“Et tu, Brute (Kau juga, Brutus)?”

Bagi yang biasa menonton pementasan drama Julius Caesar yang dikarang oleh William Shakespeare, itu didakwa sebagai kata-kata Caesar semasa diti.ka.m oleh salah seorang pembu.nu.hnya Brutus. Para pembu.nu.hnya menyangka pembu.nu.han beliau akan memulihkan kembali Republik Rom yang dikatakan tercemar semasa eranya. Hakikatnya, Brutus tidak sedar ia membuka jalan kepada sistem monarki sebagai pengganti sistem republik Rom.

Selama lebih 500 tahun, Republik Rom dihantui oleh isu kekacauan politik, pe.ra.ng saudara dan pengagihan kekayaan yang tidak adil kepada para warganya. Apabila Caesar berjaya memulihkan kembali kestabilan Rom susulan kejayaannya menewaskan Pompey, beliau memilih mengetepikan Senat dalam banyak hal penting termasuk mengawal perbendaharaan kerajaan.

Menurut Edward Watts, penulis buku Mortal Republic: How Rome Fell Into Tyranny, kesetiaan legion-legion diperoleh dengan cara memberi ten.te.ra-ten.te.ra yang bersara harta dari tanah-tanah awam. Dan jika perlu, Caesar bersedia mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi memastikan mereka mendapat ganjaran setimpal. Di samping itu, wajahnya dicetak pada duit syiling Rom dan Caesar mempunyai hak menolak atau menerima keputusan pemilihan untuk jawatan kerajaan di peringkat bawah.

Semua tindakan ini membuatkan ramai musuhnya bimbang beliau akan mengisytiharkan dirinya sebagai raja/maharaja. Dan apa yang dibimbangi mereka menjadi kenyataan apabila Caesar digelar diktator seumur hidup (bahasa mudah, raja Rom secara tidak rasmi) oleh Senat pada minggu-minggu pertama 44 SM. Bagi senator-senator yang tidak sehaluan dengan beliau, satu tindakan segera perlu diambil bagi mengekangnya daripada terus berleluasa.

Dan itu yang terjadi pada 15 Mac 44 SM. Semasa hendak memasuki ruang Forum Rom, Caesar diti.ka.m bukan sekali tetapi 23 kali oleh sekumpulan senator diketuai oleh Brutus. Brutus dan sekutu-sekutunya menyangka tindakan mereka akan memulihkan kembali Republik dan mendapat sokongan meluas dalam kalangan orang ramai. Tetapi sangkaan beliau sama sekali meleset.

Rajah 1: The De.a.th of Caesar oleh Jean-Leon Gerome (1867)

Sebaik saja orang ramai tahu apa yang berlaku, mereka terutama dari kelas bawahan dan pertengahan mengeji kelompok pembu.nu.h Caesar. Pada mereka, walaupun beliau berstatus autokrat, kebajikan mereka dipelihara termasuk melaksanakan polisi penghapusan hutang dan menambahbaik kod percukaian.

Apa yang diharap Brutus sebagai pencetus kestabilan Republik sekali lagi membawa Rom ke kancah pe.ra.ng saudara. Pada awalnya, kelompok penyokong Caesar memilih mensasarkan semua pemimpin Rom yang bersubahat dengan pembu.nu.hannya sebelum bertelingkah sesama mereka.

Rakan lama Caesar, Mark Antony dilihat sebagai calon layak mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh beliau. Tetapi bagaikan sudah menjangka tindakan rakannya itu, beliau memutuskan untuk mengambil cucu saudaranya Octavius sebagai anak angkat sekaligus waris kepada estet dan legion yang ditinggalkannya. Ini dinyatakan dalam wasiatnya dengan Octavius ketika itu berusia 18 tahun.

Rajah 2: Octavius/Augustus

Dengan aset yang dimiliki, beliau berjaya meraih sokongan beberapa buah legion dan sentiasa bertelagah dengan Antony. Tetapi menyedari musuh-musuh mereka masih bebas, kedua-duanya memilih untuk berdamai dan membentuk Triumvirate Kedua dengan timbalan Caesar, Lepidus. Menurut Barry Strauss, penulis buku Ten Caesars: Roman Emperors from Augustus to Constantine, ini menunjukkan kelicikannya sebagai ahli politik dan mempergunakan sokongan demi kepentingan dirinya.

Dengan gabungan kekuatan yang dimiliki, satu persatu legion yang menyokong kumpulan pembu.n.uh Caesar tumbang di tangan mereka. Selain itu, mereka turut mensasarkan mana-mana individu yang tidak sehaluan dengan Triumvirate. Salah seorang mangsa mereka ialah orator Rom terkenal Cicero. Sebagai balasan kerana memperlekeh kredibiliti Antony, beliau dihukum bu.n.uh dengan kepala dan tangan kanannya dipamerkan di Forum Rom.

Brutus dan seorang lagi pemimpin konspirasi bernama Gaius Cassius Longinus terus diburu oleh Octavius dan Antony. Akhirnya, kedua-duanya tumbang di Philippi, utara Greece yang menyaksikan kedua-dua angkatan berdepan kehilangan nyawa yang ramai. Tidak mahu kembali ke Rom sebagai tawanan, Brutus dan Longinus memilih mengambil nyawa mereka sendiri.

Setelah itu, Octavius, Lepidus dan Antony kembali bertelagah sesama mereka. Sebelum menye.ra.ng rakan karib bapa angkatnya itu, beliau memaksa Lepidus duduk dalam buangan. Setelah itu, tumpuan Octavius beralih kepada Antony yang sudah membentuk pakatan dengan pemerintah Mesir ketika itu, Cleopatra VII.

Rajah 3: Mark Antony dan Cleopatra VII

Cubaan beliau untuk meraih sokongan di Rom tipis atas dua sebab. Pertama, dengan menjalinkan hubungan dengan pemerintah asing, ia menjejaskan reputasinya sebagai pahlawan dan pemelihara keselamatan Rom. Kedua, tindakan Antony mengundang kemarahan Octavius kerana isterinya sebenarnya ialah adik Octavius sendiri, Octavia Minor.

Dan itu sudah cukup untuk dijadikan alasan untuk memburu beliau. Angkatan Octavius bertembung dengan angkatan Antony-Cleopatra di Actium di utara Greece pada 31 SM. Gabungan kekuatan kedua-dua figura itu tidak cukup untuk menewaskan beliau sekaligus memaksa mereka melarikan diri. Pada akhirnya, Antony dan Cleopatra memilih menamatkan riwayat mereka sendiri.

Rajah 4: Gambaran Perte.mp.uran Actium

Selepas kembali ke Rom, Octavius melangkaui pencapaian bapa angkatnya itu. Semua pencalonan untuk calon Senat perlu mendapat kelulusan beliau dengan Senat hanya berperanan sebagai tukang cop. Octavius turut memastikan kebajikan para legion terjaga sekaligus menjamin kesetiaan tidak berbelah bahagi mereka kepadanya.

Menjelang 27 SM, Senat menganugerahkan gelaran Augustus kepada Octavius di mana menurut sejarawan Rom Cassius Dio ialah untuk menunjukkan beliau bukan manusia biasa. Gelaran ini secara tidak langsung menjadikannya sebagai maharaja pertama Rom tetapi tidak mengambil gelaran tersebut secara terang-terangan. Dalam kenyataan/titahnya, baginda memulihkan kembali republik dan tidak pernah menggunakan gelaran raja/diktator tetapi menggunakan gelaran warga pertama.

Apabila Rom berdepan masalah kebuluran dan banjir pada 22 SM, ramai menyangka itu akan menjadi punca kejatuhan Augustus. Tetapi sebaliknya, warga Rom bertindak mengurung sekumpulan senator dan mengan.ca.m memba.ka.r mereka hidup-hidup sekiranya baginda tidak diberi gelaran diktator. Ini menunjukkan mereka percaya Augustus boleh menyelamatkan mereka daripada pepe.ra.ngan, kekacauan dan kebuluran.

Baginda memerintah Rom selama 50 tahun sekaligus membuka jalan kepada era Pax Romana yang bertahan selama lebih 200 tahun. Dengan mengasaskan Empayar Rom, Augustus menyempurnakan tugas yang dimulakan oleh ayahanda angkatnya, Caesar. Ironinya, pembu.nu.han Caesar yang dianggap sebagai lambang pengembalian kuasa republik rupanya menjadi pi.sa.u be.la.ti yang membu.nu.h terus kewujudan Republik Rom yang bebas.

RUJUKAN:

Klein, Christopher. (2021). How Julius Caesar’s Ass.as.sination Triggered the Fall of the Roman Republic. History.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.