Selain daripada pelempang Jepun, korang tahu tak ada satu lagi pelempang yang famous? Itulah dia pelempang Uthmaniyah. Punyalah berbisa sampai terkenal satu dunia.
Seni Pelempang Uthmaniyah digunakan oleh pasukan Janissary dalam ketumbukan tentera Khilafah Turki Uthmaniyah. Bagaimana latihan mereka sampaikan lempangan tu padu macam besi?
Janissary berlatih dengan melempang batu marmar yang telah diminyakkan. Mereka melakukannya beratus-ratus kali setiap hari. Kesannya, tangan mereka menjadi sekeras batu. Penangannya sangat dahsyat sampai dikatakan boleh membunuh orang atau mematahkan leher kuda.
Lempangan ini digunakan kalau Janissary sudah kehilangan senjatanya. Dalam pertempuran jarak dekat, seni pelempang Uthmaniyah dipakai menggunakan sebelah atau kedua-dua tangan. Ia juga berkesan untuk menghentikan kuda yang sedang berlari.
Lempang bukan sebarang lempang. Sasarannya tepat mengena hidung, muka atau leher. Janissary tidak membengkokkan siku mereka, tetapi melempang dengan hayunan sepenuh kekuatan bahu.
Impaknya, tengkorang kepala boleh retak. Otak boleh tercuck serpihan tulang dan mengakibatkan kematian. Kalau kena lempang dari tepu, leher boleh patah dan mengundang maut.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Khilafah Turki Uthmaniyah sangat berjasa dalam mempertahankan Islam daripada ancaman dan penghinaan. Korang boleh baca lagi banyak trivia menarik tentang budaya dan tamadun Islam dalam KITAM TAMADUN ISLAM. Klik https://bit.ly/ktislam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih