Ketika ini, proses pembinaan semula katedral Notre Dame sedang berjalan susulan kebakaran yang melanda gereja itu pada 2019. Tatkala proses ini sedang berjalan, kerja-kerja ekskavasi juga turut digerakkan bagi melindungi warisan sejarah Notre Dame. Siapa sangka, kerja-kerja ini mendedahkan makam-makam lama dan keranda plumbum abad ke-13 dan ke-14.

Antara makam lama abad ke-14 yang dijumpai dalam lubang di bawah lantai Notre Dame. Sumber: Julien de Rosa/AFP/Getty Images

Mengikut perancangan awal, pasukan pembina merancang untuk mendirikan perancah bagi memulihkan rabung bumbung katedral setinggi 100 meter. Tetapi ia ditangguhkan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja ekskavasi dalam Notre Dame.

Ternyata penangguhan tersebut merupakan satu langkah bijak. Sebaik pasukan pengkaji arkeologi mengekskavasi kawasan dalaman gereja, mereka menemui sebuah lubang yang terletak di bawah lantai Notre Dame. Pasukan pengkaji percaya ia dibuat sekitar 1230 semasa katedral itu dalam proses pembinaan.

Disebabkan penemuan hebat ini, Kementerian Kebudayaan Perancis melanjutkan tempoh ekskavasi sehingga 25 Mac ini. Dengan lanjutan tempoh tersebut, ia akan membantu pengkaji arkeologi menyingkap sejarah di sebalik Notre Dame. Bagaimanapun, mereka perlu bekerja dengan pantas kerana selepas itu, proses pembinaan dan penambahbaikan akan disambung semula.

Berdasarkan analisis mereka, lapisan berbatu-batu yang dikeluarkan mula diletakkan sekitar abad ke-18. Tetapi sesetengah lapisan di bawahnya dikatakan telah dibuat sekitar abad ke-13 dan ke-14. Lebih mengejutkan, sedikit bahan organik seperti rambut dan tumbuhan masih wujud pada lapisan-lapisan ini.

Untuk keranda plumbum pula, pengkaji arkeologi percaya keranda ini milik seorang kenamaan abad ke-14. Sekiranya identiti bangsawan ini dapat dikenalpasti, ia pasti bakal mengundang kegemparan dalam kalangan komuniti arkeologi Perancis.

Keadaan Notre Dame selepas kebakaran pada April 2019. Sumber: Charles Platiau/Reuters

Notre Dame pernah menjadi saksi pelbagai peristiwa yang melanda Paris termasuk Revolusi Perancis dan Perang Dunia Kedua (WWII). Atas sebab itu, ia dikelaskan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Notre Dame menarik perhatian dunia apabila ia mengalami kebakaran teruk pada April 2019. Kebakaran tersebut merosakkan sebahagian besar struktur katedral berusia 850 tahun itu dan meruntuhkan bumbung bangunan berkenaan.

Susulan insiden berkenaan, Presiden Perancis Emmanuel Macron berikrar untuk membina semula Notre Dame sebelum tahun 2024. Hasil sumbangan komuniti antarabangsa, lebih AS$1 bilion dikumpul bagi membiayai pembinaan semula katedral berkenaan.

RUJUKAN

Libert, L. (2022, 16 Mac). Ancient sarcophagus found under Notre Dame cathedral in Paris. Reuters.

Tonkin, S. (2022, 15 Mac). Ancient tombs and a leaden sarcophagus dating back to the 14th century are uncovered at Paris’ Notre Dame during work to rebuild the cathedral following damage from the 2019 fire. Daily Mail.

Sumber gambar: JULIEN DE ROSA/AFP/Getty Images


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply