Ungkapan sel-sel otak tidak berhubung sebenarnya sangat tepat untuk menggambarkan golongan pedofil. Saban hari dengan perkembangan komunikasi, masyarakat didapati semakin celik dengan kebarangkalian suatu masalah yang kian meruncing.

Terminologi pedofilia hanya timbul sekitar abad ke-19 oleh pakar psikiatri Vienna bernama Richard von Krafft-Ebing. Menurut pakar ini, tabiat sedemikian yang merupakan sejenis penyimpangan dari segi psikoseksual mempunyai tiga simtom: (1) daripada keturunan, (2) sangat tertarik kepada kanak-kanak dan (3) tidak perlu ada persetubuhan pun, cukup sekadar sentuhan tidak bermoral (Krafft-Ebing, 1922).

Dunia telah terbuka secara meluas sehingga segala perkara berada di hujung jari. Mengambil kesempatan atas realiti ini, para pedofil mempunyai suatu taktik yang sistematik.

Kanak-kanak di seantero dunia mempunyai fizikal, mental dan psikologi yang sama. Keriangan dan kelurusan dalam jiwa membuatkan mereka mudah dimangsakan. Dan tidak susah pun untuk memerangkapkan mereka, sepertimana ditemui pakar-pakar psikologi di Universiti Missouri. Langkah pertama ke arah perangkap mereka ialah akses. Itulah senjata paling ampuh golongan tidak siuman ini. Akses kepada kanak-kanak boleh menjalinkan kepercayaan yang bersalutkan racun. Mereka akan membina hubungan bermanipulatif supaya mangsa berasa selamat.

Langkah seterusnya sangat sesuai disebut dalam bahasa Inggeris. Grooming selalunya merangkumi aktiviti-aktiviti melibatkan katil, sentuhan secara tidak sengaja, menunjuk kandungan pornografi dan akhirnya mencadangkan seks. Dan akhirnya, berlakunya pendekatan yang melibatkan perlaksanaan fizikal itu sendiri. Dengan meluasnya proses komunikasi pada hari ini, perbualan atas talian bersama seorang pedofil dipercayai menjadi seksual hanya dalam masa dua minit sahaja (Kingston University, 2012).

Sel-Sel Otak Tidak Berhubung

Berdasarkan sebuah kajian Pusat Ketagihan dan Kesihatan Mental (CAMH), pedofilia dipercayai berlaku angkara masalah perhubungan dalam otak (CAMH, 2019). Kajian ini menggunakan pengimbas MRI dan teknik menganalisis komputer yang rumit untuk membandingkan sekumpulan pedofil dan penjenayah-penjenayah bukan seksual yang lain. Dan apa yang ditemui sangatlah mengejut. Para ped0fil dilihat mempunyai “jirim putih” yang sangat berkurangan. Jirim ini berfungsi ibaratkan wayar bagi bahagian-bahagian otak yang berbeza.

Penemuan ini bukan satu-satunya untuk menjelaskan betapa bahayanya masalah mental ini. Dalam satu kajian diterbitkan pada bulan September 2007, imbasan otak sekali lagi dijadikan langkah pengenalpastian. Skop kajian ini merangkumi dua kumpulan juga – pesalah-pesalah pedofilia dan orang-orang awam. Kedua-dua pihak ini diberikan gambar-gambar lucah melibatkan dewasa. Imbasan MRI menemui reaksi sepatutnya bagi orang-orang awam. Tetapi hipotalamus golongan p3d0filia pula tidak aktif pun (University of Missouri-Columbia, 2008).

Apabila suatu tarikan telah merosakkan otak sedemikian, tentu sekali akan ada kesan-kesan fizikal bagi pedofil. Satu kajian mencadangkan bahawa mereka mempunyai kecacatan-kecacatan wajah pun. Penemuan ini selaras dengan hipotesis Krafft-Ebing bahawa pedofilia diwarisi secara turun-temurun melalui genetik rosak. Kecacatan sedemikian dipercayai berlaku semasa dalam kandungan lagi. Pengkaji yang mengenalpasti perkara ini tidak sama sekali menormalisasikan amalan pedofilia. Sebaliknya, baginya penemuan ini memudahkan lagi proses penyembuhan oleh kerana wujudnya pemahaman mengenai masalah terbabit.

Antara kecacatan wajah bagi pedofil ialah cuping telinga tidak terpisah, telinga tidak terbentuk elok dan lelangit yang tinggi (bagaikan corong menara). Dicadangkan juga bahawa kebarangkalian perkara ini berlaku oleh kerana pendedahan kepada virus, alkohol, dadah, komplikasi dan kekurangan nutrien dalam kandungan. Juga bermaksud bahawa p3d0filia merupakan suatu sifat dipelajari, mangsa-pemangsa dan juga diwarisi.

RUJUKAN:

Centre for Addiction and Mental Health. (2007, November 29). Pedophilia May Be The Result Of Faulty Brain Wiring. ScienceDaily. Retrieved August 22, 2019 from www.sciencedaily.com/releases/2007/11/071128092109.htm

Elsevier. (2007, September 24). Pedophiles Have Deficits In Brain Activation, Study Suggests. ScienceDaily. Retrieved August 22, 2019 from www.sciencedaily.com/releases/2007/09/070920091209.htm

Kingston University. (2012, April 17). Paedophiles’ online chats become sexualized within two minutes, study shows. ScienceDaily. Retrieved August 21, 2019 from www.sciencedaily.com/releases/2012/04/120417101928.htm

Springer Science+Business Media. (2015, June 10). Pedophiles more likely to have physical irregularities. ScienceDaily. Retrieved August 22, 2019 from www.sciencedaily.com/releases/2015/06/150610093225.htm

University of Missouri-Columbia. (2008, April 21). Communication Tactics Used By Sexual Predators To Entrap Children Explained. ScienceDaily. Retrieved August 22, 2019 from www.sciencedaily.com/releases/2008/04/080417163856.htm

Von Krafft-Ebing, Richard (1922). Psychopathia Sexualis. Translated to English by Francis Joseph Rebman. Medical Art Agency. pp. 552–560.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.