Covid-19 menjejaskan banyak sektor perniagaan termasuklah “Pachinko”. Pachinko (パチンコ) ialah sejenis permainan mekanikal yang berasal dari Jepun yang digunakan sebagai satu bentuk permainan arcade namun ia sebenarnya ia dikira sebagai salah satu bentuk perjudian yang lebih kurang sama dengan mesin slot dalam perjudian di Barat.

Mesin Bagatelle menjadi ispirasi penciptaan Pachinko

Ia sebagai satu bentuk perjudian taruhan rendah dan strategi rendah. Perjudian untuk wang tunai adalah menyalahi undang-undang di Jepun. Walaubagaimanapun, mereka mempunyai strategi lain untuk mengatasi undang-undang tersebut.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

SEJARAH PERMULAAN PACHINKO

Mesin Pachinko mula dibina pada tahun 1920-an sebagai mainan kanak-kanak yang dipanggil “permainan Corinth” (コリントゲーム, korinto gēmu), berdasarkan dan dinamakan sempena Corinthian Bagatelle yang berasal dari Amerika Syarikat. Akhirnya ia menjadi hobi bagi orang dewasa di Nagoya pada 1930an sebelum ia tersebar di tempat lain.

Mesin Panchinko era sebelum  perang dunia kedua

Namun begitu, Pachinko ini diberhentikan semasa perang dunia kedua sebelum ia muncul semula lewat 1940an. Ia menjadi lebih popular apabila keluarnya iklan komersial pertama mengenai Pachinko yang dibuka di Nagoya pada tahun 1948. Mesin Pachinko dibina dari bahan seperti kayu namun seiring dengan peredaran zaman, mesin tersebut lebih moden dan canggih.

Mesin Pachinko 1970an

Untuk bermain Pachinko, pemain perlu menukarkan wang kepada sejumlah bola logam. Satu bola logam berharga 1 hingga 4 yen (anggaran RM 0.15). Kemudian mereka memasukkan bola tersebut kedalam mesin tersebut. Mesin pachinko yang lebih lama menggunakan tuil yang ada spring untuk menembak bola secara satu persatu, kemudian terdapat satu tombol yang akan mengawal pergerakan bola tersebut.

Pachinko zaman moden.      

Bola tersebut jatuh secara menegak melalui beberapa halangan sehingga mereka memasuki sasaran yang menjadi target utama pemain. Jadi tombol tersebut memainkan peranan penting dalam pergerakan bola tersebut. Pemain mempunyai peluang untuk mendapatkan lebih banyak bola jika bola tersebut masuk ke sasaran. Lebih banyak bola anda dapat, lebih lama permain boleh bermain.

Bola logam yang digunakan didalam mesin Pachinko

GANJARAN

Bola tersebut juga boleh ditukarkan kepada hadiah (景品 keihin). Lebih banyak bola yang anda dapat, lebih banyak hadiah atau lebih mahal hadiah yang anda boleh tukar. Terdapat juga “hadiah istimewa” (特殊景品 – tokushu keihin) yang kebiasaanya merupakan emas bersaiz kecil yang boleh dijual secara tunai. Mereka juga ada menyediakan kedai yang berasingan untuk tujuan menukarkan hadiah tersebut kepada wang tunai.

Jemput beli buku imprint Fiksyen The Patriots di http://bit.ly/PraTempah

Selain hadiah istimewa, hadiah berupa barang harian seperti makanan, barangan kelengkapan rumah dan juga barang seperti rokok. Di bawah undang-undang Jepun, wang tunai tidak boleh dibayar terus untuk bola pachinko. Melalui cara menukarkan bola dengan hadiah, ia menjadikan Pachinko kekal menjadi “legal”. Namun kawalan ketat juga diberikan oleh pihak polis Jepun bagi mengelakkan kongsi gelap seperti Yakuza menggunakan Pachinko sebagai cara untuk “mencuci duit” hasil dari kegiatan haram

Kedai untuk menukarkan bola Pachinko kepada hadiah atau makanan

Artikel oleh Afiq Jeff untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Leave A Reply