Sabtu, 31 Oktober 202631 Okt 2026
Kriminologi

Pemandu Mabuk Patut Dihukum Lebih Berat!

Makin menjadi-jadi kes pemandu mabuk langgar orang yang tak bersalah sampai mati. Kalau kita buka undang-undang Malaysia hari ini, sebenarnya hukuman untuk pemandu mabuk bukan kecil.

Di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987, siapa yang memandu dalam keadaan mabuk sampai sebabkan kematian, boleh kena penjara minimum 10 tahun sampai 15 tahun, didenda puluhan ribu, lesen kena gantung sampai 10 tahun.

Dalam masa sama, keluarga mangsa boleh saman dan dapat pampasan.

Atas kertas, nampak keras.

Tapi realiti di mahkamah lain cerita.

Cukup ke?

Sebab masalah sebenar bukan dekat undang-undang semata-mata.

Masalah dia dekat pelaksanaan.

Kita tengok kes baru-baru ni.

Seorang lelaki memandu dalam keadaan mabuk, kandungan alkohol dalam darah dia memang melebihi had. Dia mengaku bersalah.

Hukuman?

Penjara sehari.

Denda RM10,000.

Sehari.

Kau baca balik, sehari.

Ini bukan cerita lama. Ini kes tahun 2026.

Jadi sekarang kau faham tak kenapa orang marah?

Undang-undang kata boleh penjara sampai 2 tahun untuk kes bawah Seksyen 45A. Tapi akhirnya, jatuh jadi sehari.

Kenapa?

Sebab ada rayuan. Sebab alasan tanggung keluarga. Sebab “first offence”. Sebab macam-macam.

Dan inilah realiti yang orang tak nak cakap.

Pemandu mabuk selalunya diringankan hukuman.

Sedangkan mangsa?

Tak ada “first chance”.

Tak ada “rayuan”.

Tak ada “sehari je mati”.

Sekali kena langgar, terus habis.

Inilah benda yang buat orang hilang percaya.

Sebab nampak macam sistem kita lebih simpati dekat pesalah daripada mangsa.

Padahal kalau kita fikir logik, pemandu mabuk ni bukan buat kesalahan trafik biasa.

Ini bukan kes tersilap tekan minyak.

Ini bukan kes jalan licin.

Ini kes pilihan.

Dia pilih untuk minum.

Dia pilih untuk mabuk.

Dia pilih untuk drive.

Tiga kali buat keputusan.

Dan setiap keputusan tu, dia tahu risiko.

Dia tahu refleks lambat.

Dia tahu otak dah tak function.

Dia tahu boleh bunuh orang.

Tapi dia buat juga.

Dalam undang-undang, benda ni dipanggil mens rea atau niat jahat.

Biasanya kita guna untuk kes berat macam bunuh.

Tapi cuba fikir.

Kalau kau sengaja mabuk, lepas tu drive. Itu bukan niat jahat ke?

Dalam perspektif Islam pun sama. Kalau seseorang sengaja minum sampai mabuk, lepas tu buat jenayah, dia tetap bertanggungjawab penuh. 

Tak ada alasan “tak sedar”.

Sebab dia sendiri yang pilih untuk hilang akal.

Dan lagi satu, pemandu mabuk ni risiko kemalangan dia boleh jadi 13 kali lebih tinggi daripada orang biasa. 

Maknanya apa?

Maknanya bila dia drive, dia bawa risiko kematian untuk semua orang atas jalan.

Jadi persoalan besar sekarang, kenapa kita masih bela kes ni macam kesalahan trafik biasa?

Kenapa bila masuk mahkamah, masih ada ruang untuk hukuman jadi ringan?

Sebab itulah ada cadangan sekarang supaya hukuman jadi lebih tegas.

Antaranya penjara mandatori, tak ada pilihan. Tak boleh bayar denda lepas tu balik rumah.

Ada juga cadangan lesen digantung seumur hidup kalau sebabkan kematian.

Logik.

Kalau seseorang dah buktikan dia bahaya atas jalan, kenapa bagi dia peluang kedua?

Malah ada cadangan supaya premis yang bagi alkohol kepada orang yang jelas nak drive pun boleh didakwa.

Ini baru nampak serius.

Sebab jujur cakap, hukuman sekarang masih tak cukup menggerunkan.

Orang masih berani.

Masih ada yang fikir “ala, kalau kena pun boleh settle”.

Walaupun statistik tunjuk kes pemandu mabuk kurang daripada 0.5% kemalangan maut, tapi impak dia besar.

Sebab mangsa dia selalunya orang yang langsung tak bersalah.

Tengah drive elok-elok. Tengah balik rumah. Tengah hidup macam biasa.

Tiba-tiba kena langgar orang mabuk.

Habis.

Sebab tu dalam Islam, arak dianggap “ibu segala kejahatan”. Bukan sebab minum tu je, tapi sebab apa yang datang lepas tu. 

Hilang akal, hilang kawalan, hilang nyawa.

Simple.

Jadi bila kita bincang pasal hukuman, ini bukan untuk balas dendam.

Ini untuk pencegahan.

Kalau hukuman masih boleh diringankan sampai tahap penjara sehari, jangan pelik kalau kes akan terus berlaku.

Dan selagi benda ni tak berubah, selagi itu nyawa orang atas jalan raya akan terus jadi taruhan.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet