Sekitar penghujung 1920-an, Zaman Kemelesetan telah berlaku di Amerika Syarikat dek kejatuhan Wall Street. Perkara ini mencetuskan kemelesetan ekonomi di mana perdagangan antarabangsa menjunam lebih 50% dan kadar pengangguran di AS naik lebih 25%, dengan anggaran sebanyak 15 juta rakyat AS menganggur.
Sebagaimana orang awam sewaktu krisis negara, mereka akan menjadi kreatif dalam bab penjimatan. Sebagai contoh, ibu dan suri rumah di AS akan menanam kebun sayur dan mengitar semula makanan mereka untuk digunakan dalam sup dan sandwich. Mereka juga mula mengambil upah kerja untuk meringankan beban keluarga. Untuk pakaian, mereka akan menjahit pakaian baru daripada sumber buangan, seperti guni kentang.
Tak lama selepas itu, syarikat pengeluar bahan berguni dan badan berkait korporat mula mengetahui akan hal ini dan cuba membantu golongan ibu ibu ini dalam menjadikan pakaian guni sebagai pakaian kebiasaan. Dalam sebuah booklet oleh The Textile Bag Manufacturers Association, mereka menulis cara untuk membuang logo syarikat daripada guni berkenaan. Caranya adalah dengan merendam dalam bahan pelarut dakwat seperti kerosene. Sekitar tahun 1930-an, syarikat yang mengggunakan guni mula menggunakan dakwat dan pewarna logo yang lebih mudah dibuang.
Tak cukup dengan itu, syarikat syarikat berkenaan juga mula menghasilkan corak guni yang cantik dan menarik. Disebabkan hal ini, golongan ibu dan suri rumah mempunyai bahan tekstil guni yang lebih lawa.
Pada zaman berkenaan, gandum dijual dalam bentuk guni berbanding peti kayu. Menurut sebuah temubual dengan rakyat AS yang hidup pada zaman tersebut, dikatakan seluruh guni tersebut digunakan sebagai pakaian seperti pengikat rambut, seluar dan juga pakaian perempuan. Berdasarkan sebuah temubual lain, ibu bapa pada zaman tersebut selalunya akan mengambil guni daripada jenama yang sama. Jadi, ini membolehkan keluarga mereka mempunyai stok kain dengan corak yang sama. Malah, gambar di bawah, yang bekait dengan temubual tersebut, kitab oleh tahu siapa yang mempunyai pertalian darah antara satu sama lain hanya dengan melihat corak kain guni masing masing.
Walaupun Zaman Kemelesetan sudah lama berlalu, budaya pakaian kain guni ini tetap segar dalam memori rakyat AS. Bagi mereka, disebalik kesuraman yang melanda zaman tersebut, masih ada lagi corak warna warni yang mewarnai sejarah dan popo budaya mereka.
Sebagai selitan, kita masukkan sekali gambar ikonik Marilyn Monroe ini. Sekurang kurangnya ada dua versi bagi kisah gambar ini. Pertamanya, dikatakan seorang kolumnis telah mengkritik Monroe sebagai ‘perempuan murahan’ yang lebih nampak segak sekiranya Monroe memakai pakaian guni. Dalam versi lain, terdapat satu kenyataan yang ditujukan kepada Monroe bahawa beliau lebih nampak seksi dalam pakaian guni. Mendengarkan hal ini, syarikat Twentieth Century Fox mengambil kesempatan ini untuk melalukan publisiti.
Tak kisahlah versi manapun, penulis tetap merasakan Marilyn Monroe dalam pakaian guni sebagai segak dan layak dikategorikan sebagai ‘benda yang kita tak pernah minta tapi kita tak pernah tahu yang kita mahukannya’. Things that we never asked, but we never knew we needed it.
RUJUKAN:
Baillargeon, Making Do: Women, Family and Home in Montreal during the Great Depression (1999), pp. 70, 108, 136–38, 159.
Blair, Todd, and Karen Garvey. Flour Sack Dresses and Victory Stamps: Tales from the Good Old Days in Roanoke and the New River Valley of Virginia: a Treasury of 20th Century Memories. 2016. Pages 63, 117, 134, 161, 208.
Kendra Brandes. “Feed Sack Fashion in Rural America: A Reflection of Culture.” Online Journal of Rural Research & Policy. Kansas State University, 2009.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih