mereka mendapati bahawa mayat tersebut mirip seorang ejen MI5, Kapt Ronnie Reed. Ini telah memudahkan perisikan T*ntera Laut DiRaja melaksanakan Operation Mincemeat, hasil nukilan Lt Komander Ewen Montagu dan Flight Lt Charles Cholmondeley (disebut sebagai Chumly) dari RAF.
Tragedi yang menimpa Paymaster Lt James Hadden Turner, RAF, seorang pegawai yang bertanggungjawab membawa dokumen rahsia di perairan Gilbratar telah mencetuskan idea kepada mereka untuk membuat perangkap ke atas Abw*hr (perisikan tent*ra) Jerman. Mereka mendapati bahawa Sepanyol walaupun berstatus neutral, telah menyerahkan maklumat dalam dokumen rahsia yang ditemui pada m*yat Lt James kepada Abw*hr.
Lalu Montagu dan Cholmondeley merangka perancangan untuk mendapatkan m*yat untuk melaksanakan rancangan mereka. Dan m*yat Glyndwr menjadi calon mereka. Montagu dan Cholmondeley bertindak menghasilkan seorang pegawai Royal M*rine bernama Kapt William Martin.
Pelbagai dokumen telah disediakan, termasuk tiket teater serta resit membeli cincin berlian untuk tunang Kapt Martin yang bergelar “Pam”, yang sebenarnya seorang kerani dalam MI5, Jean Leslie. Malah, satu gambar Leslie turut dimasukkan ke dalam poket Kapt Martin untuk menambahkan kebolehpercayaan watak ini.
Montagu dan Leslie kemudiannya menjalinkan hubungan percintaan tidak kesampaian yang cukup tragik kerana mereka telah mempunyai pasangan masing-masing. Antara dokumen lain yang turut dipalsukan adalah rekod penginapan di sebuah hotel di London di mana Montagu telah menandatangani dokumen tersebut sebagai Kapt Martin bagi menipu ejen Abwehr sekiranya mereka menghantar ejen untuk memeriksa kewujudan Kapt Martin.
Pada masa sama, Kapt Ronnie Reed telah diminta untuk menjadi Kapt Martin bagi proses fotografi gambar, bagi menghasilkan dokumen palsu untuk kegunaan perancangan ini.
Sebagai umpan kepada Abwehr, sepucuk surat tulisan tangan oleh Lt Jen Sir Archibald Nye, Timbalan Ketua Imperial General Staff kepada Jen Sir Harold Alexander, Panglima 18th Army Group, pasukan campuran Amerika dan Britain di Algeria. Surat itu sengaja ditulis dengan pembayang bahawa pulau Sardinia di Itali akan menjadi sasaran pendaratan tent*ra Berikat.
Perancangan ini akhirnya dilaksanakan pada 17 April 1943, dan turut melibatkan seorang juara sukan lumba motor zaman tersebut, St John “Jock” Horsfall yang memberi khidmat kepada MI5. Akhirnya m*yat Kapt Martin berjaya dilancarkan di perairan Huelva pada 29 April. Kapt Jewell, kapten kepada kapal selam HMS Seraph yang dipertanggungjawabkan untuk menghantar m*yat tersebut sempat melaksanakan upacara pengeb*mian kepada m*yat Glyndwr yang kini dikenali sebagai Kapt Martin.
Perancangan tersebut berjaya apabila risikan selepas tamat perang mengesahkan bahawa Adolf Hitl*r serta Abwehr percaya bahawa s3rangan tersebut memang akan dilancarkan ke atas Sardinia. Akibatnya, Tent3ra Paksi telah dihantar mengukuhkan kedudukan di Sardinia dan bilangan mereka ditingkatkan sehingga dua kali ganda sedangkan sasaran sebenar adalah di Sicily. Malahan apabila s3rangan di Sicily bermula, T*ntera Paksi masih lagi sempat mengukuhkan kedudukan di Sardinia, menggunakan t*ntera yang asalnya berpusat di Sicily.
Glyndwr Michael mendapat penghormatan pengebumian ket&nteraan dan k*burnya ditaja oleh kerajaan Britain sehingga hari ini. Identiti sebenarnya hanya didedahkan oleh Kerajaan Britain pada tahun 1998 dan kuburnya kini mempunyai nama sebenarnya. Kisah unik ini turut difilemkan dan dibukukan. Antara judul berkaitan adalah filem “The Man Who Never Was” dan buku “Operation Mincemeat: The Man Who Never Was”
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih