Kerajaan Seleucid merupakan kerajaan Yunani yang pernah wujud di Filistin. Kerajaan ini telah menindas bangsa Yahudi yang tinggal di tanah Filistin selama bertahun tahun lamanya. Antara tindakan yang dibuat oleh Kerajaan ini ialah melarang pengamalan agama Yahudi di Filistin. Pelarangan ini menyebabkan bangsa Yahudi tertindas dek kerana dasar Yunani ini.
Selain itu, Kerajaan Yunani telah menjadikan tapak ibadat Yahudi di Jurusalem sebagai tempat ibadatnya Yunani untuk dewa mereka, Zeus dan yang terakhir sekali, pemaksaan Kaum Yahudi untuk memeluk fahaman helenistik.
Penindasan dan tekanan yang dihadapi oleh bangsa Yahudi ini kemudiannya sampai kepada puncaknya dan seterusnya, bangkit gerakan pemberontakan Maccabee yang memperjuangkan isu isu dan hak beragama bagi ajaran Yahudi. Justeru itu, lahir gerakan gerakan bersiri bagi menentang kerajaan ini.
Pasukan Yahudi ini kemudiannya dipimpin oleh Judas Maccabee menaklukkan kerajaan Seleucid dan menundukkan kerajaan Yunani di Filistin. Serangan Maccabee ini kemudiannya berjaya menundukkan kerajaan Yunani di Filistin sekaligus mendominasi semula kerajaan Yahudi di tanah Filistin.
Pada tahun 164 SM, Maccabee telah berjaya merebut kembali Jurusalem dan membersikan semula rumah ibadat mereka. Peristiwa kemenangan Maccabee ini kemudiannya dikenali sebagai Hari Hannukkah. Akhirnya, kerajaan Yunani di Filistin berjaya ditumpaskan dan diganti dengan kerajaan Yahudi yang dipimpin oleh pemuka pemuka agama Yahudi pada 142 SM dan sekaligus mendirikan Kerajaan Hasmonean.




No comments yet