Ninja merupakan salahsatu seni mempertahankan diri yang terkenal di Asia malah menjadi budaya popular di seluruh dunia. Kita sering tertanya siapakah pencipta senibela diri yang menjadi asas sistem assasin di dunia. Berdasarkan artikel ” Sejarah asal-usul ninja” yang lepas, saya telah menceritakan bahawa ilmu ninja (ninjutsu) dicipta oleh seorang pendeta Shugendo yang bernama En No Gyoja.
Tetapi baru-baru ini saya telah mendapat petunjuk yang baru mengenai siapa yang mencipta asas ninjutsu sebelum kehadiran En no Gyoja. Seperti yang kalian ketahui Manga (komik) NARUTO yg baru sahaja tamat bertemakan ninja.
Saya banyak mendapat petunjuk daripada manga NARUTO kerana semua peminat manga mengetahui bahawa MangaKa (kartunis jepun) jepun berbeza dengan kartunis diluar. Hal ini kerana MangaKa jepun sangat teliti dan mengkaji sesuatu dengan terperinci sebelum diolah ke dalam storyline manga. Dalam bahagian terakhir manga Naruto telah diceritakan bahawa ninjutsu berasal dan dicipta oleh seorang puteri yang bernama Otsutsuki Kaguya.
Saya sangat terkejut dengan jalan cerita naruto kerana kita tahu bahawa Kishimoto Masashi mengolah fakta sebenar dalam sejarah ninja bagi menghidupkan lagi karyanya. Setelah meneliti jurnal sejarah daripada 11 sekolah ninja tertua didunia, saya mendapati ada kebenaran disebalik jalan cerita naruto. Ya , memang benar ninjutsu dicipta oleh seorang wanita yang merupakan puteri raja disebuah kerajaan dan beliau adalah Puteri Yao Yu Hu.
Puteri Yao Yu Hu adalah seorang puteri dari Dinasti Tang ,China. Beliau lebih dikenali sebagai Cho Gyokko ketika di Jepun berserta gelaran yang lain iaitu “Yo Gyokko dan Koto Oh”. Beliau lahir pada tahun 885 dan mati pada tahun 945 .
Cho Gyokko merupakan seorang puteri raja yang sangat mahir menari dan mahir dalam seni beladiri. Menurut legenda kemampuan seni beladirinya sangat hebat kerana ada cerita bahawa beliau boleh membunuh orang gasar dengan satu pukulan sahaja, dan ini yg menyebabkan beliau digelar “Koto Oh”. Cho Gyokko dikatakan mahir dengan seni beladiri kuno China seperti Kempo dan juga kung Fu.
Pada tahun 907 , kerajaan Dinasti Tang mula musnah akibat masalah perebutan kuasa dan perang menyebabkan Cho Gyokko melarikan diri ke Jepun bersama kerabat diraja dan beberapa orang pembesar yang lain.
Di Jepun, Cho Gyokko menemukan seni beladiri tempatan yang lazimnya dipelopori oleh golongan Yamabushi (orang gunung) . Beliau telah mempelajari seni beladiri tempatan Jepun dan mengabungkan seni beladiri miliknya dengan gaya dan kemampuan nya. Cho Gyokko juga menemukan inti atau asas daripaa ilmu Ninjutsu aliran Gyokku-ryu.
Tetapi malangnya beliau tidak diiktiraf dan tidak mendapatkan kehormatan walaupun telah mencipta aliran ninjutsu Gyokko-Ryu kerana kekurangan bukti yang sahih. Cho Gyokko boleh dikatakan sebagai wanita pertama yang menjadi Kunoichi (ninja wanita) tetapi tidak dicatatkan dalam sejarah malah menurut sejarah Jepun ,wanita pertama menjadi ninja adalah Mochizuki Chiyome yang wujud di zaman Muromachi dan zaman sengoku.
Cho Gyokko telah berjaya mencipta asas taijutsu dalam cabang ilmu ninja setelah mengabungkan seni beladiri Jepun dengan Kenpo China dan berkembang menjadi asas aliran Gyokko Ryu. Inti dari aliran ini adalah menyerang titik vital daripada pihak lawan agar lawan dengan mudah dilumpuhkan.Titik Vital yang dimaksudkan menyamai titik Reiki dalam perubatan Akupuntur china.
Cho Gyokko dianggap sebagai “Ratu Ninjutsu ” dan pengasas awal ninja kerana telah mengajar dan memperturunkan ilmu ninjanya kepada pengasas-pengasas aliran ninja yang terkenal di Jepun. Antaranya beliau pernah mengajar ninjutsunya kepada Cho Buren (pengasas aliran Fuuma Ryu), yang kemudianya mengajar ninjutsu beliau kepada Jendral Ikai dan Gamon Doshi (Fujiwara Chikada) merupakan pengasas aliran Iga-Ryu .
Jenderal Ikai atau nama sebenarnya Chan Busho merupakan panglima perang China yang sangat genius dalam strategi perang. Pada tahun 986 jeneral Ikai dipermalukan kerana kalah dalam perang dan memilih untuk mengasingkan diri ke Jepun dan menetap di wilayah Iga dan belajar Ilmu Ninjutsu.
Selain itu, ilmu ninjutsu Cho Gyokko telah diperturunkan dan dipelajari oleh Garyu Doshi yang menjadi pengasas aliran Togakure Ryu. Ilmu Ninjutsu Cho Gyokko yang asli masih dipelajari dan dikembangkan hingga ke hari ini dalam sekolah ninja aliran Cho Gyokko. Tozawa Hakuunsai adalah individu penting yang menjaga aliran Gyokko Ryu dan telah membuka sekolah ninja dan Dojo pada tahun 1156.
Tozawa Hakuunsai telah melahirkan banyak ninja lagenda yang terkenal di Jepun dan salah satunya adalah Sarutobi Sasuke. Ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa Cho Gyokko merupakan pengasas Lin Kuei (ninja versi china), tetapi tiada bukti yang kukuh uantuk mendakwa beliau sebagai pengasas Lin Kuei kerana sehingga hari ini tiada catatan mengenai kewujudan Lin Kuei .
Sehingga hari ini ,masih tidak diketahui bagaimana beliau mati dan dimana makam beliau. Ninja merupakan organisasi dan seni beladiri yang misteri . Mereka hidup didalam bayang-bayang gelap dan hanya munculkan diri disaat musuhnya menghembuskan nafas terakhir. Seperti mana ninja membunuh mangsanya tanpa kesan bukti bergitu juga dengan sejarah penciptanya Cho Gyokko yang hilang daripada lipatan sejarah.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih