Pihak
NASA telah membuka peluang kepada orang ramai untuk mendaftar nama dan
membolehkan nama anda di hantar ke Planet Marikh melalui ‘ Mars 2020 ‘ iaitu
perayau yang akan dilancarkan ke Marikh dari Bumi pada tahun 2020 yang akan
datang .
Untuk mendaftar , sila ke laman:
https://mars.nasa.gov/participate/send-your-name/mars2020
..
*Setelah nama anda didaftarkan , anda akan diberikan
‘ pas berlepas ‘ seperti gambar yang tertera di atas
Untuk pengetahuan semua, perayau Mars 2020 dijadual dilancarkan dari Bumi menuju ke Marikh pada bulan Julai atau ogos 2020 dan dijangka tiba di kawah
Jezero
, Marikh pada bulan Februari 2021 .
Ini
bukanlah pertama kali NASA membuka peluang kepada orang ramai untuk menghantar
nama mereka ke Marikh .
Sebelum
misi ‘ Mars 2020 ‘ , melalui misi ‘ Insight ‘ , seramai 2429807 orang telah
mendaftar nama dan memiliki pas berlepas yang membolehkan nama mereka di hantar
ke Marikh .
Nama
– nama yang didaftarkan akan dimasukan
ke dalam Cip mikro yang diletakkan pada pendarat Insight .
cip
mikro tersebut dibawa ke Marikh melalui pendarat InSight yang telah tiba di
permukaan Marikh pada tahun 2018 yang lalu .
Daripada
2429807 ,
9080
nama adalah dari Malaysia
*Gambar ini merupakan cip mikro untuk misi InSight yang telah mendarat di Marikh pada tahun 2018 yang lalu .
Sama
konsep seperti misi Insight , melalui misi Mars 2020 , nama anda juga akan dimasukkan
ke dalam Cip mikro dan kemudian
diletakkan pada pendarat tersebut
Tarikh
akhir pendaftaran adalah pada 30 September 2019 .
Kurang
sebulan sahaja lagi masa yang tinggal sebelum peluang ditutup .
JANGAN
LEPASKAN PELUANG !
..
Bacaan tambahan :-




No comments yet