Baru-baru ini, sekumpulan ahli arkeologi mesir telah digemparkan dengan penemuan besar-besaran terhadap pelbagai koleksi sacrophagus dan patung-patung kecil yang berusia hampir 2500 tahun! Kesemua tinggalan sejarah purba tersebut telah ditemui di salah satu tapak Warisan Dunia UNESCO, di Saqqara, Giza.
Untuk pengetahuan pembaca, kawasan penemuan barangan purba ini agak jauh dari kawasan terletaknya Piramid Giza-hampir 10 batu juga jaraknya. Barangan tersebut tertanam secara bertebaran di bawah tapak bersejarah tersebut yang berada di bahagian selatan Cairo.
Setakat ini, baru 59 buah keranda yang telah ditemui tetapi sebanyak 40 buah keranda sahaja yang dipamerkan kepada pihak media untuk tatapan umum. Kajian awal mendapati, kebanyakan keranda yang ditemui merupakan kepunyaan individu penting pada zaman mesir purba.
Antaranya, golongan elit, individu yang berkedudukan dan para paderi. Terdapat kemungkinan juga, bahawa kesemua mumia tersebut telah menjalani upacara pengebumian Mesir kuno, termasuklah memisahkan otak daripada badan mereka melalui lubang hidung dengan menggunakan cangkuk besi!
Menariknya penemuan kali ini, hampir kesemua keranda yang ditemui, masih terdapat mumia didalamnya. Rata-rata mumia yang ditemui, masih cantik terbungkus rapi seperti baru dikafankan. Tambahan, warna asal yang mewarnai bahagian luar keranda masih lagi pekat dan jelas kelihatan warnanya seakan-akan tidak dimamah usia!
“Maka hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia, lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami”.
(Surah Yunus,10:92)
RUJUKAN:
2,500-year-old intact and sealed coffins are discovered in Giza, Egypt. Retrieved October 24, 2020, from https://www.google.com/amp/s/www.dailymail.co.uk/news/article-8801225/amp/2-500-year-old-intact-sealed-coffins-discovered-Giza-Egypt.html
Ancient Egyptian tomb opened for first time in 2500 years https://youtu.be/qIF3qLk-iZc
Shams, U. (2019, August 14). Pengkaji mumia Firaun peluk Islam bukti kehebatan al-Quran namun umat akhir zaman menjauhinya – Ad-din. Retrieved October 24, 2020, from https://www.mstar.com.my/xpose/addin/2019/08/14/alquran
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih