Jumaat, 23 Oktober 202623 Okt 2026
Pencetus Jihad – “Dahagi” 1915  Tumpahnya Darah Pejuang
Alam Melayu

Pencetus Jihad – “Dahagi” 1915 Tumpahnya Darah Pejuang

Apakah kejadian yang mencetuskan Jihad Dato’
Bahaman, Tuk Gajah (Imam Perang Rasul), Mat Kilau, Tuk Janggut dan Tuk Ku
Paloh? Ada peristiwa-peristiwa yang amat terkesan di hati Melayu Islam pada waktu
itu. Penjajahan British dan kesan perang dunia pertama merupakan intipati
penting dalam kebangkitan Jihad ini.

1-Aktivis hak asasi Islam, pemilik kedai kopi Kasim
Mansur dan pendakwah Nur Alum Shah telah melaungkan untuk menumpasan empayar
British sebagai perang jihad kerana kerajaan Uthmaniyah Turki memerangi Britain
dan Perancis. Kasim dan Nur Alum telah terlibat dalam apa yang dikenali sebagai
peristiwa berdarah di Singapura pada tahun 1915. Mereka ditangkap, dibicarakan
dan dihukum tembak bersama pejuang lain yang dianggap sebagai pemberontak.

2-Pada mulanya mereka itu terdiri daripada askar
Muslim dari India yang ditempatkan di Singapura untuk dihantar ke medan
pertempuran di Eropah. Tetapi mereka telah menyertai umat Islam tempatan di
Singapura dan Johor. Umat Islam yang lain, seperti bekas editor Neracha,
K. Anang, telah diusir keluar ke Jawa.

3-Pelbagai perlakuan penjajah British yang tidak
diketahui ramai. Pihak British, khuatir umat Islam bersimpati dengan Turki,
atau Khalifah Uthmaniyyah, sekutu kuasa-kuasa Tengah dan dengan itu telah
mengharamkan berita dari agensi berita asing bebas yang melaporkan kemajuan
Turki semasa perang, seperti kegagalan serangan British di Gallipoli, Turki
pada tahun 1915. Malahan penulisan mengenai hak orang Melayu dan umat Islam
diharamkan dari penerbitan manakala usaha mengumpul dana melalui akhbar dan
sembahyang hajat untuk mendoakan kemenangan bagi empayar Uthmaniyyah
diharamkan.

4-Penyekatan berita dan penapisan telah menjejas
beberapa akhbar seperti surat berita Melayu popular Neracha, yang
telah menimbulkan kesedaran di kalangan orang Melayu mengenai tuntutan
kemerdekaan secara terang-terangan. Penutupan Neracha merupakan
satu tamparan hebat kepada ramai orang Melayu yang tidak mempunyai banyak
pilihan untuk mendapatkan berita.Namun demikian kawalan ketat itu tidak dapat
menyekat kekaguman orang Melayu terhadap empayar Uthmaniyyah dan khalifahnya.

5-Khalifah Uthmaniyyah dilihat sebagai pemimpin empayar
terbesar Islam dan sumber kebanggaan bagi umat Islam di seluruh dunia. Ini
mencetuskan beberapa kebangkitan dan rusuhan yang melibatkan orang Islam hingga
ia ditumpaskan dengan kejam oleh British. Tindakan British itu adalah
penindasan terhadap gerakan kemerdekaan awal dengan mereka yang terlibat
dikenakan hukuman kejam sebagai ‘pengkhianat’ dan dalang.

6-Walaupun peperangan tidak berlaku di Malaya, tanah
jajahan British semasa Perang Dunia pertama antara 1914-1918, rakyat biasanya
mengalami penderitaan ekonomi, pergolakan sosial serta penindasan terhadap hak
asasi mereka. Tonggak ekonomi Malaya ketika itu, getah dan timah, terjejas
teruk akibat peperangan sehingga membawa kepada penderitaan teruk terhadap
pekerja dalam industri itu terutamanya pekebun kecil Melayu dan pekerja lombong
timah.

7-Penjajahan British juga mengenakan sekatan akhbar
ketika itu selain menyekat eksport getah kepada musuhnya Jerman, Austria dan
Turki. Larangan eksport itu dikenakan di seluruh dunia untuk menghalang
musuhnya daripada mengimport bahan itu melalui negara-negara berkecuali. Malah
Amerika Syarikat, yang ketika itu tidak memihak kepada mana-mana negara, juga
tidak terkecuali dari sekatan itu. Bagaimanapun Amerika diberikan kelonggaran
apabila ia menyertai peperangan memihak ke Britain pada tahun 1917. Industri
motor Amerika amat bergantung kepada import getah daripada empayar British.

8-Ekonomi menjadi lebih buruk akibat kemerosotan
industri getah berikutan lebihan pengeluaran dan kejatuhan harga. Ladang-ladang
besar milik British mengurangkan tenaga kerja yang kebanyakannya pekerja
tempatan. Mereka yang dibuang kerja tidak mendapat ganti rugi, walau pun London
kemudiannya membayar pampasan kepada estet milik Eropah selepas berakhirnya
perang.

9-Untuk membiayai perang di Eropah, penjajah British
telah mengenakan cukai yang lebih berat yang tidak dapat diterima oleh orang
Melayu miskin hingga  menimbulkan sentimen anti-British. Dengan kedudukan
kewangan yang ketat dan ekonomi merosot, pihak berkuasa British hanya membenarkan
ladang membayar pekerja dengan barangan keperluan dan tidak lagi secara tunai. Dasar
British itu bukan sahaja membawa kepada kemerosotan ekonomi, tetapi juga
menimbulkan kemelut sosial dan penindasan, terutama di kalangan orang Melayu.

10-Satu lagi peristiwa berdarah yang menyedihkan
yang turut disebut adalah apa yang dikenali sebagai Pemberontakan Petani di
Pasir Putih, Kelantan yang dipimpin oleh Haji Mat Hassan atau lebih dikenali
sebagai Tok Janggut.Tok Janggut yang dipengaruhi oleh gerakan jihad terhadap
empayar British sedih melihat orang Melayu miskin dibebani dengan cukai, di
diskriminasi selain rakyat Melayu Kelantan diberi layanan buruk oleh British.
Tok Janggut kemudiannya ditangkap, ditembak oleh skuad penembak dengan mayatnya
yang ditelanjangkan digantung terbalik untuk tontonan umum. Al- fatihah.

11-Pengkaji Sejarah menyimpulkan bahawa Perang Dunia
Pertama adalah konflik global antara kuasa-kuasa besar Eropah yang mahu
melindungi kepentingan jajahan mereka tetapi telah menyebabkan kesengsaraan di
wilayah yang tidak terbabit secara langsung dengan peperangan itu.

12-Bagaimana pun orang Melayu melihatnya sebagai
suatu serangan ke atas umat Islam hingga meninggalkan kesan mendalam kepada
mereka dan membentuk kesedaran politik Melayu terhadap penjajahan Barat yang
kemudiannya membawa kepada kebangkitan gerakan kebangsaan di wilayah Nusantara.

Serangan ke atas umat Islam masih berlaku dan
dilakukan dengan cara yang halus lagi tertib. Bukan sahaja kekuasaan dalam
Ekonomi itu penting, tetapi jua kekuasaan dalam politik yang boleh terlepas
dari kalangan umat Islam boleh mengakibatkan kedudukan Islam itu terancam.

Jihad dalam Islam merangkumi pelbagai keadaan semasa. Siapkan diri anda wahai Melayu Islam.

Rujukan:

1- Pakar Sosiologi: Perang Dunia Pertama Mengakibatkan Penderitaan Ekonomi Dan Pergolakan Sosial Di Malaya. http://www.ukm.my/news/arkib-berita/year-2014/ogos-2014/pakar-sosiologi-perang-dunia-pertama-mengakibatkan-penderitaan-ekonomi-dan-pergolakan-sosial-di-malaya/

2- Perjuangan Tok Janggut: Satu Realiti kepada Kebangkitan Nasionalisme.
http://www.arkib.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=115cb5dd-a719-4fd3-ab73-c088fca16d4d&groupId=10157

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet