Ini ialah beberapa pandangan daripada beberapa tokoh non-Muslim daripada Timur dan Barat.
Sepanjang pengetahuan kami, tiada satu pun diantara mereka yang memeluk Islam. Maka, setiap daripada quote di bawah ialah pandangan peribadi mereka terhadap beberapa aspek kehidupan Rasulullah SAW.
———-
1. William Montgomery Watt (1909- ) Professor (Emeritus) of Arabic and Islamic Studies at the University of Edinburgh.
“Kesediaan Muhammad untuk melalui ujian dan penganiyaan terhadap keyakinan baginda (terhadap Islam), kepercayaan yang diberikan oleh pengikut baginda yang tinggi nilai moralnya dan mereka memandang kepada baginda sebagai pemimpin, dan ini merupakan kejayaan terbesar baginda dalam membuktikan asas integriti dalam membawa Islam.
Untuk menganggap Muhammad ialah seorang pendusta hanya akan membangkitakan lebih banyak soalan dari menyelesaikannya. Tiada pemimpin lain yang paling teruk diputar-belitkan sejarahnya oleh Barat selain baginda.”
[Mohammad At Mecca, Oxford, 1953, p. 52]
———-
2. Alphonse de Lamartine (1790-1869) French poet and statesman.
“Ahli falsafah, pemidato, Rasul, penggubal undang-undang, pejuang, penakluk kepada idea, pemulih kepada dogma rasional, sebuah simbol tanpa imej; perintis dan pengasas kepada 20 empayar, yang digabungkan di bawah satu ‘spiritual’ empayar, dan itulah Muhammad. Dengan mengambilkira semua aspek dan kayu ukur untuk seorang manusia yang hebat, bolehlah kita bertanyakan, adakah manusia yang lebih hebat selain dia?”
[Translated from Histoire De La Turquie, Paris, 1854, vol. II, pp. 276-277]
———-
3. Reverend Bosworth Smith (1794-1884) Late Fellow of Trinity College, Oxford.
“Baginda ialah Caesar dan Pope di dalam satu jasad; tetapi baginda ialah Pope tanpa kepura-puraannya, dan Caesar tanpa tentera-tenteranya. Tanpa tentera tersendiri, tanpa pengawal, tanpa istana, tanpa sumber kewangan yang hebat, jikalau ada manusia yang mengatakan dia membawa perintah Tuhan, orang itu ialah Muhammad; kerana baginda mempunyai seluruh kekuasaan seorang Rasul dan Pemerintah tetapi tanpa infrastruktur dan sokongan seperti yang diperlukan manusia lain.”
[Mohammed and Mohammedanism, London, 1874, p. 235]
———-
4. Mohandas Karamchand Gandhi (1869-1948) Indian thinker, statesman, and nationalist leader.
“…saya menjadi lebih yakin bahawa bukan dengan pedang Islam itu tertegak pada zaman Muhammad. Ia tertegak kerana kemudahan mengamalkan Islam, dengan penghapusan ideologi individualistik oleh Muhammad, dengan ketelitian terhadap semua dakwahnya, kasih sayang terhadap umatnya, keberanian baginda, keyakinan baginda kepada Tuhan dan misi yang diserahkan kepadanya. Semua ini bukanlah datangnya dari mata pedang seperti yang dipercayai semua.”
[Young India (periodical), 1928, Volume X]
———-
5. Edward Gibbon (1737-1794) Considered the greatest British historian of his time.
“Kejayaan terbesar Muhammad ialah keberjayaan baginda mengubah dan menyentuh kehidupan orang lain, hanya menerusi contoh yang bak, dan bukannya melalui mata pedang.”
[History Of The Saracen Empire, London, 1870]
———-
6. John William Draper (1811-1882) American scientist, philosopher, and historian.
“4 tahun selepas kematian Justinian (A.D. 569), di Mekah, lahirlah seorang lelaki berbangsa Arab, yang menjadi lelaki terhebat dalam semua sejarah bagaimana dia mempengaruhi umat manusia…. Dan orang itu ialah Muhammad.”
[A History of the Intellectual Development of Europe, London, 1875, vol.1, pp. 329-330]
———-
7. David George Hogarth (1862-1927) English archaeologist, author, and keeper of the Ashmolean Museum, Oxford.
“Penting atau remeh, akhlak baginda masih menjadi ikutan dan panduan berjuta umat manusia sehingga hari ini. Tiada manusia lain yang dijadikan ikutan dan panduan sebagai Manusia Sempurna selain dari Muhammad. Pengasas Kristianiti pun tidak pernah menjadi contoh kepada pengikutnya dan tiada satu pun pengasas agama lain yang boleh mencapai kemuliaan seperti Rasul umat Islam ini.”
[Arabia, Oxford, 1922, p. 52]
———-
8. Washington Irving (1783-1859) Well-known as the first American man of letters”.
“Baginda sentiasa mengawal pemakanannya, dan sangat mementingkan sawm (puasa). Baginda tidak bermegahan dengan pakaian, salah satu petunjuk kepada minda yang lemah; dan tidak pula baginda berpakaian compang-camping, tetapi bukti kukuh kepada pemikiran baginda yang tidak melihat kepada perkara remeh. Dalam kehidupan sehariannya, baginda berlaku adil. Baginda melayan sahabat dan orang asing, yang kaya dan yang miskin, yang berkuasa dan rakyat biasa dengan saksama, dan baginda dicintai oleh orang kebanyakkan, di mana baginda sentiasa menerima mereka dan mendengar keluhan.
Kejayaan dalam perang tidak pernah menunjukkan sifat penjajah atau kepentingan peribadi. Dalam kegemilangan baginda sebagai pemerintah, baginda masih mengekalkan kepimpinan yang berteraskan budi bahasa dan masih mengekalkan dirinya seperti dahulu. Walaupun baginda dibenci dan dikutuk, setiap kali baginda bertemu musuh, ketundukkan dan kehormatan itu pasti ada untuknya.”
[Life of Mahomet, London, 1889, pp. 192-3, 199]
———-
9. Annie Besant (1847-1933) British theosophist and nationalist leader in India. President of the Indian National Congress in 1917.
“Sangat mustahil untuk sesiapa yang mengkaji kehidupan dan keperibadian Putera Arab ini, yang tahu bagaimana baginda mengajar dan bagaimana baginda menjalani kehidupannya, untuk merasa tidak kagum dan hormat terhadap Nabi yang hebat ini, salah seorang Rasul dari Tuhan. Dan walau apapun yang saya ceritakan kepada anda hari ini tentang kehebatan dan pelajaran dari Muhammad, saya akan sentiasa jumpa kehebatan dan pelajaran baru daripada baginda jikalau saya kaji semula, seorang guru yang hebat dari Arab.”
[The Life And Teachings Of Muhammad, Madras, 1932, p. 4]
———-
10. Edward Gibbon (1737-1794) Considered the greatest British historian of his time.
“Ingatan baginda sangat meluas dan kuta, akal baginda sangat mudah dihadam dan mudah diterima, imej baginda tiada galang-gantinya, keputusan baginda sangat jelas, cepat dan muktamad. Baginda memiliki keberanian dari segi pemikiran dan tingkah laku.”
[History of the Decline and Fall of the Roman Empire, London, 1838, vol.5, p.335]
———–
Berikut merupakan 10 pandangan daripada tokoh-tokoh ternama dan penting di dalam sejarah tentang Rasulullah s.a.w. Baginda menjadi contoh terbaik di pandangan mereka.
Bagaimana dengan kita?
Adakah sekadar menjadi idola atau panduan dan contoh? .
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih