Terdapat 9 orang raja-raja Melayu yang diiktiraf di dalam perlembagaan negara. Ini adalah jumlah yang banyak. Rakyat Melayu kena menanggung 9 institusi beraja dalam satu perlembagaan.
Dimanakah nyawa kepada semua institusi beraja ini?
Adakah pada wang? Pada kuasa politik? Atau payung British?
Tauke-tauke lebih berkuasa dari segi wang dan mampu membeli gelaran malah bersekali dengan raja-raja. Raja-raja ini tiada kuasa politik kerana ia telah diserahkan kepada sistem raja berperlembagaan. British? Sekarang orang putih sudah balik, kini tinggal yang hitam putih.
Takhta raja-raja Melayu ini puncanya berbagai-bagai. Ada dapat dari restu Siam, ada dapat dari British, ada yang sesama mereka macam raja Perak anugerahkan nobat pada raja pertama Selangor malah ada dapat dari turun-temurun dari kedatuan Srivijaya yang umurnya lebih seribu tahun. Tapi daulatnya tetap berada pada tangan RAKYAT MELAYU. Habis rakyat Melayu maka habislah riwayat raja-raja. Contohnya apabila rakyat Melayu menjadi minoriti di Pulau Singa maka kiamatlah takhta rajanya. Benda simple bukan macam sains roket nak terkamirkan bagai.
Jadi dimanakah nyawa kepada semua institusi beraja ini?
NYAWA kepada semua institusi beraja Melayu terletak pada DARAH, KERINGAT DAN AIRMATA rakyat Melayu.
Sejarah membuktikan betapa raja-raja Melayu bergantung harap kepada rakyat Melayu untuk mendukungnya menjadi raja. Tanpa sokongan rakyat Melayu, maka seseorang itu terpaksa mengemis takhta dari penjajah malah dari musuh sendiri, untuk memaksa rakyat Melayu menerima dia menjadi raja.
Sejarah juga membuktikan bahawa riwayat raja-raja Melayu bergenang dalam darah, keringat dan airmata rakyat Melayu yang berjuang sampai mati mempertahankan raja-raja Melayu dan kaum keluarganya. Apa beza nasib raja-raja Melayu di semenanjung dengan raja-raja Melayu di Sumatera? Mati dan bangkit dari kubur semula pun raja-raja Melayu tetap tidak boleh menafikan kenyataannya bahawa rakyat Melayu di sini bersepakat mempertahankan nasib raja dengan darah, keringat dan airmata. Tapi untuk apa rakyat Melayu? Untuk apa…
Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Ini adalah ideologi Hang Jebat, yang merumuskan dari ‘magna carta’ Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana. Jika raja boleh menghukum rakyat, rakyat juga boleh menegur raja malah menyepak raja yang tidak senonoh dengan rakyatnya.
Hang Jebat benar dalam hal ini, kerana setiap kali Seri Teri Buana menyatakan haknya sebagai raja, Demang Lebar Daun pantas menjawab bagi melindungi hak rakyat Melayu. Jika Seri Teri Buana menuntut autoriti mengjungkirbalikkan rumah rakyat Melayu yang menderhaka, maka Demang Lebar Daun menuntut autoriti takhta kerajaan sang raja yang tidak senonoh itu dibinasakan selumat-lumatnya.
9 orang raja-raja Melayu mesti berkhidmat dan bekerja bagi pihak rakyat Melayu, secara prioriti. Sejarah menghakimi bahawa 9 orang raja-raja Melayu ini berhutang darah, keringat dan airmata rakyat Melayu. Adakah raja-raja Melayu tahu tentang anak-anak Melayu yang tidak mampu membeli rumah pertama mereka? Adakah raja-raja Melayu tahu tentang rakyat Melayu yang ada rumah, tapi dimusnahkan oleh penguasa dan kapitalis, namun pada masa yang sama warga asing dibiarkan membina setinggan malah bebas berniaga kerana menyogok wang? Adakah ada kerabat raja yang bangkit membela rakyat Melayu yang ditipu oleh scammer?
Apakah fungsi Majlis Raja-raja? Fungsi Majlis Raja-raja di zaman British sudah tidak relevan dan kini raja-raja MESTI lebih banyak meluangkan masa dengan rakyat yang menanggung makan minum berak cangkung kaum kerabat diraja. Bagaimana Majlis Raja-raja selama kewujudannya boleh memekakkan telinga dan membisu hidup segan mati tak mahu tentang beratus-ratus kedai arak, judi dan maksiat namun tiba-tiba bangkit dari tidur dengan hanya isu kecil yang melibatkan umat Melayu? Adakah formulanya ialah isu-isu kecil yang menghimpit umat Melayu mampu untuk menggerakkan kekuatan Majlis Raja-raja ini?
9 orang raja-raja Melayu, jumlah ini banyak dan rakyat Melayu kena fikirkan bagaimanakah mereka dapat ‘mengeksploitasikan’ (baca: memanfaatkan) semua raja-raja ini supaya berkhidmat dengan lebih berkesan demi mereka. Majlis Raja-raja mesti ditekan untuk lebih menyantuni rakyat Melayu dan menjadi pusat aduan rakyat Melayu yang benar-benar hidup dan efektif. Zaman dewaraja sudah berakhir dan kini raja-raja mesti menjadi warganegara yang berguna untuk masyarakat dan negara.
Ya, memang orang lain bayar cukai yang sama untuk menanggung semua raja-raja ini, tapi rakyat Melayu terbukti dalam sejarah, telah lama membayar dengan darah, keringat dan airmata malah bersabung nyawa mereka sendiri untuk survival raja-raja Melayu.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
2 Comments
Ambik kau. Rakyat semakin bijak…jangan sampai agenda wanji jadi kenyataan…mewujudkan kebencian kepada sultan lalu..malaysia jadi republik.
Comment: ?