Pernahkah kalian dengar kisah 1 pemerintah agung yang nama dan wajahnya dipadamkan terus dari muka bumi menggunakan sebatang tukul dan pahat?
Hari ini saya mahu bawa akal fikiran kita terbang merentas ruang dan masa.
Kita tinggalkan sebentar berita peperangan moden, dan kita selak kembali lipatan sejarah ke era Mesir purba pada ribuan tahun yang lepas.
Kisah yang bakal saya ceritakan ini amat memukau dan ia membongkar 1 taktik politik kotor yang paling licik, yang mana taktik keji ini sedang diguna pakai semula oleh rejim peng**nas pada hari ini!
Sejarah tamadun Mesir purba sebenarnya menyimpan 1 rahsia besar tentang 1 pemerintah wanita bernama Firaun Hatshepsut.
Dia berjaya mentadbir empayar Mesir dengan amat cemerlang selama lebih kurang 22 tahun.
Di bawah pemerintahannya, ekonomi Mesir melimpah ruah dan pelbagai monumen batu yang amat hebat telah didirikan.
Akan tetapi, 1 tragedi politik yang amat licik telah berlaku selepas zaman pemerintahan Hatshepsut tamat.
Anak tirinya, iaitu Thutmose 3 telah menaiki takhta menjadi pemerintah yang baharu.
Ramai yang menyangka Thutmose 3 terus membalas dendam sebaik sahaja dia berkuasa.
Kira-kira 20 tahun selepas kematian Hatshepsut, iaitu pada penghujung usia pemerintahannya, barulah Thutmose 3 memulakan kerja kotor ini.
Kenapa dia menunggu selama 20 tahun?
Tujuannya adalah untuk memastikan kelancaran peralihan kuasa kepada anak lelakinya sendiri, iaitu Amenhotep 2.
Dia mahu menghapuskan terus sebarang peluang untuk keturunan saudara mara Hatshepsut menuntut kembali takhta empayar Mesir.
Lalu dia mengerahkan beribu-ribu orang pekerja binaan untuk pergi ke semua kuil dan monumen yang dibina oleh ibu tirinya itu.
Arahan Thutmose 3 hanya 1, iaitu pahat dan hancurkan segala ukiran nama Hatshepsut pada dinding batu tersebut!
Mana-mana patung batu yang menyerupai wajah pemerintah wanita itu telah dipecahkan dan dibuang jauh ke dalam lubang pasir.
Nama Hatshepsut telah dipadamkan terus daripada senarai rasmi raja-raja yang pernah memerintah Mesir purba.
Operasi pemadaman sejarah ini dilakukan dengan amat sistematik dan terancang.
Thutmose 3 mahu generasi akan datang berfikir bahawa pemerintah bernama Hatshepsut itu tidak pernah wujud langsung di atas muka bumi ini.
Dia mahu merampas segala kejayaan dan pencapaian ekonomi era lama itu untuk diletakkan di bawah nama dia sendiri.
Adakah penceritaan jenayah sejarah purba ini kedengaran sangat 'familiar' pada telinga kita pada hari ini?
Memang benar! Taktik memadam sejarah menggunakan tukul dan pahat pada 3,000 tahun lepas ini sedang diulang siar pada waktu sekarang.
Sila pusingkan kembali pandangan mata kalian ke arah konflik berdarah di bumi P.
Rejim peng**nas Isbiol dan Setanjahat sedang menggunakan taktik yang sama persis seperti Thutmose 3!
Sejak tahun 1948 lagi, entiti Z telah melancarkan kempen besar-besaran untuk memadamkan sejarah dan identiti penduduk asal di bumi itu.
Mereka merobohkan dan menghancurkan ratusan perkampungan asli supaya tidak ada kesan rumah yang tertinggal.
Mereka menukar nama jalan, nama bandar, dan nama bukit di sana kepada nama di dalam bahasa Ibrani.
Lebih celaka lagi, mereka bertindak memusnahkan ladang pokok zaitun yang sudah berusia ratusan tahun.
Ini adalah 1 cara kotor untuk memotong akar sejarah dan budaya yang mengikat jiwa rakyat P kepada tanah air mereka sendiri.
Rejim Tololviv mahu generasi dunia hari ini berfikir bahawa tanah P itu adalah tanah kosong yang tidak ada penghuni sejak dari awal.
Mereka mahu merampas tanah itu dan mendabik dada kononnya mereka yang memakmurkan kawasan padang pasir tersebut.
Jika pada zaman Mesir purba musuh menggunakan tukul dan pahat, musuh pada hari ini menggunakan jentera propaganda media blok barat.
Agensi berita barat bertindak memadamkan sebarang naratif atau cerita penderitaan yang datang dari wilayah G.
Algoritma media sosial pula bertindak ibarat tukul digital yang memahat dan menyekat capaian suara kita.
Apapun, rahsia pembohongan Thutmose 3 akhirnya terbongkar juga ke dunia luar selepas ribuan tahun tertanam di bawah pasir.
Pakar arkeologi akhirnya menjumpai cebisan patung dan rekod tersembunyi yang membuktikan Hatshepsut benar-benar wujud dan memerintah dengan jayanya.
Begitu juga dengan nasib sejarah kemerdekaan umat Islam di bumi G pada hari ini.
Kebenaran itu adalah 1 entiti ghaib yang kebal. Ia tidak boleh dipadamkan sama sekali, tidak kira berapa ratus tan bom yang Isbiol gugurkan.
Darah syuhada yang tumpah itu sendiri sudah menjadi dakwat kekal yang mencatatkan sejarah pemilikan mutlak mereka ke atas tanah suci itu.
Teruskan tugas kita sebagai laskar penyebar maklumat! Jangan benarkan pahat pengganas ini berjaya memadamkan nama saudara kita dari lipatan sejarah dunia.




No comments yet