Mutakhir ini, kita sering dengar luahan ramai artis yang semakin kurang mendapat tempat dalam industri hiburan tanah air apabila mereka berhijrah. Ada yang mengadu sudah tidak mendapat tawaran berlakon sejak berhijab atau apabila mereka menyatakan prinsip untuk tidak mahu melaksanakan scene mesra bersentuhan dengan pelakon ajnabi.
Artis terperangkap dalam sistem industri hiburan yang sebegini. Ada antara mereka yang belum cukup kuat untuk melawan arus sistem itu lalu mereka kembali menanggalkan hijab dan melonggarkan prinsip setelah berhijrah demi mencari sesuap nasi. Mereka terpaksa lakukan perkara ini bagi mengikuti kehendak industri.
Adakah Islam itu jumud sehingga mengharamkan karya seni secara mutlak?
Jawapannya, TIDAK!
Habib Ali Zaenal Abidin menitipkan pesan bahawa Islam tidak menghalang karya seni. Karya seni diperbolehkan dalam Islam selagimana masih dalam landasan yang betul. Jika kita mahu siarkan pengisian yang diredhai Allah, maka bermula dari fasa pembikinan lagi perlu dijaga barakahnya. Air yang jernih mesti datangnya dari bekas yang jernih jua.
Pada Khamis 16 Julai 2020 yang lalu, telah diadakan sidang media NURFLIX.TV bertempat di Masjid DiRaja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutung, Shah Alam. Majlis eksklusif Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid bersama penggiat seni ini dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre. Kemudian majlis memperkenalkan barisan figura utama NURFLIX.TV, iaitu :
– YM Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid selaku Musyrif Am NURFLIX.TV
– Dato’ Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohd Tahir selaku Pengerusi Board of Director NURFLIX.TV
– En Syah Mohammed selaku Ketua Pegawai Eksekutif NURFLIX.TV
– YM Ustaz Raja Ahmad Mukhlis al-Azhari selaku Pengerusi Board of Advisor NURFLIX.TV
– En Farihin Abdul Fattah selaku Pengurus Bahan Terbitan NURFLIX.TV
– LIGHT & LOVE
(Ustaz Raja Mukhlis al-Azhari & Erra Fazira)
– KAPAL HAJI 1890
(Eman Manan)
– MIRA MIRA ON THE WALL
(Mira Filzah & Ustazah Asni)
– ABDULLAH
(Adam Corrie & Jeff)
– SABILI
(Mawi & Ali Rusia)
– MONKING
(Ustaz Pahrol Mohamad Juoi)
– I.C.U
(Wany Hasrita, Amira Othman & Ustazah Asni)
– THE KHADIJAS
(Lisa Surihani, Diana Amir, Fara Fauzana, Shery al- Haddad, Lufya Omar, Irma Hasmie, Heliza Helmi & ramai lagi artis wanita)
– THE ORPHAN NATION
(Pn Nora, Iman)
– I’M SIAK
(Ustazah Asni)
– THE CALL
(Altimet & Yasin)
– KEMBARA MAHSYAR
(Faris Zulkharnane, Alif Teega & Heliza Helmi)
NURFLIX.TV tidak semestinya menyiarkan rancangan berana-ente, berakhi-ukhti semata-mata. NURFLIX.TV juga menyiarkan tentang genre aksi, percintaan, komedi, dokumentari, animasi dan lain-lain sehingga orang Non-Muslim boleh melihat keluasan Islam dalam menghargai seni.
Kehadiran NURFLIX juga bukanlah untuk menyaingi streaming TV online yang lain. Sebaliknya, NURFLIX berperanan sebagai medium alternatif untuk pengguna mendapatkan content yang selamat ditonton. Ia mengutamakan aspek akhlak, adab dan adat kebudayaan timur.
Bahkan, ia juga menjadi medium baharu untuk para penggiat seni berkarya. Salah seorang selebriti iaitu Mira Filzah juga membuat cadangan agar pihak NURFLIX.TV dapat memberi royalti kepada pihak producer, penulis skrip dan lain-lain pihak belakang tabir bagi sesebuah produksi. Inilah kelainan yang dibawa dalam wadah NURFLIX.TV berbanding kebiasaan produksi lain.
Dengan tagline #Be_Part_Of_Us, NURFLIX.TV juga mengalu-alukan penyertaan penerbit, pengarah, penulis skrip serta bakat-bakat baru untuk berkarya bersama mereka. Platform streaming online NURFLIX.TV yang dibangunkan Sutera Hijau Ventures Bhd ini memiliki dana yang besar untuk menghasilkan kandungan yang berkualiti, segar dan tulen.
NURFLIX.TV dijadual akan memulakan siaran percubaan selama 3 bulan secara percuma bermula bulan Oktober hingga Disember ini sebelum dilancarkan secara rasmi pada Januari 2021. NURFLIX.TV menyasarkan jumlah awal sekitar satu juta subscriber. Subscriber terawal akan menerima beberapa manfaat tambahan. Untuk maklumat lanjut, boleh terus subscribe di https://nurflix.tv/dv/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih