Biasa yang kita dengar dan ambil peduli adalah pencemaran air , pencemaran udara atau pencemaran bunyi.

Pencemaran cahaya pula jarang diberi perhatian .

Pencemaran cahaya ni sebenarnya apa ?? .

Untuk pengetahuan, pencemaran cahaya merujuk kepada suatu masalah pencahayaan bukan semulajadi yang berlebihan atau terlalu terang pada waktu malam .

Pencemaran cahaya berpunca daripada penggunaan cahaya buatan manusia yang kurang berkesan seperti pemasangan lampu jalan , lampu bangunan , lampu pada papan iklan dan sebagainya yang tidak betul .

Secara umum nya , terdapat beberapa jenis pencemaran :-

-Urban sky glow ;
Disebabkan Kecerahan langit malam yang terang dikawasan bandar .

-Light trespass ;
Berpunca daripada pemasangan lampu yang tidak berkesan kerana cahaya dipancarkan ke kawasan yang tidak diperlukan .

-Glare ;
Kesan pencahayaan yang terlalu terang dan menyebabkan penglihatan kurang selesa .tahap silau yang tinggi boleh mengurangkan jarak penglihatan

-Light clutter ;
Disebabkan Cahaya berlebihan yang sangat terang terutama dikawasan bandar . Keadaan ini menyumbang kepada kesan pencahayaan langit , pencerobohan cahaya dan silau .

..

Suatu masa dahulu ,
apabila kita memerhati langit malam , keadaan langit dipenuhi bintang bintang . Kini , keadaan telah berubah .

Bintang bintang di langit kelihatan “hilang” dan “kurang” .

hakikatnya ,
bintang bintang masih ada tetapi kita yang tidak dapat melihat nya disebabkan keadaan langit yang terang kerana faktor cahaya berlebihan terutama dikawasan bandar .

disebabkan langit yang terlalu terang di malam hari juga , ramai orang tidak dapat mengenal serta melihat objek objek langit seperti planet , jalur bima sakti dan sebagainya .

Menurut kajian , sebahagian besar kawasan di bumi berada dalam lingkungan pencemaran cahaya .

Selain memberi kesan kepada keindahan langit malam , Pencemaran cahaya juga boleh memberi kesan kepada manusia , haiwan serta tumbuhan .

Kesan kepada manusia :
– cahaya yang terlalu terang di waktu malam dapat mengganggu kitaran hormon di dalam badan . Keadaan ini akan memberi kesan kepada kesihatan dan psikologi .

– Jika terdapat cahaya terang semasa tidur, pengeluaran hormon melatonin akan terganggu. Ini boleh membawa kepada gangguan tidur dan masalah kesihatan seperti pening , keletihan dan sebagainya .

..

Kesan kepada haiwan dan tumbuhan :

– pencemaran cahaya boleh mengganggu pola migrasi haiwan .
Contoh : migrasi burung .

Burung menjadikan cahaya bintang dan bulan sebagai salah satu panduan ketika bermigrasi ke tempat lain . Ketika ini , cahaya buatan manusia telah menganggu cahaya objek objek di langit .

– penyu yang ingin bertelur kebiasaanya mencari pantai yang gelap semakin susah mencari kawasan yang sesuai untuk bertelur kerana gangguan cahaya .

– sesetengah tumbuhan juga boleh terganggu kerana cahaya berlebihan yang diterima dapat mengganggu proses tumbesarannya .

..

Cara Mengurangkan Pencemaran Cahaya :

1) gunakan lampu bila perlu .
2) gunakan cahaya lampu sebanyak yang diperlukan sahaja .
3) elakkan menghalakan cahaya lampu ke arah langit .
4) gunakan lampu yang terselindung dengan penutup yang sesuai dan berkesan .
5) kurangkan penggunaan lampu pada papan papan iklan dan sebagainya .

kempen kempen kesedaran juga boleh dilakukan dengan lebih kerap supaya masyarakat lebih mengambil berat serta turut serta untuk mengatasi pencemaran cahaya .

Selain itu , pendidikan serta pendedahan dari awal juga memainkan peranan penting dalam kalangan generasi muda supaya pencemaran cahaya dapat di kawal .

Kesimpulannya ,

Pencemaran cahaya bukan la sesuatu isu yang remeh . ia dapat memberi kesan kepada keseluruhan hidupan secara langsung atau pun tidak . .
Jadi ,
Sama sama lah kita mengatasi masalah pencemaran cahaya supaya tidak berterusan menjadi ancaman kepada alam ini .

Sekian .
Wallahu A’lam .

“Majulah Falak Untuk Ummah”

Sumber Rujukan :
advances.sciencemag.org
www.angkasa.gov.my

-SYAH-


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Muhammad Syafiq atau dikenali sebagai Syah, seorang 'Astrophile' yang mempunyai minat mendalam dalam bidang berkaitan Sains terutamanya Astronomi dan juga Meteorologi. Beliau merupakan penulis yang lantang menentang golongan pseudosains dan juga pentaksub membuta tuli teori konspirasi di alam maya.

Leave A Reply