Tun Abdullah semasa tempoh pendeknya mentadbir negara, nampak akan kepentingan sektor pertanian, dan sentiasa mahukan memastikan sumber makanan negara dalam keadaan selamat dan baik.
Bagi mencapai tahap “food security” negara yang memuaskan, Tun Abdullah memperkenalkan Pelan Induk Industri Halal, Fidlot Kebangsaan dan melancarkan beberapa siri Projek Agropolitan di luar bandar malah turut membuat penstrukturan semula Bank Pertanian menjadi Agro Bank, supaya pembiayaan kepada para peladang dan petani lebih dipermudahkan dan bersifat lebih komprehensif.
Tun Abdullah juga bertanggungjawab memperkenal dan menitikberatkan semula Program Buku Hijau Negara (diasaskan oleh Tun Abdul Razak) dengan nama Program Bumi Hijau, khusus memastikan bekalan makanan negara terjamin, “self sustain” dan tidak terlalu bergantung kepada sumber import.
Bukan itu sahaja, beliau melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sentiasa menyokong inisiatif bagi memastikan bekalan makanan negara terjamin, malah turut mengesyorkan supaya baja, dedak, perkakasan dan mesin-mesin berkaitan penghasilan produk pertanian, ternakan dan makanan negara turut dihasilkan oleh industri tempatan.
Jika ada yang masih ingat, Tun Abdullah yang memperkenalkan motto ‘Pertanian Adalah Perniagaan’ ketika tempoh khidmatnya.
Kesannya, dalam tempoh singkat pentadbiran beliau, kesungguhan Tun Abdullah memacu kerajaan merealisasikan usaha tersebut membuahkan hasil. Ia dibuktikan dengan pencapaian sektor pertanian menerusi eksport bahan makanan yang mencatatkan pertumbuhan purata 13% setahun bagi tempoh 2003 hingga pertengahan 2009. Kedaulatan makanan negara memiliki lebihan dan memiliki kualiti eksport, menunjukkan keselamatan makanan negara yang lebih terjamin, paling baik selepas sekian lama.
Tun Abdullah sedar peralihan tumpuan aktiviti ekonomi Malaysia yang beralih dari pertanian kepada perindustrian dan teknologi sebelumnya memberi tekanan kepada kedaulatan makanan negara.
Jelaslah, bahawa selain Tun Abdullah, Bapa Pembangunan Modal Insan, beliau juga adalah Bapa Industri Pertanian dan Keselamatan Makanan Negara.
Tempoh singkat Tun di Putrajaya sebenarnya telah menghasilkan impak yang amat besar dan menyeluruh kepada penjenamaan industri pertanian negara. Demi modal insan yang lebih terjamin sumber makanannya, membangun dan memajukan negara.
Dua hari lepas, ulangtahun kelahiran Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang ke-81. Terima kasih Tun, atas segala jasa dan khidmat bakti Tun semasa berkhidmat sebagai Perdana Menteri kami.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih