Baru-baru ini, sekumpulan penyelidik antarabangsa mengimbas imej otak-otak milik individu yang mempunyai sejarah sebagai pembuli. Hasilnya mengejutkan: pembuli mempunyai otak yang kecil.
Menurut Christina Carlisi dari University College, London, penemuan tersebut menyokong idea individu-individu yang mempunyai kecenderungan anti-sosial yang kerap, terdapat perbezaan dari segi struktur otak mereka yang menjadikannya sukar membangunkan kemahiran sosial dan mengelak dari terjebak dengan tingkah laku anti-sosial.
Untuk kajian ini, mereka membuat imbasan MRI kepada 652 orang. Kajian ini mendapati individu yang mempunyai sejarah keg4nasan, mencuri, membohong, buli atau mengalami kegagalan berterusan mempunyai perbezaan dari segi fizikal berbanding peserta lain.
Jika diamati struktur otak pembuli, korteks mereka lebih nipis berbanding orang lain dan keseluruhan otak mereka mempunyai keluasan permukaan yang lebih sedikit.
Tetapi usah takut bagi yang pernah membuli tetapi sudah berubah. Individu yang pernah menunjukkan tingkah laku anti-sosial semasa kecil tetapi tidak melakukannya bila mencecah usia remaja dan dewasa tidak menunjukkan keganjilan pada imbasan otak mereka.
Menurut Carlisi, kebanyakan individu yang menunjukkan tingkah laku sebegini pada usia remaja hanya melakukannya untuk melepasi tahun-tahun mereka yang mencabar. Tetapi mereka ini kemudiannya meninggalkan tingkah laku ini dan menjadi anggota masyarakat yang bernilai.
Tambahnya, individu sebegini tidak mempunyai perubahan signifikan dari segi struktur otak mereka.
RUJUKAN:
Christian, Jon. (2020). SCIENTISTS SCANNED BRAINS OF BULLIES AND FOUND SOMETHING GRIM. Futurism. https://futurism.com/neoscope/scientists-scanned-bullies-brains
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih