Naga/Dragon adalah makhluk lagenda, bersisik, berupaya menyembur api, mempunyai tubuh seakan ular, dari keluarga reptilian (ular dan katak) dan avian (burung), dan beberapa karakter lain dipengaruhi oleh mitos budaya seluruh dunia. Ada 2 jenis naga yang terkenal dipengaruhi budaya tradisi iaitu:
1. Naga Eropah (European Dragon), dicipta dari budaya tradisi Eropah dan berkaitan dengan mitos Balkan dan Asia Barat. Naga ini dirujuk sebagai makhluk reptilian dengan minda kelas haiwan dan mempunyai enam anggota badan (berkaki 4 dan sepasang sayap).
2. Naga China (Chinese Dragon), dengan sebahagiannya dari mitos Jepun (dinamakan sebagai Naga Jepun), Korea, Asia Timur dan Asia Selatan. Naga ini dirujuk sebagai makhluk berbadang melengkung dengan minda kelas bijaksana dan quadrupeds (berkaki 4 dan tanpa sayap).
Walaupun kedua-dua jenis naga ini mempunyai sifat fizikal yang berbeza kerana dipengaruhi mitos budaya yang berjauhan, namun mereka berkongsi sifat tertentu yang sama, iaitu:
1. Bertubuh panjang seperti ular
2. Berbadan raksasa
3. Bersisik
4. Habitatnya di lautan
Saya mulai berfikir tentang kewujudan naga dalam pelbagai mitos budaya masyarakat dunia. Adakah makhluk lagenda ini hanyalah makhluk rekaan, semata-mata mengembangkan budaya tradisi melalui cerita dongeng dan penyebaran luas dakyah agama mereka, atau naga ini sebenarnya, ia memang wujud!
Cuba kita ketepikan konsep naga sebagai makhluk mitos atau dongeng dari tradisi rakyat. Kita berfikir sebagai seseorang yang percaya dan yakin akan kewujudan naga. Kalau saya diletakkan sebagai seseorang rakyat yang bertapak di tanah baru, sambil saya mencari sumber ikan di sungai, ada suatu makhluk yang memanjang tubuhnya, berlingkar sekeliling sambil menjamu buruannya dan terus menghilang setelah ia sedar akan kehadiran saya, apa saya harus beritahu rakyat lain akan makhluk pelik yang baru saja saya temui tadi? Dengan berterus terang?
Mesti mereka ketawakan saya, menganggap saya berhalusinasi atau mabuk, sehingga melihat benda yang tidak wujud. Jadi berterus-terang adalah method tidak menjadi bagi menerangkan makhluk pelik tersebut. Kemudian saya mengambil keputusan untuk menerapkan unsur-unsur keagamaan atau mitos masyarakat ke dalam kewujudan makhluk pelik tersebut sebagai cara untuk menerangkan kewujudan makhluk aneh itu. Dengan cara tersebut, sudah pasti mereka percaya secara bulat-bulat.
Melalui situasi tersebut, kita konklusikan bahawa masyarakat dunia telah melihat makhluk pelik dan misterius, kemudian mengagungkan makhluk tersebut dengan menerapkan budaya suatu tamadun, seterusnya mereka cipta makhluk pelik itu sebagai makhluk mitos, seperti naga.
Masalahnya jika naga ‘diadaptasi’ dari spesis haiwan, haiwan apakah yang dirujuk sebagai naga oleh masyarakat kuno dunia? Ada dua spesis haiwan yang menyamai makhluk mitos ini, iaitu:
1. Ular laut, salah satu keluarga ular yang hidup di laut dan ular paling berbisa di dunia. Ular laut menepati ciri-ciri naga iaitu jenis reptilian dan tinggal di laut. Tetapi tubuhnya yang kecil dan habitatnya hanya ditemui di Lautan India dan Pasifik, menjadikan ular laut bukan makhluk yang dilabel sebagai naga oleh masyarakat dunia.
2. Belut Moray, salah satu keluarga belut yang mempunyai 200 spesis seluruh dunia. Belut Moray juga bertubuh panjang seperti ular dan tinggal di lautan, seperti naga. Namun habitatnya yang tidak menyeluruh kesemua lautan dan saiz terpanjang hanya sepanjang 4 meter, belut ini bukan pilihan utama digelar sebagai naga.
Ada satu spesis saja yang amat menyamai ciri-ciri naga dan spesis ini adalah makhluk sebenar yang digambarkan sebagai naga, iaitu Oarfish.
Oarfish adalah keluarga bagi ikan bertulang terpanjang dunia dan pemakan plankton di permukaan laut, bernama Regalecidae. Keluarga ini dijumpai di seluruh lautan termasuk Kutub Utara dan Selatan serta berada kedalaman 200 meter ke 1,000 meter. Spesis paling besar dalam keluarga ini adalah Giant Oarfish (nama saintifik: Regalecus glesne). Giant Oarfish adalah ikan bertulang terpanjang di dunia dengan saiz terpanjang, 17 meter. Berbentuk badan seperti reben, bersaiz tirus, mempunyai sirip atas berwarna merah meliputi seluruh bahagian atas tubuh (dari kepala ke ekor). Tambahan pula, gaya berenang Giant Oarfish seperti ular yang berlingkar di daratan.
Giant Oarfish dan spesis lain yang mempunyai keluarga ikan yang sama adalah jenis ikan dasar lautan, ikan yang jarang dilihat manusia dan dikaji oleh ekologis dan ahli marin kerana ketidak upayaan mereka ke dasar laut untuk melakukan aktiviti kajian. Giant Oarfish timbul di permukaan hanya apabila mencari sumber makanan, sakit atau mati. Jika anda dapat melihat ikan terpanjang ini timbul, andalah yang paling bertuah. Sebab perkara inilah masyarakat terdahulu dapat melihat oarfish dan kemudian melihat ikan tersebut dalam perspektif keagamaan dan kebudayaan: menggunakan tubuh memanjang oarfish sebagai ciri-ciri mistik yang menggambarkan oarfish sebagai penjaga laut atau dewa/dewi bijaksana.
Maka, Giant Oarfish yang bertubuh panjang, bersaiz raksasa, bersisik, dan berhabitat di lautan adalah naga sebenar di dunia realiti, seperti masyarakat dunia kuno gambarkan.
RUJUKAN:
- Dokumentari River Monsters, rancangan televisyen Discovery Channel
- Olney, John E. (1998). Paxton, J.R.; Eschmeyer, W.N., eds.Encyclopedia of Fishes. San Diego: Academic Press. pp. 157–159.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih