Kita mungkin pernah mengetahui bahawa kisah-kisah sastera Parsi seperti Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Hanafiah, Hikayat Iskandar Zulqarnain dan Hikayat Bayan Budiman memiliki banyak pengaruh dan lenggok sastera dari Parsi.
Malah Sejarah Melayu, Hikayat Aceh, Bustan Al-Salatin dan Taj Al-Salatin juga memiliki gaya penulisan sastera Parsi.
Ini kerana walaupun Alam Melayu tidaklah memiliki hubungan diplomatik secara langsung dengan Tamadun Parsi, pengaruh dari “Persian Cosmopolis” ini dibawa oleh pedagang-pedagang, pengembara dan para ulama India-Parsi yang datang ke Alam Melayu untuk menyebarkan agama Islam.
Seperkara yang menarik, pengaruh Parsi juga banyak ditemukan dalam kisah-kisah hantu dan jin dalam Alam Melayu. Kisah-kisah hantu dan jin di Alam Melayu ini banyak dipengaruhi ketakutan sama yang pernah menghantui masyarakat dalam Tamadun Parsi pra Islam.
Antaranya mungkin semasa zaman kanak-kanak, kita sendiri amat takut untuk menjulurkan kaki menjangkaui hujung katil atau selimut, bimbang akan di usik hantu seperti dalam gambar pertama di bawah.
Ia adalah kisah sama yang turut mengganggu tidur dan memberi mimpi ngeri kepada anak-anak kecil Parsi, lama sebelum kisah itu sampai ke Alam Melayu.
Kisah hantu bertenggek di kepala katil menggangu tidur sebelum kita “dihempap” dan hantu gemar merasuk mereka yang tidak sihat atau lemah semangat seperti dalam gambar seterusnya juga adalah antara kepercayaan Melayu sejak lama dahulu, turut wujud lama dan tidak mustahil berasal dari kisah sama dari Parsi.
Gambar di bawah diambil dari sebuah manuskrip bergambar dari Parsi (Iran moden) yang ditemukan seawal abad ke-20, lengkap dengan gambaran jin dan hantu dalam masyarakat Parsi.
Nak tengok lagi? Usha lah kat sini; https://flashbak.com/a-brilliant-illustrated-book-of-demon…/
Jaga-jaga, tidur malam ni, basuh kaki dulu. Kaki jangan terjulur keluar. ????????????????????
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih