Kekuasaan Pasukan Muslimin dibawah keKhalifahan Sayyidina Umar Al-Khattab RAH telah ‎menaungi Tanah Arab baik di Syam (Levant) mahupun di Iraq. Kini,tumpuan mereka beralih ke ‎negeri Mesir yang pada ketika itu diperintah oleh Empayar Rom.

Perluasan kuasa Khulafa Ar-‎Rashidun ke Mesir ini telah dipimpin oleh seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Sayyidina ‎Amru Al-As pada tahun 20 Hijrah. Para sejarahwan Islam berbeza pendapat tentang tahun ‎pena.klukan Sayyidina Amru Al-As ke Mesir. Sesetengah sejarahwan Islam berpendapat pena.klukan ‎Mesir pada 20 Hijrah dan pena.klukan Kota Alexandria/Iskandariyyah pada 25 Hijrah dan ada yang ‎berpendapat Pena.klukan Mesir dan Alexandria pada tahun 16 Hijrah.‎

Boleh dapatkan dua buku terbaru kami di webstore: https://bit.ly/pratempahktmktr

Maka berangkatlah pasukan Muslimin ke Mesir. Setibanya di Fustat, Sayyidina Amru Al-As ‎menawarkan perdamaian, jizyah atau memeluk Islam. Sayyidina Amru Al-As memberi tempoh ‎kepada penguasa tempatan memberikan jawapan kepadanya. Penguasa Mesir pada ketika ‎itu, Muqawqis ingin memberi jawapan agar menerima tawaran itu. Namun, cadangan itu dibantah ‎oleh panglima Rom yang tinggal di Mesir pada ketika itu. Akhirnya, sebulat suara memutuskan agar ‎menolak tawaran Sayyidina Amru Al-As.‎

Maka pertempuran antara pasukan Muslimin dan Rom bermula.Pertempuran pertama di Ain ‎Syam,pasukan pimpinan Sayyidina Zubair Bin Awwam telah diarahkan untuk memanjat dinding ‎kota tersebut dan membukanya untuk memberi laluan kepada pasukan Muslimin. Usaha itu ‎berjaya dan kota itu dibuka oleh Sayyidina Amru Al-As. Pasukan Rom berundur ke kota seterusnya ‎iaitu Babilon. Memandangkan bilangan pasukan Muslimin yang kalah jumlah kepada pasukan ‎Rom, Sayyidina Amru Al-As memohon bantuan daripada Khalifah Umar Al-Khattab di Kota Madinah.‎

Permohonan mereka diluluskan, pasukan bantuan dikirim yang dipimpin oleh Sayyidina Ubadah bin ‎Samit RAH, Sayyidina Maslamah bin Makhlad RAH dan Miqdad Bin Aswad RAH bergerak ke arah ‎Mesir bagi membantu pasukan Sayyidina Amru Al-As di Mesir. Satu persatu kota di Mesir tumbang ‎kepada Pasukan Muslimin. Mereka terus mara ke arah kota terbesar di Mesir iaitu Kota ‎Iskandariyyah. Menyedari hal itu, pasukan Rom telah menyediakan infrastruktur kota yang ampuh ‎bagi menangkis pasukan Muslimin ini.‎

Maharaja Rom juga mengirim bala bantuan ke Alexandria bagi menghalang kemaraan pasukan ‎Muslimin ini. Seramai 50 000 pasukan Greek telah dikirim untuk mempertahankan kota ini daripada ‎jatuh ke tangan pasukan Muslimin. Kapal kapal Pasukan Rom dikerah untuk mempertahankan ‎pelabuhan Alexandria walau apa yang terjadi.Pasukan Muslimin tiba di kota Alexandria dan ‎memulakan pengepungan.‎

Pengepungan Kota Alexandria berlanjutan sehingga enam bulan lamanya. Maka, Khalifah Umar RAH ‎mengarahkan agar Sayyidina Ubadah bin Samit mengatur strategi untuk men.akluk kota ‎Alexandria. Sejurus menerima surat dari Madinah, Sayyidina Ubadah melancarkan serangan ke atas ‎kota Alexandria. Berlakulah serangan yang sengit di antara kedua pasukan ini.Empat panglima yang ‎dikirim Khalifah Umar diarahkan melancarkan serangan bertali arus keatas kota Alexandria.‎

Serangan terus berlangsung sehingga pasukan Rom kewalahan dan akhirnya pasukan Muslimin ‎berjaya memecah masuk ke benteng Alexandria dan akhirnya benteng kota ditawan seterusnya ‎Kota Alexandria ditawan oleh pasukan Muslimin. Usai pena.klukan kota Alexandria,Sayyidina Amru ‎Al-As mengutus surat kepada Khalifah Umar dengan menyatakan bahawa beliau telah menawan ‎ribuan rumah mewah, ribuan rumah mandi (hamam) dan ribuan kelab hiburan serta puluhan ribu ‎rakyat Rom elit yang bersedia untuk membayar jizyah kepada pemerintah Muslim.‎

Dengan jatuhnya Alexandria ke tangan pasukan Muslimin, selesailah misi pasukan Muslimin di ‎Mesir. Pada tahun 21 Hijrah, panglima agung Muslimin meninggal dunia menghadap Illahi. Diikuti ‎pada tahun 23 Hijrah, Khalifah Umar RAH dibu.nu.h oleh Abu Lu’luah di Madinah ketika beliau sedang ‎mengimami solat. Berakhirlah era Khalifah Umar RAH sebagai khalifah kedua Khulafa’ Ar-‎Rashidin. Semoga Allah merahmati keduanya dalam usaha menyebarkan dan mengembangkan ‎agama Islam ke seluruh Alam.‎

RUJUKAN:

Al-Bidayah Wa An-Nihayah (Khulafa’ Ar-Rashidin)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.