Saintis amat suka mengkaji tentang orangutan kerana inilah spesis paling bijak dalam kalangan haiwan primat (primates). Mereka terbukti cekap dalam menggunakan alat yang agak kompleks. Misalnya pada tahun 1994, saintis memerhati bagaimana orangutan menggunakan ranting kayu dan daun untuk tujuan menggaru, mengelap, mengipas, menceduk dan juga menukul.
Malah pemerhatian saintis membuktikan bahawa orangutan mampu memαtαhkan kayu jadi saiz spesifik sampai sesuai mengorek lubang pokok untuk mαkαη madu atau serangga (Caldecott & Miles, 2005). Lebih mengejutkan, orangutan terbukti mampu menggunakan daun seperti trompet untuk ‘berbunyi lebih besar’ (Zielinski, 2009).
Jadi pada dasarnya, lagi banyak saintis kaji – lagi banyak penemuan baru diterbitkan untuk mendidik seluruh dunia tentang haiwan yang kian pυpυs ini. Dan saban hari, saintis bertambah yakin yang orangutan sebenarnya berjantina tiga. Pendapat ini jauh sekali sebuah hipotesis semata-mata. Ia sudah lama menjadi fakta, yang kukuh dari segi saintifik selepas pemerhatian selama puluhan tahun.
Sebelum itu, mari belajar lagi mendalam pasal kehidupan di luar sana. Buku BIOLOGIA ditulis untuk bantu kalian faham tentang hidupan. Misalnya manusia sendiri. Ketika kalian baca artikel ini, berapa kali agaknya jantung kalian dah berdenyut (tanpa disedari)? Persoalan ini adalah salah satu daripada banyak persoalan ditabur dan dijawab dalam buku ini. Beli di https://bit.ly/3QTZzFm.
Fitrah Syαhωαt Yang Berlandaskan Persekitaran
Sebuah hutan yang terbentang luas pasti ada makanan yang mencukupi untuk semua haiwan berdasarkan rantaian pengeluar hingga tertier. Walau bagaimanapun, orangutan tidak berakal untuk menjalinkan kerjasama positif. Hidup mereka adalah berdasarkan persaingan.
Jadi apabila sebuah makanan hutan melimpah ruah, seekor orangutan jantan akan bertambah pengaruhnya yang menundukkan jantan-jantan lain. Dominasi ini memecahkan jantina orangutan menjadi tiga: “betina yang tidak terkesan”, “jantan berpengaruh utama” dan “jantan pak sanggup”.
Perubahan ini bukan pada kerohanian atau gelagat semata-mata. Pengaruh jantan akan mengubah jantan pak sanggup secara fizikal. Kalau tengok kalangan spesis orangutan, ada yang berpipi tebal. Tanggapan kasar pasti menyangka pipi tebal adalah jantan.
Masalahnya, pipi nipis juga ada anggota bawah macam jantan lain. Ini yang mendorong saintis untuk kaji dari dulu lagi.
Kenapa jantan ada pipi tebal dan pipi nipis? Bukan sebab lemak pemakanan pun. Sebaliknya, ia memang terikat pada kejantinaan seekor orangutan itu sendiri.
Pertembungan Jantina Jantan Orangutan
Ketebalan pipi berpunca daripada persaingan orangutan betina. Jantan paling dominan akan memonopolikan semua betina yang ada dalam zon tertentu. Jadi untuk elak cari pasal dengan “jantan berpengaruh utama”, semua “jantan pak sanggup” akan mengekalkan pipinya dalam keadaan nipis. Namun situasi ini hanya berlaku di Borneo sahaja, kerana makanan yang terhad.
Jika dibandingkan dengan spesis orangutan sama di Sumatra, keadaan ini tidak berlaku. Makanan di situ terlalu banyak hingga “jantan pak sanggup” juga ada peluang untuk bersama betina lain (Swiss National Science Foundation, 2013).
“Jantan pak sanggup” di Borneo sahaja yang single forever. Macam siapa? Pandai-pandai renunglah. Malas cakap lebih. Kerana orangutan membuktikan peluang sentiasa ada, cuma kena cari persekitaran yang elok. Situasi ini menggambarkan dengan jelas risiko berlakunya evolusi pada tempoh akan datang. Bayangkan – spesis sama, tempat berbeza: sudah ada disiplin dan cara hidup yang berlainan. Perkara ini amat penting untuk diperhalusi. Kerana tanda-tanda evolusi sudah ada, sepertimana yang diriwayatkan oleh Charles Darwin dalam konsep “survival is for the fittest”.
Mungkin suatu hari nanti, orangutan akan berpecah spesis… hanya mengutamakan pengaruh untuk mendapat peluang beranak-pinak. Selama mana, tidak pastilah. Itu hanya hukum alam dapat menentukan secara jangka panjang. Sekarang ini pun orangutan sudah ada tiga sub-spesis berbeza yang tertakluk pada taburan geografinya, dibezakan lagi dengan saiz badan.
RUJUKAN:
Caldecott, J., & Miles, L. (2005). World Atlas of Great Apes and Their Conservation. University of California Press. Halaman 189.
Swiss National Science Foundation (2013). Monopoly of the male orangutan: comparative field observations on Sumatra and Borneo. Science Daily.
Zielinski, S. (2009). Orangutans use leaves to sound bigger. The Smithsonian Magazine.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih