Memandangkan kita semua sebagai Muslim sedang menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadhan, penulis ingin mengingatkan tentang beberapa hukum atau pantang larang berserta hukuman atau denda atas kesalahan menurut mazhab feqah kita iaitu Mazhab Syafie. Marilah sama-sama kita ulangkaji hukum yang berkaitan puasa Ramadhan.
Perkara yang membatalkan puasa
- Makan dan minum dengan sengaja.
- Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja.
- Muntah dengan sengaja.
- Keluarnya haid dan nifas bagi wanita.
- Gila atau hilang kewarasan atau pitam atau mabuk.
- Murtad – keluar dari Islam.
- Keluar mani dengan sengaja bagi lelaki dan wanita.
- Bersetubuh di siang hari.
Golongan yang wajib menggantikan puasa mereka
- Orang yang hadapi/melakukan perkara yang membatalkan puasa seperti di atas.
- Orang yang sakit dan tidak berpuasa dan ada peluang untuk sembuh.
- Orang yang tidak berniat puasa.
Golongan yang wajib membayar Fidyah
- Orang yang tidak sempat menggantikan puasa hingga tiba Ramadhan berikutnya.
- Secupak beras untuk fakir miskin dan ganti puasa mengikut jumlah hari yang ditinggalkan.
- Sekiranya tidak dilangsaikan juga sehingga Ramadhan berikutnya, maka bilangan cupak bertambah menjadi dua cupak. Tetapi bilangan puasa ganti tetap dikekalkan tanpa penambahan.
- Orang yang sakit dan tidak berpuasa dan TIDAK ada peluang untuk sembuh.
- Tidak perlu ganti puasa.
- Fidyah secupak beras untuk satu hari.
- Orang yang sangat tua dan tidak mampu untuk berpuasa.
- Tidak perlu ganti puasa.
- Fidyah secupak beras untuk satu hari.
- Orang yang tidak ganti puasa tetapi meninggal dunia.
- Waris tidak perlu gantikan puasa arwah.
- Waris melangsaikan fidyahnya menggunakan harta peninggalannya.
- Wanita yang mengandung atau yang menyusukan anak.
- Berbuka kerana bimbangkan anak – Ganti puasa dan fidyah secupak beras mengikut jumlah hari yang ditinggalkan.
- Berbuka kerana bimbangkan mudarat pada diri – Ganti puasa.
Bersetubuh di siang hari dalam bulan Ramadhan
- Suami
- Ganti puasa dan,
- Merdekakan seorang hamba yang beriman lelaki atau perempuan (kalau tak mampu),
- Puasa dua bulan berturut-turut (kalau tak mampu),
- Beri makan 60 orang fakir miskin.
- Isteri
- Ganti puasa sahaja.
- Tidak wajib kaffarah sekiranya,
- Persetubuhan dilakukan kerana terlupa.
- Jahil tentang keharaman bersetubuh di siang hari Ramadhan.
- Dipaksa untuk melakukan persetubuhan.
Dengan kedatangan Ramadhan pada kali ini akan memberikan manfaat yang banyak pada kehidupan kita secara maddi dan maknawi. Hayatilah dan bergembiralah dengan kedatangan Ramadhan, bulan yang berkat dan penuh dengan menu ibadah. Semoga amal ibadah kita semua diterima Allah Subhanahu wa Taala. Ameen.
P/S – sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pihak yang berkaliber.
Rujukan:
- Al-Majmu’ Syarah al-Muhadzab
- Minhaj al-Talibin
- Al-Fiqh al-Manhaji
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih