Muhammad ibn Qasim Al-Thaqafi Penakluk India ” Fateh Sindh ”merupakan seorang jeneral Bani Umaiyah di Syria yang pada usia 17 tahun, memulakan kempen penaklukkan wilayah Sindh dan Punjab sepanjang Sungai Indus (kini sebahagian Pakistan) bagi Bani Umaiyah. Penaklukan yang dilakukan oleh Muhammad Bin Qasim pada wilayah Sindh dan Punjab meletakkan asas pemerintahan Islam di benua kecil India.
Muhammad ibn Qasim berasal dari bani Thaqeef, yang masih tinggal di dan sekitar bandar Taif, bapa Muhammad bin Qasim adalah Qasim bin Yusuf yang meninggal ketika Muhammad bin Qasim masih muda, meninggalkan ibunya menguruskan pendidikannya.
Gabenor Umayyad Al-Hajjaj Ibn Yusuf Al-Thaqafi adalah bapa saudara kepada Muhammad bin Qasim merupakan orang penting yang mengajar Muhammad bin Qasim mengenai ilmu perperangan dan pentakbiran. Muhammad bin Qasim berkahwin dengan sepupunya Zubaidah, Binti Hajjaj, sejurus sebelum berangkat ke Sindh. Seorang lagi bapa saudaranya sebelah bapanya adalah Muhammad bin Yusuf, gabenor Yemen. Dengan cadangan Hajjaj, Muhammad bin Qasim dijadikan gabenor Parsi, di mana dia berjaya mematahkan pemberontakan.
Beliau dilantik sebagai gabenor India oleh Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik atas cadangan Hajjaj kerana jasanya dalam menumpaskan pemberontakan raja-raja Hindu yang memusuhi Islam di India.
MINAT KHALIFAH BANI UMAIYAH DI WILAYAH SINDH
Minat Khalifah Umaiyah di wilayah tersebut berlangsung dari keinginan mereka mengawal laluan perdagangan sepanjang lembah Sungai Indus ke pelabuhan laut Sindh, hubungan penting di Laluan Sutera silam.Mereka sebelumnya gagal cubaan mengawal laluan tersebut, melalui lembah Khyber, dari Turki-Shahi di Gandhara.Tetapi dengan menakluk Sindh bersebelahan dengan Gandhara di selatan, mereka berjaya membuka perbatasan kedua menentang Gandhara; pencapaian yang sebelum ini pernah dicuba.
Minat Khalifah Umaiyah di wilayah ini dicetuskan oleh puak Midian atau Madyan (puak Scythians yang tinggal di Sindh) telah menjalankan aktiviti pelanunan perdagangan Sassanid di masa lalu, dari muara sungai Tigris hingga ke persisiran Sri Lanka dengan menggunakan bawarij (kapal layar) yang mampu memburu kapal-kapal orang Arab dari pengkalan mereka di Kutch, Debal dan Kathiawar.Ketika itu, Sindh merupakan perbatasan liar bagi wilayah al-Hind (Hindustan), didiami sebahagian besarnya oleh puak semi-nomad yang aktivitinya mengganggu kebanyakan perdagangan di lautan India Barat.
Aktiviti berterusan inilah bersama peningkatan kepentingan laluan perdagangan India oleh lanun midian dan yang lain yang memaksa orang-orang Arab menakluk kawasan tersebut, agar dapat mengawal pelabuhan dan laluan laut di mana Sindh merupakan pusatnya, dan juga, laluan daratan.Semasa Hajjaj menjadi gabenor, lanun Midian dari Debal merancang satu serangan mereka menculik seorang perempuan Muslim yang mengembara dari Sri Lanka ke Arab, dengan itu memberikan alasan untuk memulakan penaklukan hingga berjaya merampas wilayah Makran, Balochistan dan Sindh.
SEBAB-SEBAB LAIN
Juga disebut sebagai punca kempen ini adalah polisi memberikan perlindungan kepada Sassanid yang melarikan diri dari kemaraan Arab dan pemberontak orang Arab dari penyusunan semula pemerintahan Umaiyah.
MULA TERBENTUKNYA ORANG ISLAM YANG BUKAN BERBANGSA ARAB
Mawali atau mawālá ialah suatu istilah dalam Bahasa Arab Klasik yang digunakan untuk merujuk kepada Muslim bukan-Arab.Istilah ini menjadi popular pada abad selepas penaklukan Muslim Arab awal pada abad ke-7, apabila ramai bukan-Arab seperti orang Parsi, Mesir dan Turk memeluk Islam.
KEMATIAN MUHAMMAD IBN QASIM
Muhammad Ibn Qasim berkhidmat sepanjang pemerintahan Al-Walid bin Abdul Malik dan di zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik sehingga kematian Hajjaj pada tahun 714 dan salah seorang penyokong Hajjaj dalam menentang pelantikan Sulaiman bin Abdul Malik sebagai Khalifah.Beliau telah dipenjarakan oleh Sulaiman sejurus kematian Hajjaj ibn Yusuf bersama-sama Qutaibah ibn Muslim dan Musa ibn Nusair, gabenor Afrika. Mereka bertiga kemudiannya dijatuhkan hukuman mati atas tuduhan berkhianat terhadap negara dan khalifah.
Kemudiannya Amr bin Muhammad anak kepada Muhammad Ibn Qasim dilantik menjadi Gabenor sindh
Sumber :-
1. Sejarah Islam Di India ”Abad Ke-8 Hingga Abad Ke-20” (Azharudin Mohamed Dali)
2. Sejarah Perkembangan Islam Di India (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi)
3. Sejarah Dan Tamadun Islam (Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah)
4. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (Mohd Nor Jusoh)
5. A History of the Arab People (Hourani, Albert)
6. Religion and Society in Arab Sind (Maclean, Derryl N)
7. Medieval India under Mohammedan Rule (Stanley Lane-Poole)
– Hangpcdua Malaya –
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih