Penulis masih ingat lagi sebuah novel Bahasa Inggeris milik kakak penulis yang telah penulis baca semasa berusia antara 16-18 tahun. Tajuk novel tersebut penulis dah tak ingat tapi novel tersebut merupakan tulisan Jodi Picoult. Bagi yang meminati novel Inggeris, tahulah siapa dia Jodi Picoult.
Novel tersebut berkisarkan kisah mengenai keluarga Amish yang tinggal di kawasan countryside. Rata-rata masyarakat di sana bekerja sebagai peladang dan itu merupakan sumber utama ekonomi mereka. Watak utama dalam cerita tersebut telah melahirkan anak luar nikah dan perbuatan terkutuk itu tidak diketahui oleh keluarganya kerana takut dimarahi. Tambahan pula, orang Amish ni sangat taat pada agama mereka.
Dari situ, bermulalah segala konflik dalam cerita tersebut. Penulis berasa hairan kerana tak sangka masih ada orang Barat yang menolak anak luar nikah. Sangka penulis, seks bebas merupakan perkara normal dalam kehidupan mereka. Sudah tentu tidak menjadi masalah bila mempunyai anak luar nikah.
Perkara ini menarik perhatian penulis lalu kerana sikap ingin tahu yang membuak-buak, penulis melakukan carian Google mengenai orang Amish. Bila dah join The Patriots, barulah penulis berpeluang untuk berkongsi hasil carian penulis mengenai orang Amish walaupun dah 5 tahun berlalu.
Sejarah Pengenalan
Agama Kristian mempunyai banyak cabang. Antaranya Kristian Katolik, Ortodoks, Anglican dan Protestan. Amish juga merupakan cabang bagi agama Kristian yang terhasil melalui Gerakan Anabaptist.
Gerakan Anabaptist bermula pada tahun 1525 dan merupakan gerakan radikal yang dibenci oleh pihak gereja Katolik dan Protestant. Golongan yang menyertai Gerakan Anabaptist ini meyakini dan mengamalkan upacara penyucian (baptism) untuk orang dewasa. Perkara ini bertentangan dengan kepercayaan majoriti penganut Kristian yang melakukan upacara penyucian semasa bayi. Tambahan pula, upacara penyucian yang Gerakan Anabaptist amalkan sangat ekstrem seperti melemaskan dan membunuh (martyr).
Disebabkan amalan ekstrem ini, ramai penganut mereka dari Eropah melarikan diri ke Pennsylvania, Amerika dan sebuah gereja Amish telah ditubuhkan pada tahun 1600 oleh Jakob Ammann.
Gereja Amish masa kini mengamalkan upacara penyucian pada usia 16 hingga 25 tahun. Orang Amish percaya bahawa Bible merupakan kata-kata mutlak dari Tuhan, bermaksud literal dan merupakan panduan hidup. Mereka memilih untuk mengamalkan gaya hidup tersendiri dengan cara hidup di dunia tapi bukan dunia atau Bahasa Inggerisnya to live in the world but, not of the world
Gaya Hidup Orang Amish
Orang Amish bertutur menggunakan bahasa Jerman dialek Belanda Pennsylvania, bahasa Jerman Tinggi dan bahasa Inggeris. Mereka menolak sebarang kemajuan teknologi masa kini seperti kenderaan bermotor, internet, elektrik, telefon bimbit dan banyak lagi. Tujuan mereka menolaknya kerana semua teknologi tersebut dianggap berpotensi melalaikan mereka dengan hal duniawi seterusnya mereka akan semakin jauh dengan Tuhan.
Walaupun mereka menolak untuk menggunakan teknologi, komuniti mereka masih menggunakan teknologi bila perlu sahaja dan mengikut had tertentu. Mereka lebih patuh pada peraturan sendiri iaitu Ordnug (bahasa Jerman untuk arahan) berbanding undang-undang negeri. Mereka juga sangat menitikberatkan hubungan akrab sesama komuniti dan melarang sikap individualistik.
Oleh kerana mereka hidup dalam komuniti yang sangat rapat, sebarang permasalahan yang dihadapi akan dirujuk sesama sendiri bagi menyelesaikan masalah tersebut. Contohnya, orang Amish tidak mengambil insurans kerana dianggap duniawi jadi komuniti mereka akan mengumpul dana hospital bersama-sama untuk membayar bil hospital.
Mereka juga hanya boleh berkahwin sekali seumur hidup dan majoriti mereka mempunyai anak yang ramai antara tujuh dan lapan orang. Pendidikan anak-anak Amish di sekolah sehingga usia 14 tahun sahaja kemudian akan diteruskan dengan pendidikan vokasional seperti bertukang dan bertani oleh keluarga mereka sendiri.
Sekiranya mereka melakukan sebarang kesalahan, pesalah akan dihukum oleh pihak Gereja dan antara hukuman yang paling popular ialah pemulauan. Kesannya juga turut tempias pada keluarga pesalah bukan pada pesalah sahaja.
Populasi orang Amish dianggarkan sebanyak 308,030 ribu sehingga Mei 2016. Komuniti orang Amish menginap di kawasan Selatan Amerika seperti Ohio dan terdapat segelintir penduduk Amish di Utara Amerika.
Pengajaran Yang Boleh Diambil Oleh Umat Islam
Orang Amish masih teguh dengan ajaran mereka walaupun komuniti mereka sangat terasing dengan dunia moden masa kini. Hal ini boleh dijadikan iktibar oleh umat Islam masa kini untuk terus kuat dan tabah dalam mengamalkan ajaran Islam.
Pedulikan kata-kata orang yang menuduh Islam itu agama kolot, pakaian menutup aurat bagi wanita Islam itu menindas, serta puasa dan solat itu membuang masa. Pilihan untuk mengamalkannya terletak pada tangan kita, tepuk dada tanyalah iman. Semoga artikel ini boleh menambah pengetahuan baru kepada semua pembaca!
BACAAN LANJUT:
http://www.amishvillage.com/lancaster-county-amish/pa-amish-religion/
http://www.bbc.co.uk/religion/religions/christianity/subdivisions/amish_1.shtml
http://channel.nationalgeographic.com/amish-out-of-order/articles/amish-out-of-order-facts/
https://www.usatoday.com/story/news/nation/2014/08/15/amish-ten-things-you-need-to-know/14111249/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih