Dalam sebuah kajian terbaru, sekumpulan saintis telah menemui tisu otak manusia yang menjadi kaca di tapak Herculaneum. Tragedi letupan Vesuvius pada tahun 79 Masihi sebelum ini telah diketahui mer4gut banyak ny4wa penduduk Pompeii dan analisis baru ini memberi sedikit pandangan mendalam tentang kejadian berkenaan. Gambar adalah hak milik Petrone et al.
Menurut penyelidik berkenaan, proses penukaran sifat tisu menjadi kaca boleh diterangkan melalui proses haba yang berlaku terhadap m4ngsa. M4ngsa yang dianggarkan berumur 25 tahun itu ditemui tert4nam dalam abu gunung berapi.
Penyelidik berkenaan, Dr. Petrone berpendapat proses penghasilan otak kaca ini sama dengan proses penghasilan kaca pasir. Pasir akan dipanaskan pada suhu yang sangat tinggi (1050 – 1200 C), melalui penyejukan mendadak dan menjadi bahan bernama pepejal amorfous. Proses ini dikenali sebagai vitrifikasi
Berbalik kepada mangsa, sekurang kurangnya itulah apa yang berlaku kepadanya. Tisu dan lemak mangsa telah meresap haba yang sangat tinggi hingga ia mengewap. Kemudian, tisu berkenaan telah melalui penyejukan mendadak dan akhirnya menjadi pepejal amorfous dan seterusnya, tisu kaca. Sebagaimana pasir kaca, tisu ini juga mengalami vitrifikasi.
Kajian ini selari dengan kajian yang telah dibuat oleh mereka sebelum ini di tapak yang sama. M4ngsa-m4ngsa di Herculaneum telah ditemui dalam keadaan tisu dan cecair badan terwap akibat suhu yang sangat tinggi.
Ada juga cebisan otak manusia yang ditemui mengalami proses sapofinikasi, penukaran tisu kepada produk bersabun. Serpihan kayu terbakar yang ditemui di situ juga memberi maksud lokasi tersebut sememangnya sangat panas dan barangkali telah mencapai suhu setinggi 520 C. Suhu ini cukup untuk menvkar tisu badan manusia menjadi kaca.
Dalam kajian lain, ada yang berpendapat mangsa m4ti kerana lem4s. Mangsa mangsa yang ditemui di tapak berdekatan didapati tak mempunyai otak kaca sebagaimana yang dijumpai Dr. Petrone. Hal ini kerana suhu yang mem4nggang m4ngsa adalah rendah dan tak cukup untuk mengewapkan tisu manusia.
Walau bagaimanapun, ia tetap mengerikan. Menurut penyelidik tersebut, Dr. Thompson, sekitar 340 m4ngsa yang terp4rangkap dalam fornici, sejenis rumah batu telah lem4s dan kemudiannya dip4nggang perlahan-lahan pada suhu 260 C. Hal ini disebabkan mereka dilindungi batu bata fornici dan mengurangkan kesan maksimum suhu lecitan abu dan gas panas.
Sekalipun kedua duanya berbeza pandangan tentang punca sebenar kem4tian mangsa di Herculaneum, boleh jadi kedua dua cara kem4tian tersebut, yakni lecitan suhu tinggi dan dipanggang perlahan lahan, berlaku secara serentak. Dr. Thompson mengatakan situasi ini sangat kompleks dan kedua duanya boleh berlaku di tapak yang sama.
Walaupun masih tak konklusif, diharap dengan kajian terhadap mangsa mangsa Vesuvius mampu mempersiap siagakan masyarakat kita yang tinggal di sekitar gunung berapi terhadap ancaman letupan dan lecitan debu panas.
RUJUKAN:
Martyn, R., Craig, O. E., Ellingham, S. T., Islam, M., Fattore, L., Sperduti, A., … & Thompson, T. A re-evaluation of manner of death at Roman Herculaneum following the AD 79 eruption of Vesuvius. Antiquity, 1-16.
Petrone, P., Pucci, P., Vergara, A., Amoresano, A., Birolo, L., Pane, F., … & Graziano, V. (2018). A hypothesis of sudden body fluid vaporization in the 79 AD victims of Vesuvius. PloS one, 13(9).
Petrone, P., Pucci, P., Niola, M., Baxter, P. J., Fontanarosa, C., Giordano, G., … & Amoresano, A. (2020). Heat-Induced Brain Vitrification from the Vesuvius Eruption in ce 79. New England Journal of Medicine, 382(4), 383-384.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih