Al-kisahnya, Kassim selamat yang miskin telah kahwin free dengan anak orang kaya, lepas tu Mak Mertua siap bagi duit RM 5000 (banyak tu di zaman itu) untuk mulakan hidup baru kerana berharap menantunya dapat jaga anak perempuanya baik baik.

Tapi masalahnya, Kassim Selamat dan Sabariah tidak celik kewangan langsung!
Simpan langsung tak, tapi mereka berjoli sakan,berdansa, makan mahal di hotel, dan berjudi di race track kuda dengan harapan menang wang besar tapi takdenya nak menang main judi ni, makin kalah adalah.

Akhirnya duit tinggal sikit dan terpaksa menyewa bawah rumah.

Sangkaannya nanti takpe, duit habis, boleh start kerja dan dapat gaji baru, bakat menyanyi dah ada, tapi sekali dapat berita bini waktu balik kampung mati pulak, dan apa Kassim Selamat buat? Move on? Tidak! Dia menangis dan serahkan diri kepada takdir semata mata hingga akhirnya menjadi manusia buta.

Tak boleh bayar sewa, dia di halau cara baik,

Lalu di jalanan dia dipungut orang kaya, akhirnya bersama keluarga baru si buta Kassim Selamat mulakan hidup baru, dapat kerja jadi penyayi semula, hinggalah sorang peminatnya telah sudi sembuhkan matanya kerana peminatnya ada suami seorang doctor. Bila celik mata semula, Kassim Selamat mendapati isteri doctor itu adalah bekas isterinya lalu di cucuk matanya dengan garpu kerana terlalu sedih.

Begitulah tragisnya kisah Kassim selamat yang nak bagitahu bahawa semua manusia di beri kejayaan dan kegagalan, dan tugas manusia adalah untuk uruskan kejayaan dan uruskan kegagalan,

Tapi ramai orang boleh urus kejayaan, namun tak ramai boleh urus kegagalan, maka jangan jadikan kegagalan uruskan kita, tapi kitalah yang kena pandai uruskan kegagalan.

Kisah Kassim Selamat ini pulak nak bagitahu, Kassim Selamat adalah seorang yang gagal serba serbi, gagal mengurus kejayaan dan gagal mengurus kesusahan. Aduh!

Waktu dia ada modal RM5000, Kassim selamat tak buka akaun bank, dia tak menyimpan, dan wang yang ada bukan nak guna untuk cari bisnes jual nasi lemak ke, jual tanjak ke, ajar main muzik ke, tapi wang itu dia buat joli sakan, pergi pub, makan mahal di hotel, dan paling tak boleh blah, sanggup berjudi di race track kuda dengan harapan menang dan wang berganda, aduh.

Gagal uruskan kejayaan buatkan dia sewa bawah rumah, dan bila dapat berita bini mati, bukan nak siasat ke, mungkin berita palsu kot, atau balik ziarah kubur dan nak cium tangan mak mertua ke, semua dia tak buat, tapi dibantainya menangis siang malam, sampai jadi buta, dan nyawanya pada waktu itu adalah alat muzik, pun diberi pada orang nyawanya lalu berjalanlah dia dalam hujan membawa diri entah ke mana. Fail uruskan kegagalan paling targis.

Tapi Kassim Selamat dapat peluang kedua, dipungut orang kaya yang mudah kesian, lalu dia dapat kerjaya menyanyi semula, dapat celik mata semula, tapi itulah, disalahkan pulak Tuhan kenapa jadikan mak mertuanya seorang manusia, kan lebih baik jika tuhan jadikan mak mertuanya haiwan?

Tapi kalau Mak mertuanya haiwan, dapat anak haiwan, kahwin dengan haiwan lagi teruk nak uruskan kehidupan. Aduh..

Lepas tu Kassim Selamat ni cepat sentap, bila doctor tu ungkit pasal nikmat mata dapat free, dicucuknya mata itu dengan garpu.

Aduh..

Tapi itulah kisah Kassim Selamat, jika masa di undur kembali, tak perlupun salahkan Tuhan jadikan mak mertuanya manusia, Kassim selamat hanya perlu ada ilmu kewangan yang betul.

Ilmu Kewangan ni dalam Al-Quran pun ada cerita, rujuk kisah Nabi Yusof dalam Al quran, yang beliau ada ilmu tafsir mimpi seorang raja yang melihat tujuh ekor lembu gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus. Apa maksudnya?

Maka jawab Nabi Yusuf, negara akan di landa kemarau tujuh tahun, jadi waktu negara subur tujuh tahun, simpanlan hasil tanaman separuh agar musim kemarau tujuh tahun rakyat tak susah.

Dari kisah ini fahamlan kita bahawa ekonomi dunia akan selalu naik turun, ekonomi kitapun sama, lagi lagi dengan wabak Covid 19 ini, maka menyimpanlah separuh harta kita agar dapat digunakan waktu susah tanpa perlu kita meminta minta atau menyusahkan orang.

Nasihat simpan duit ni selalu pakar mat saleh suruh buat, rupanya dalam Al quran dah cerita lama bab persiapan musim ‘kemarau’ yang dalam kes kita ni kemarau wang akibat wabak covid 19.

Wang itu penting dalam hidup hingga Rukun Islam yang wajib ada dua tempat perlu pada wang, iaitu zakat dan haji, Tuhan juga bagitahu tangan memberi lebih baik dari yang meminta, dan Tuhan puji orang yang hidupnya taki menyusahkan orang.

Jadi.., jika Kassim Selamat simpan separuh wang, dan melabur wang yang ada ke tempat yang betul, ajar anak orang kaya main alat muzik ke, atau buat lagu dan jual ke, atau buat lagu nasyid ke, atau tambah skill baru ke, atau apa-apalah, bukannya pergi main kuda, maka cerita Ibu Mertuaku akan tamat awal.

Kami sedang menjual dua buah buku terbaru kami, Mantera Alam Melayu dan juga Genesis. Minat nak tahu mantera silam nenek moyang kita? Bantu kami untuk terus berjuang memberikan ilmu percuma dengan membeli buku terbaru keluaran kami di Shopee kami. 

Berminat? Ayuh kami bukak jualan di Shopee kami.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Hamka keretamayat adalah seorang penulis, penceramah bebas, pembuat tanjak. Sudah tiga belas buah buku pelbagai tajuk di tulis oleh beliau seperti: Kisah Laki Bini, Kerana Dia Anak Syurga, Menangkap Dajjal DiWaktu Dhuha, Permata Yang Hilang Kini Dijumpai, Mengeteh DI Kubur Ayah dan banyak lagi. Untuk kenali Hamka Keretamayat secara lebih dekat, boleh godek godek atau follow link ini: Youtube Channel https://www.youtube.com/user/HamkaMayat. (YouTube) FB Page https://www.facebook.com/keretamayat/ (Facebook Page) IG https://www.instagram.com/hamka_keretamayat/ (Instagram) Blog http://keretamayat.blogspot.com/ (Blog) Telegram https://t.me/keretamayat (Telegram) Terima kasih sudi follow, walau hakikatnya, kereta mayat sedang follow anda semua. Woha!

Comments are closed.