Semasa pemfailan afidavit oleh Pejabat Peguam Negara tentang kes Adib lagi saya dah suarakan hal ini. Ia tidak ada kena-mengena dengan beliau seorang berbangsa bukan Melayu dan bukan Islam.
Ia berkenaan dengan pendirian beliau dalam kes Adib ini yang akan menyukarkan apa saja perjalanan kes selepas ini.
Saya beri contoh semasa afidavit difailkan.
Apa logik difailkan permohonan inkues, yakni sebuah proses ‘fact finding’, tetapi sebelum inkues selesaipun, ORANG YANG SAMA dah failkan afidavit untuk mengatakan apa yang terjadi (dalam kes Adib, dilanggar dan bukan dipukul)?
Saya nak saja kata permohonan inkues ini hanya strategi untuk tidak membenarkan hasil siasatan sampai ke orang awam, tetapi nanti orang kata saya menuduh.
Tapi bagitau saya adakah salah saya berfikir sedemikian jika belum habispun inkues, Peguam Negara telah fail afidavit dan secara jelas menunjukkan beliau berpihak?
Saya bagitau secara jelas apa masalahnya di sini.
Cuba bayangkan jika hari ini, mahkamah koroner, setelah melaksanakan tugas dengan penuh keadilan, kejujuran dan profesional, telah mendapati arwah Adib tidak dibunuh tetapi dilanggar, apa rasa-rasanya pandangan orang awam?
Pastilah mereka akan marah dan mengatakan mahkamah tidak telus.
Kenapa mereka fikir begitu?
Kerana Peguam Negara telah AWAL-AWAL lagi menunjukkan sikap berpihak beliau.
Kan dah jadi satu masalah, memberi persepsi yang buruk kepada sistem Perundangan dan Kehakiman kita? Bukankah ini satu masalah besar jika berlaku ‘trust deficit’ orang awam terhadap Perundangan dan Kehakiman kita?
Nasib baiklah Peguam Negara telah didakwa di atas penghinaan mahkamah (contempt of court). Jika tidak, pasti lagi teruk efeknya.
Sekarang pihak PDRM pula telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menanti arahan daripada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut (saya anggap tindakan lanjut itu adalah sama ada nak mendakwa atau tidak).
Kan satu lagi konflik di situ?
Kuasa untuk mendakwa berada di atas tangan yang sama yang menunjukkan terang-terang beliau berpihak. Kalau itu tak cukup, beliau juga sedang menghadapi dakwaan membuat kacau ganggu dan menghina mahkamah untuk kes yang SAMA.
Peguam Negara wajib turun.




No comments yet