Pada tahun lepas, kami berbesar hati menerima kehadiran dua sarjana tanah air yang tak perlu diperkenalkan lagi, yang sudi berkunjung ke teratak reruai kami.
Dua tokoh dalam gambar ini ialah Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Merican, yang merupakan Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Dr Azmi Ariffin, pensyarah sejarah dari USM yang lantang bersuara apa-apa isu sejarah Malaysia yang semasa.
Tahun ini, kami amatlah beruntung apabila seorang lagi sarjana dunia sejarah dan arkeologi negara, Dr Nasha Roziadi Khaw yang sudi untuk semeja dan seforum dengan penulis-penulis kami seperti Ayman Rashdan Wong, Zamir Mohyedin dan Ahmad Faezal, berbicara soal KEBANGKITAN dan KEJATUHAN TAMADUN.
Kami berharap PBAKL 2023 yang berbaki hanya 1 HARI SAHAJA ini, adalah medan untuk kami menjalinkan hubungan dengan lebih banyak sarjana dari pelbagai latar belakang bidang, dalam usaha kami merakyatkan ilmu untuk masyarakat!
#JejakPatriotsPBAKL2023




No comments yet