“Hi, welcome to Subway!”
Itu antara bait kata yang akan diucapkan oleh pekerja Subway sejurus anda masuk ke dalam kedai mereka. Ia merupakan sebahagian dari Standard Operating Procedure Subway yang perlu kami, pekerja Subway ikuti. Bayangkan kalau waktu itu sedang sesak, dengan ramai pelanggan di kedai, dan tiba-tiba anda masuk ke Subway, maka kami perlu untuk menyapa anda meskipun kami sedang melayan pelanggan lain.
Selalu sebenarnya aku jumpa orang yang baru kali pertama makan Subway. Bila pertama kali masuk Subway, kau perlu buang semua memori kau berkenaan makanan segera, kerana Subway, tidak seperti rangkaian makanan segera lain seperti Mc Donald atau KFC, kita sebagai pengguna akan terlibat secara terus dengan penyediaan makanan kita sendiri, dari proses pemilihan roti, menu, sayur sehinggalah ke air minuman.
Sejarah Ringkas Subway
Subway merupakan francais makanan segera Amerika paling banyak di dunia, dengan anggaran 45 000 buah restoran di hampir 100 negara. Diceritakan bahawa pada tahun 1965, pengasas Subway, Fred DeLuca telah meminjam lebih kurang USD $1 000 daripada kawannya Peter Buck untuk memulakan “Pete’s Super Submarines”, sebuah kedai menjual sandwich. Mereka memanggil permuafakatan mereka sebagai Doctor’s Associated sebab DeLuca ni budak medik, dan Buck ada PhD dalam bidang fizik (sorang doktor medik, sorang lagi doktor falsafah).
Kebanyakan orang Malaysia yang singgah ke Subway selalunya ingin lari dari makanan segera yang biasa kita jumpa. Burger, ayam goreng dan pizza, selalunya itu adalah pilihan utama kita. Justeru rangkaian makanan segera berasaskan sandwich ini boleh dilihat sebagai satu alternetif baru yang lebih sihat dalam kalangan makanan segera yang lain. Ini juga pilihan utama bagi orang yang nak berdiet, sebab Subway menyediakan Salad sebagai ganti kepada roti sandwich.
Dalam tulisan ini, aku akan cuba mengajar kalian cara untuk memesan Subway dengan betul (supaya tak awkward sangat waktu first time order).
Roti Subway
Perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah pada roti Subway. Saiz roti Subway ni ada 2. Satu adalah 6 inch (separuh) dan satu lagi adalah footlong. Boleh cuba tanya Sandwich Artist tu roti footlong besar mana. Harga kedua-dua saiz ni berbeza, yang kecil lebih murah, dan yang panjang lebih mahal.
Roti Subway ada 2 jenis, iaitu white bread dan wholemeal bread. Kalau perasan roti Gardenia pun ada 2 jenis, roti putih (yang plastik warna merah tu) dan roti wholemeal Gardenia selalunya yang plastik warna hijau. Jadi kalau nak rasa nak roti putih, ada 3 pilihan topping, dan kalau nak rasa roti wholemeal, ada 2 pilihan topping.
Italian bread – Italian bread ni adalah roti putih tanpa topping. So kalau nak roti yang jenis simple dan gebu, boleh la ambil roti ni.
Parmesan Oregano – Roti ni adalah roti putih, dengan topping Parmesan. Roti ni ok la kalau nak ada rasa gigit-gigit sikit kat atas roti tu.
Hearty Italian – Roti ini adalah roti italian, tapi topping dia lain sikit. Roti ni ada rasa crunchy dan keras sikit antara semua roti Subway.
Wheat – Wheat adalah roti wholemeal tanpa topping. Roti wholemeal ni selalunya bagus untuk pencernaan (tapi tak pasti kenapa).
Honey Oat – Ini juga adalah roti wholemeal, dan dia ada letak topping oat atas dia.
Selain roti, kalau kalian nak rasa Subway dalam bentuk Tortilla Wrap atau tanpa roti (Salad style) pun boleh jugak. Tanya je adik yang buat Sandwich tu.
Tips: Roti kegemaran aku Parmesan Oregano, tapi tak kisah pun, sebab roti selalunya tak mempengaruhi rasa sandwich. Yang selalu akan memberi kesan pada rasa sandwich adalah sos dan menu yang dipilih. Cuma kalau nak rasa roti yang lembut dan roti yang keras, kena tahu la bezanya.
Menu
Perlu diakui bahawa salah satu sebab kenapa orang tak minat datang Subway adalah sebab harga Subway yang mahal. Untuk satu sandwich Subway, kita memerlukan purata dalam RM 10. Kalau dibandingkan dengan offer dari francais lain seperti KFC dan McD, kau selalunya boleh dapat satu meal yang terdiri dari burger/ayam goreng dengan side dish dan air. Dulu ada Sub of The Day, tapi rasanya lepas GST dan nilai ringgit jatuh, dah jadi rugi bila buat Sub of The Day dan Subway Malaysia tarik semula promosi Sub of The Day dari pasaran.
Di akhir tulisan ni aku akan share sikit tips untuk buat belian Subway kita lebih berbaloi.
Menu bagi sandwich Subway ni dibahagikan kepada 3, berdasarkan kepada harga mereka. Jadi aku akan jelaskan satu persatu menu ni berdasarkan pandangan peribadi aku sendiri.
Classic
Seafood Sensation – Subway Seafood Sensation ni ada rasa ketam sikit. Kalau kalian pernah rasa ketam yang cucuk-cucuk tu, ha dah hampirlah tu rasa ketam tu dengan rasa Seafood Sensation ni. Cuma sebab aku tak minat ketam, jadi sandwich ni bukanlah sandwich kegemaran aku. Selalu sangat orang salah sangka cakap Seafood ni macam Coleslaw KFC.
Steak and Cheese – Aku merupakan peminat daging, dan ini merupakan salah satu sandwich kegemaran aku. Steak and cheese ni ada rasa daging cincang yang diperap sekali dengan bahan perapan dia, jadi rasa dia ada macam pekat sikit. Ditambah dengan salt dan pepper, fuhhh sedap. Selalu aku jumpa customer yang diet, dia ambil daging steak and cheese ni sebagai sumber protein utama, dengan sayur dan tanpa sos.
Chicken Teriyaki – Sandwich ni mungkin sesuai untuk orang yang minat makanan Jepun. Teriyaki ni adalah dari daging ayam dan ada rasa manis, maka kalau kau orang nak try makan teriyaki ni, boleh mintak tambahan sos Sweet Onion nanti.
Meatball Marinara – Aum! Meatball Marinara ni daging meatball dia biasa je rasa dia, tapi sos marinara dia sedap kalau makan waktu panas-panas. Sos marinara ala-ala kuah spaghetti tu, kalau nak mintak lebih sikit, boleh try mintak dekat sandwich artist yang prepare meal korang. Cuma satu lah. Kalau order sandwich ni, payah sikit nak masuk mulut sebab bebola daging dia sebiji-sebiji.
Spicy Italian – Spicy Italian, sepertimana nama dia, ada rasa pedas dan masin sikit. Kau juga akan dapat 8 keping daging lembu pepperoni dan salami. Nak tambah rasa dia, aku suggestkan sos yang pedas-pedas macam chipotle southwest, sos BBQ dan sos cili.
Veggie Delite – Ah, menu untuk vegetarian. Simply roti kosong tanpa isi daging (cuma ada sayur), khusus untuk mereka yg tak makan daging atau sedang diet teruk.
Favorites
Tuna – Ini adalah makna kepada perkataan makanan lemak berkrim. Tuna Subway ni selalunya ada dalam keadaan yang agak creamy, dan kalau kau tak biasa makan tuna, ada kemungkinan besar kau akan rasa muak makan Tuna ni. Tapi kalau kau suka rasa dia, Tuna. Tips makan Tuna ni, jangan mintak Mayonnis banyak sangat.
Chicken Slice – Kalau KFC ada ayam goreng, McD ada Big Mac sebagai satu signature dish untuk francais mereka, Chicken Slice ni adalah signature dish untuk Subway. Dulu Chicken Slice ni murah, tapi semenjak harga barang naik ni, dah tak untung jual chicken slice ni pada harga yang lama.
Turkey Breast – Ni merupakan satu alternatif kepada chicken slice, iaitu daging ayam belanda. Untuk Turkey Breast, rasa dia selalunya masin sikit dan lain sikit dari chicken slice. Beza paling ketara dia dekat kalori rasanya, sebab ayam belanda ni lagi sikit kalori dari ayam biasa.
Turkey Breast and Chicken Slice – Jadi kalau kau tak tahu nak pilih mana satu, campur sahaja dan pilihlah turkey breast and chicken slice. Ada rasa ayam belanda beserta ayam sebenar.
Roast Beef – Ini menu untuk penggemar daging. Untuk menu ni, kau akan dapat hirisan daging, lebih kurang sama dengan hirisan chicken slice tu tadi. Disebabkan aku suka daging, maka aku selalu makan sandwich roast beef ni. Sos yang aku recommend adalah BBQ , chilli, ketchup mayonnaise dan honey mustard (kalau nak rasa manis).
Chicken Tandoori – “Tak boleh lupa, itu Subway Chicken Tandori.” Subway Malaysia siap buat lagu lagi untuk iklan sandwich ni. Chicken Tandoori ni ada rasa mcm Tandoori biasa, masam dan berempah sikit.
Roasted Chicken – “Rasa dia macam nugget.” Aku amat setuju dengan statement kawan aku ni. Roasted chicken mempunyai rasa nugget versi besar yang kau boleh selitkan masuk ke dalam seketul sandwich. Sandwich ayam kegemaran aku, dengan sos cili, mayonnaise dan thousand island.
BBQ chicken – Menu baru dari Subway bermula dari tahun lepas, BBQ chicken ni ada rasa sos BBQ (obviously). Rasa dia boleh tahan la, cuma kena tau pilih sos yang boleh lawan rasa BBQ tu.
Signature
Ada tiga menu signature dekat Subway, iaitu Subway Club, Subway Melt dan Italian BMT. Ketiga-tiga menu ni mahal sikit, sebab daging dia bercampur. Daging yang dicampur selalunya adalah daging ayam, daging lembu dan daging ayam belanda.
Italian BMT – Ingat tak Spicy Italian tadi? Italian BMT merupakan adik beradik kepada Spicy Italian. Dalam sandwich ni ada gabungan salami, pepperoni dan chicken slice. Rasa dia ada pedas masin sikit.
Subway Club – Gabungan antara chicken slice, roast beef dengan turkey breast, rasa dia ada campur-campur sikit. Selalu bila aku makan menu ni, rasa yang dominant adalah rasa roast beef (sebab minat pada daging).
Subway Melt – Gabungan antara chicken slice, turkey breast dan beef strip. Untuk menu ni, kau akan dapat rasa turkey breast chicken slice yang biasa, ditambah dengan rasa beef strip dia. Jangan risau, kalau dekat luar negara Subway guna bacon, tapi untuk penggunaan di Malaysia Subway guna daging lembu sahaja untuk menjaga taraf halal mereka.
Menu Breakfast
Kalau kau rasa macam subway ni mahal, dan bajet kau bawah RM 10, aku galakkan kau cuba menu breakfast subway. Menu breakfast Subway bermula dari pukul 8 sampai pukul 11 pagi, jadi cuma ada masa dalam 3 jam untuk makan. Harga menu breakfast pun murah, dalam anggaran RM 7 ke RM 8 sahaja untuk 6 inch. Kau juga boleh pilih untuk tambah coffee dengan kadar RM 1 sahaja.
Egg and Cheese – Menu sandwich sayur dengan telur. Kalau kau jenis vegetarian yang boleh makan telur, boleh lah cuba sandwich ni.
Chicken Slice, Egg and Cheese – Ada chicken slice dan telur dalam sandwich ni.
Beef Strip, Egg and Cheese – Sandwich ni ada daging dan telur. Aum.
Tuna, Egg and Cheese – Kau ingat aku cakap tuna ni rasa dia lemak-lemak sikit? Bila kau makan sekali dengan telur, lemak dia tu macam masuk dengan telur tu. Ni antara menu yang terkenal dalam kalangan pelanggan pagi yang aku selalu jumpa.
Sayur
Lepas pilih menu, Sandwich Artist akan bakar roti dan menu kau bersama. Lepas siap dibakar, kau boleh pilih sayur yang ada. Sayur ni boleh ikut pilihan sendiri lah.
Lettuce – Awal kerja di Subway, aku selalu keliru lettuce dengan kobis. Aku ingat dia adalah sayur yang sama, tapi rupanya bukan.
Tomato – Tomato adalah buah, bukan sayur. Tomato kaya dengan vitamin C, Potassium, vitamin K1 dan vitamin B (bagus untuk ibu mengandung).
Timun – Timun selalunya buat Sandwich rasa fresh. Kaya dengan antioksidan, bagus untuk kesihatan.
Bell Pepper – Rasa dia tak sedap, tapi sebab banyak khasiat dan kaya dengan vitamin C, aku selalu letak sekali dalam Sandwich aku.
Bawang – Bawang, walaupun tak sedap dimakan mentah, bagus untuk menjaga kesihatan jantung.
Black Olives – Selalu sangat aku jumpa pelanggan yang ingat zaitun (Black Olives) ni sebagai cendawan, sebab bentuk dia hampir sama. Zaitun macam kita tahu, bagus untuk jantung.
Jalapenos – Jalapenos ni kita kenali sebagai cili jeruk. Tak pasti apa khasiat dia. Tapi kalau tambah dalam sandwich, akan bagi kita rasa masam pedas.
Pickles – Pickle atau jeruk timun ni akan buat sandwich kita jadi masam.
Tips – Waktu sedang order, mohon sebut nama sayur yang kalian nak. Jangan tunjuk “nak sayur tu, nak sayur ni”. Kadang-kadang kami pun tak tau awak tunjuk ke mana, jadi untuk memudahkan urusan, sebut je nak sayur apa.
Sos
Ada 11 jenis sos dekat Subway. Aku mohon jangan order dan mintak banyak sangat. Tak sedap kalau kau letak sos banyak sangat dalam sandwich.
Cili – Sos cili ni kegemaran rakyat Malaysia rasanya. Tak perlu diperkenalkan.
Ketchup – Sos tomato ni rasa masam-masam sikit. Sesuai untuk meatball marinara dan kalau kau nak rasa masam dalam sandwich kau.
Mayonnaise – Sos mayonnaise Subway ni tak ada rasa manis. Dia ada rasa lemak sahaja. Jadi jarang orang datang dan pilih sos mayo sahaja. Selalunya orang akan pilih sos mayo sebagai tambahan kepada sos yang lain.
Thousand Island – Sos ni berlemak, dan manis. Warna oren dia tu menggiurkan.
Sweet Onion Sauce – Sos ni rasa dia manis! Sesuai kalau nak rasa manis-manis dalam sandwich.
Honey Mustard – Kalau sweet onion tu manis, sos honey mustard ni rasa manis dan ada rasa berlemak.
BBQ sauce – Sos BBQ Subway agak pekat bagi aku. Rasa dia ada macam rasa benda terbakar. Eh?
Chipotle Southwest – Sos pedas ni takde rasa manis langsung. Dia straight to the point pedas dan masin. Takde rasa gula.
Ranch Dressing – Kalau kau rasa macam nak makan salad, ranch dressing ni sesuai untuk ganti Mayonnaise sebab dia ada rasa lemak dan masam pada masa yang sama.
Mustard – Pertama kali aku nak try rasa Yellow Mustard ni, mati-mati aku ingat yellow mustard ni rasa ala-ala cheesy sauce KFC. Ternyata aku tertipuuuu. Yellow Mustard ni rasa masam dan rasa kunyit!
Selain sos, di Subway juga ada minyak zaitun (olive oil), garam dan lada sulah (salt and pepper).
Cookies!
Pertama kali aku kerja di Subway, biskut Subway adalah benda pertama yang menggoda selera aku. Bau biskut yang baru siap dibakar… fuh. Lapar.
Kalau rasa macam nak campurkan daging, boleh juga. Boleh minta campur daging ayam campur tuna atau apa-apa kombinasi, Cuma harganya akan bertambah lah.
Double cheese kalau kau suka cheese lebih. Bayar pun lebih.
Kalau nak roti tu dibakar lama sikit, boleh cakap dengan sandwich artist tu nak “double toast”.
Sayur boleh kalau nak minta lebih tanpa cas tambahan. Cuma kalau dah bagitau dekat Sandwich Artist tu nak sayur lebih dan dia dah bagi lebih sikit, kira cukuplah tu. Selalunya pelanggan jenis cerewat nak sayur banyak ni akan menyusahkan kami untuk membalut sandwich kalian nanti.
Sos Subway boleh nak pilih banyak, tapi aku sarankan pilih tiga sahaja. Kalau campur banyak-banyak nanti caca marba rasa dia.
Akan ada beberapa kali dalam setahun di mana Subway akan buat beli satu sandwich percuma satu sandwich. Boleh semak dekat website Subway Malaysia bila tarikh rasminya.
Subway Malaysia kebanyakannya memiliki sijil Halal yang diperakui Jakim. Salah satu Subway tempat aku bekerja dulu adalah milik bumiputra (dekat kawasan Pasir Gudang), jadi bos aku dulu amat menitik beratkan sijil Halal ni. Ramai pelanggan dari Singapura akan turun ke Johor pada hari minggu untuk mendapatkan Subway, sebab status Subway Singapura kebanyakannya masih meragukan. Boleh tanya terus dengan Subway tersebut untuk status Halal mereka.
Ni video sampingan kalau nak tahu pengalaman di Subway.
https://www.youtube.com/watch?v=M_ThtCRAySw
P.S: Kesemua ulasan terhadap terhadap rasa Subway dan sos ini adalah berdasarkan pemerhatian penulis sendiri.
Rujukan:
Pengalaman Penulis
Khasiat sayur – https://www.healthyeating.org/
Sejarah Subway – https://www.subway.com/en-us/aboutus/timeline
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih