Pada hari Ahad iaitu bersamaan 28 Mei Tahun 2017 nanti , kita berpeluang menyemak ketepatan arah kiblat di lokasi masing-masing dengan menggunakan kaedah kedudukan matahari ketika istiwa’ utama atau Istiwa’ Adzam di Kaabah .
Istiwa’ Adzam di Kaabah merupakan satu peristiwa apabila matahari berada tegak di atas Kaabah sehingga bayangan Kaabah tidak akan kelihatan ketika itu .
..
Ketika kedudukan matahari berada di atas Kaabah , bayang objek tegak yang terhasil di kawasan lain akan menghala ke arah kaabah .
..
SETAHUN HANYA DUA KALI .
Umum mengetahui , Kita tidak akan dapat melihat matahari berada di lokasi sama setiap hari disebabkan kecondongan paksi bumi semasa mengelilingi matahari .
kita dibumi akan melihat matahari Kadang kala “bergerak” ke arah utara dan kadang kala kelihatan “bergerak” ke arah selatan .
..
Begitu juga dengan peristiwa istiwa’ adzam di Kaabah .
Ia tidak akan berlaku setiap hari di sebabkan kedudukan matahari yang tidak tetap di tempat yang sama setiap hari apabila dilihat oleh pemerhati di bumi .
Dalam setahun ,
hanya dua kali sahaja matahari berada tegak di atas Kaabah iaitu pada :-
~ 28 Mei
( * 27 Mei pada tahun lompat )
Waktu : 5:16 pm
..
~ 16 Julai
( * 15 Julai pada tahun lompat )
Waktu : 5:28 pm
..
Cara Cara Menyemak Arah Kiblat Dengan Menggunakan Kaedah Istiwa’ Adzam Di Kaabah :-
1) Semak waktu yang digunakan .
Pastikan waktu yang tertera pada jam atau sebagainya mengikut waktu piawaian .
(contoh : waktu yang tertera pada televisyen)
2) Berada di kawasan lapang .
3) Pastikan cahaya matahari kelihatan .
4) Cari objek lurus seperti kayu atau sebagainya .
5) Pacakkan objek lurus tersebut di atas permukaan rata .
6) Pastikan bayang objek lurus yang terhasil boleh kelihatan dengan jelas .
7) Tunggu waktu istiwa’ adzam bermula .
8) Ketika istiwa’ adzam berlaku , buat satu garisan bertentangan dengan bayang yang dihasilkan objek lurus tadi .
9) Garis bertentangan yang dibuat merupakan arah kiblat sebenar .




No comments yet