Ada saja dakwaan-dakwaan yang cuba merendahkan orang Melayu. Kononnya orang Melayu hanya tahu berniaga, berdagang dan menggunakan pelbagai bahasa selepas kemunculan Kesultanan Melayu Melaka (KMM). Hakikatnya, dakwaan dangkal ini boleh disangkal dengan mengkaji etimologi perkataan pasar dan niaga.

Etimologi pasar penting untuk dikupas dalam bidasan ini kerana pasar berperanan penting sebagai tempat jualan, urusniaga barangan dan transaksi kewangan yang dilaksanakan di Alam Melayu. ‘Pasar’ bukan istilah Arab kerana pasar mereka digelar ‘souq’.

‘Pasar’ sebenarnya diambil dari istilah asal Parsi iaitu ‘bazaar’. Ia kemudiannya disebut oleh Turki Saljuk dan Uthmaniyyah sebagai ‘pazari’. Kesemua tamadun dan kerajaan ini memang pernah datang dan bertembung, bersaing dan menjual barang dagangan masing-masing di Alam Melayu – sebelum kemunculan KMM lagi.

Istilah berkaitan Alam Melayu dan kerajaan di sepanjang Selat Melaka telah ditulis dalam kitab-kitab Arab dan syair-syair Parsi. Perkara ini turut disebut dalam catatan pengembara Eropah, China dan Turki Uthmaniyah juga turut menjalinkan hubungan perdagangan dengan kerajaan-kerajaan Melayu seperti KMM dan Kesultanan Acheh.

Sekarang, lihat pula etimologi perkataan niaga. Niaga kalau mengikut definisi Bahasa Melayu moden merujuk kepada urusan jual beli. Niaga bukan perkataan Arab, Parsi atau mana-mana kerajaan Islam pasca-KMM. Sebaliknya, ia merupakan perkataan Melayu Kuno yang mempunyai pengaruh Sanskrit – lama sebelum KMM atau kedatangan Islam di Tanah Melayu.

Nigama’ (niaga) bermaksud ‘tempat jualan’.  Sementara ‘vanimarga’ (berniaga) pula bermaksud ‘lebuh pasar’. Dalam Bahasa Sanskrit, ‘panagranthi’ (perniagaan) bermaksud ‘pasar’. Bahasa Melayu Kuno ini biasanya dijumpai pada prasasti kerajaan Melayu seawal abad ketujuh lagi seperti Sriwijaya.

Catatan pelayar-pelayar Arab, China dan Parsi sudah lama menyebut kerajaan Melayu lama ini. Malah, ia menjadi pelabuhan mereka membeli komoditi-komoditi penting zaman itu seperti kapur barus, rempah ratus, gaharu dan emas.

Contoh catatan mereka yang paling mudah, kekayaan kerajaan itu. Ibnu al-Faqih dalam kitabnya, Kitab al-Buldan menceritakan bahawa antara benua India ke benua China (termasuk Alam Melayu) terdapat sebanyak 30 buah kerajaan. Raja yang paling kecil (paling miskin) memiliki kekayaan setanding dengan apa yang dimiliki oleh Raja Arab.

Raja Arab di sini merujuk kepada para pemerintah Bani Abbasiyah. Kalau kekayaan raja sebegitu sudah menyamai nilai harta kerajaan berkenaan, apatah lagi kekayaan pemerintah Srivijaya.

Abu al-Qasim Ubaidillah bin Abdullah yang turut dikenali sebagai Ibnu Khordhabeh meriwayatkan pendapatan cukai perniagaan sahaja bagi Maharaja Srivijaya adalah sebanyak 200 jongkong emas sehari. Satu jongkong seberat hampir 1kg. Ini bermakna pendapatan Maharaja Srivijaya sehari bersamaan dengan hampir 200 kg emas.

Dengan kekayaan yang dimiliki, ia bukan sekadar menunjukkan Srivijaya sebagai sebuah kerajaan yang makmur. Tetapi ia turut menunjukkan kebijaksanaan pemerintah Melayu lama itu menguasai lautan (termasuk persimpangan laluan perdagangan) dan membina empayar yang dikagumi sehingga hari ini.

Jadi, takkanlah Melayu hanya reti berniaga selepas era KMM? Mengarutlah!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Leave A Reply