500 tahun yang lalu pada 25 Julai 1511, Portugis yang diketuai Alfonso de Alburquerque telah menjajah Melaka menandakan berakhirnya legasi Kesultanan Melaka. Penjajah Portugis menduduki Melaka selama 130 tahun, iaitu daripada tahun 1511 hingga tahun 1641.
Penjajahan Portugis ke atas Melaka secara tidak langsung banyak meninggalkan kesan hingga ke hari ini terutamanya dari segi aspek Bahasa. Sebanyak sekitar 200 perkataan Portugis yang telah diserap kedalam Bahasa Melayu kita.
Berikut merupakan antara perkataan Melayu yang berasal daripada Portugis:
- almari
Kata asal: armário (Portuguese)
- baldi
Kata asal: balde (Portuguese)
- bangku
Kata asal: banco / bank (Portuguese)
- bendera
Kata asal: Bandeira (Portuguese)
- bomba
Kata asal: bomba/bombeiro (Portuguese)
- boneka
Kata asal: boneca(Portuguese)
- bola
Kata asal: bola (Portuguese)
- garpu
Kata asal: garfo (Portuguese)
- gereja
Kata asal: igreja (Portuguese)
- kereta
Kata asal: carreta (Portuguese)
- kemeja
Kata asal: camisa (Portuguese)
- paderi
Kata asal: padre (Portuguese)
- sekolah
Kata asal: escola (Portuguese)
- tempoh
Kata asal: tempo (Portuguese)
- tuala
Kata asal: toalha(Portuguese)
- tukar
Kata asal: trocar (Portuguese)
Setiap bahasa dalam dunia ini masing masing ada evolusi tersendiri. Evolusi bahasa itu juga dipengaruhi oleh bahasa asing atas faktor politik & penjajahan, pengaruh agama, peredaran masa dan lain-lain lagi.
Tapi itu tidak bermakna sesuatu bangsa yang meminjam perkataan dari bahasa luar sebagai bangsa yang suka mencuri atau meniru Bahasa bangsa lain, tapi itu adalah tanda sesuatu bangsa itu mempunyai sikap progresif dan keterbukaaan dengan dunia luar.
Tambahan pula, Bahasa Portugis juga ada meminjam perkataan daripada Bahasa Arab seperti Álcool (Al-Kuhul), Mesquinho (Al-Miskin) Sofá (Al-Suffat).
Tapi tiada pula saya nampak orang Portugis rasa alergik atau inferior dengan pengaruh Bahasa Arab dalam Bahasa mereka, ke ada?
RUJUKAN :
- Malay words originating from Portuguese. https://rudylian.wordpress.com/2011/07/31/malay-words-originating-from-portuguese/
- PENGARUH BAHASA ASING DALAM BAHASA MELAYU. http://jagunghitamdd.blogspot.com/2014/03/pengaruh-bahasa-asing-dalam-bahasa.html
- Words from Arabic roots in the Portuguese language. https://www.verbling.com/articles/post/10-words-from-arabic-roots-in-the-portuguese-language-5781d9e65c69247b005203ed
Artikel disumbangkan oleh Ghazali Zul untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih