Bagi Uthmaniyyah, pewarisan takhta adalah suatu perkara yang sangat penting dalam kerajaan Uthmaniyyah ini. Dengan adanya pewaris takhta ini, segala dasar dalam kerajaan dapat dilaksanakan tanpa ada halangan dan perebutan kuasa dari kuasa adik beradik diraja.
Situasi sebegini sebenarnya pernah berlaku dalam sejarah panjang Uthmaniyyah. Peristiwa ini dikenali sebagai “Ottoman Interregnum Era.” Peristiwa ini telah menggoncangkan kerajaan Uthmaniyyah selama sedekad lamanya.
Peristiwa ini berlaku akibat daripada Sultan Bayezid Yildrim telah ditawan oleh Timurlenk dan mangkat dalam penahanannya. Takhta Uthmaniyyah kemudiannya terbiar kepada empat orang anakandanya, Suleiman, Isa dan Mehmed.
Ketiga tiga anakanda Sultan ini bertempur antara satu sama lain dan akhirnya empayar Uthmaniyyah yang dibina oleh ayahandanya mulai terlerai satu demi satu. Mehmed telah berjaya merampas takhta kembali dan bergelar Mehmed I.
Pada ketika inilah Sultan Mehmed I menyedari akan pentingnya kestabilan kuasa dan pentadbiran tanpa ada campur tangan mana mana kuasa adik beradik Sultan.
Justeru, suatu dekrit telah dikeluarkan iaitu mana mana adik beradik sultan yang berpotensi untuk menentang kerajaan akan dijatuhi hukuman bunuh serta merta. Sekaligus, menjadikan kedudukan adik beradik dalam sebuah keluarga sultan merupakan nasib yang paling malang bagi sesiapa yang hidup didalamnya.




No comments yet