19 April 1943, tentera dan polis Jerman kawasan petempatan Yahudi di Warsaw. Pemberontak Yahudi di dalam petempatan menentang tentera Jerman dan menjadi pemberontakan terbesar orang Yahudi semasa Perang Dunia Kedua.
Warsaw Ghetto, sebuah petempatan Yahudi yang ditubuhkan pada 1940 oleh Jerman menempatkan 400,000 orang Yahudi.
Macam mana pemberontakan ni bermula?
Dari 22 Julai hingga 12 September 1942, Yahudi di Warsaw Ghetto diusir oleh tentera Jerman ke kem penghapusan yang bernama Treblinka. 35,000 orang Yahudi dibunuh semasa operasi.
Penduduk di sana mula wujudkan pertubuhan “underground” bersenjata yang dikenali sebagai Pertubuhan Pertempuran Yahudi (ZOB) dan Kesatuan Tentera Yahudi (ŻZW).
Januari 1943, tentera Jerman datang semula ke Warsaw Ghetto untuk teruskan pengusiran. Puak penentang menyusup masuk ke titik pemindahan. Sampai je isyarat, terus kumpulan ni menyerang dan ramai penentang Yahudi yang mati. Serangan ni mengelirukan pihak Jerman dan akhirnya semua orang Yahudi yang dah disusun dalam barisan melarikan diri. Jerman hanya dapat tangkap balik 5000-6500 orang je.
19 April, waktu orang Yahudi nak sambut Easter, Jerman datang lagi. Kali ni berterusan sehingga 27 hari. ŻOB dah dapat amaran awal yang Jerman nak menyerang dan suruh penduduk masuk ke dalam kubu bawah tanah.
Kira-kira 700 pejuang muda Yahudi menyertai pemberontakan, malah penduduk awam di ghetto juga menentang tentera Jerman dan enggan bersembunyi di kubu bawah tanah.
Sekurang-kurangnya 7,000 orang Yahudi mati berperang atau bersembunyi di ghetto. Kira-kira 7,000 orang Yahudi telah ditangkap oleh Jerman pada akhir pertempuran. Orang-orang Yahudi ni dihantar ke kem Treblinka untuk mereka dihapuskan.
Selepas pemberontakan ghetto Warsaw, Jerman hantar pulang kira-kira 42,000 orang Yahudi ke kem buruh paksa dan ke kem tahanan Lublin/Majdanek. Kebanyakan mereka dibunuh pada November 1943 dalam operasi menembak selama dua hari yang dikenali sebagai Operation Harvest Festival (Erntefest).
Oleh: Azizul Farhan
…
PERANG DUNIA KEDUA ni konflik antarabangsa yang paling berdarah dalam sejarah. Korang boleh baca buku PERANG DUNIA KEDUA ni dan mudah didapati di link shopee ni: https://bit.ly/perangduniakedua




No comments yet